Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Luahan Hati Seorang Anak Polis Terhadap Puak BERSIH.Baca!!

Imej
Sebagai salah sorang anak kepada anggota polis saya ingin bersuara bagi pihak rakan2 saya... Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini... adakah kami anak2 ANJING?

       Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, x bole di percayai n sehingga x sgp sy menulis disini... Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...

      Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah... Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota poli…

TERKINI: Sidang Akhbar Anwar Ibrahim Kecoh Habis!

Imej
Seingat saya yang kerap ditugaskan buat liputan sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum pernah wartawan tempatan, pro pembangkang dan agensi berita luar negara ‘sepakat’ mengasak Ketua Pembangkang itu.

Namun, ini berlaku kerana kami semua mahu Anwar berterus terang mengenai siapa mengarahkan peserta Bersih 3.0 merempuh halangan polis di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ianya juga kerana sebilangan besar wartawan hadir sidang media anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi Isnin adalah mereka yang turut berada di Dataran Merdeka malah tahu jawapan ding dong Anwar serta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berhubung perkara itu.

Anwar, Azmin dan Naib presiden PKR Tian Chua masih mahu main silap mata seolah-olah mereka saja bercakap betul dengan menafikan memberi isyarat supaya peserta merempuh halangan polis dalam insiden kira-kira jam 2.55 petang itu.

Malah, Anwar dan Azmin seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan Barisan Nasional (BN)

Mereka akan…

Bila Patrick,SpongeBob Dan Squirdward Berbahasa Melayu..Lihat!!

Imej
hahahahahahahhahahahahahahahahahahahaha....bengong namun lucu beb..

Benarkah Polis Begini?

Imej
Benarkah??

Dan ini adalah apa yang ditulis Zaharin dalam FB beliau..

'Suka juga saya baca komen dlm fb tulisan dalam wall saya fasal saya katakan ada polis berpakai t shirt bersih dalam kumpulan gerombolan demontran. umpan saya dimakan. tiba2 saya jadi glamour.. dan ini memberikan gambaran cara fikir kita belum lagi sampai ke tahap cukup matang.. dan yang peliknya unit media baru UMNO pun ikut sama bodoh. kesimpulannya orang di malaysia ni tak kira melayu, cina dan india.. cukup kuat melatah.'

p/s  hhuurrmm....

Nyonya Ini Ternganga???Tapi Kenapa?

Imej
Sikap kurang ajar wanita ini mengundang padah apabila mulutnya ‘terkunci’ setelah maki hamun yang dihamburkan kepada seorang wartawan ‘Mat Salleh’ dibalas dengan kata-kata yang ‘cukup pedih’.

Wanita yang menyertai demo Bersih 3.0 ini pada mulanya menghalau wartawan ‘Mat Salleh’ keluar dari negara ini, tak cukup dengan itu dia juga mencaci wartawan tersebut dengan menuduhnya ‘IDIOT’ atau bodoh.

Nak tahu apa jawapan wartawan Mat Salleh ini?

SAYA ORANG ISLAM, SAYA TINGGAL DI SINI, ISTERI SAYA ORANG MALAYSIA…JANGAN BIADAP!

Kata-katanya membuatkan wanita ini ternganga…terdiam seribu bahasa!


Akibat Botox,Wajah Bertukar Jadi Chipmunk.Lihat!!

Imej
Wajah Carla macam Chipmunk?
MEMORI...Sarkozy dan Carla pada 2008
EMPAT tahun sebagai Wanita Pertama Perancis nampaknya sudah mencukupi buat Carla Bruni apabila dia mengundi untuk pilihan raya presiden yang kemungkinan akan menamatkan kepemimpinan suaminya.

Sebelum itu, pungutan suara menjangkakan suaminya, Nicolas Sarkozy akan mengalami kekalahan besar ketika Carla menandakan kertas undi dekat dengan kediamannya di Paris.

                           BERBEZA...Carla tersenyum sambil melambai kepada orang ramai.

Ramai menyatakan terlalu banyak suntikan Botox dan pelbagai prosedur pembedahan telah mengubah wajah Carla yang segar-bugar menjadi pelik.

“Dia kelihatan seperti pengantin perempuan dari Wildenstein,” kata seorang wanita merujuk kepada isteri bekas jutawan lukisan Jocelyn Wildenstein yang mengubah wajahnya secara keterlaluan melalui prosedur rawatan kosmetik bertujuan untuk tampil lebih muda.


“Carla hampir saja tidak lagi dikenali sebagai wanita muda penuh glamor yang berkahwin den…

Zizan Dilanda Penyakit Misteri.Lihat Zizan Diwad!!

Imej
Semalam jika anda menonton Melodi,pengacara Zizan telah digantikan oleh Wahid Senario. Menurut Wahid, Zizan telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya kurang baik. Wahid menyatakan lagi Zizan yang juga anggota kumpulan Angsa Ganas dalam Rancangan Super Spontan diserang penyakit misteri.

Walaubagaimanapun,  tidak dapat dipastikan lagi mengenai perkhabaran adakah Wahid sekadar berjenaka atau serius.

      Difahamkan, oleh kerana jadual Zizan yang penuh mengakibatkan dirinya kurang berehat. Apa-apa pun didoakan Zizan cepat sembuh dan dapat meneruskan kerjayanya sebagai selebriti yang disayangi ramai.

'Salam sayang utk semua, just wanna update you guys yg Zizan is doing fine right now..doctor said die muscle stress and pain, buat masa ni die perlu byk rehat, terima kasih kpd semua yg mendoakan Zizan. Minta maaf sgt2 kpd sesiapa yg nk melawat Zizan di hospital, dia perlukan rehat dahulu ya… Insyallah semua akan ok… '
– Maryna Juki (Fanpage Zizan Raja Lawak)

Bukti Gambar Palsu Untuk Menjayakan Bersih 3.0??

Imej
Mungkin terlalu terdesak untuk menzahirkan ramai yang hadir dan kota raya Kuala Lumpur sebenarnya dipenuhi penyokng Bersih 3.0, maka gambar-gambar palsu terpaksa disebarkan sejak semalam.

Kebanyakkan penyebaran dilakukan menggunakan media sosial seperti Facebook.

Paling banyak beredar rasanya adalah gambar yang memperlihatkan Dataran Merdeka dan keseluruhan jalan raya di Kuala Lumpur dipenuhi penyokong Bersih.

Kalau benar kata Ambiga 250,000 datang, maka gambar itu memang tidak boleh dinafikan kebenarannya.

Namun, kalau yang ada sekadar penuh kat tepi-tepi dataran aje, maka pakai lojik akal nampak sangat kantoi dari segi jumlah, mahupun kemampuan untuk menipu.



newshub

Asal Usul Minyak Masak Ini Sungguh Menjijikan.Lihat!!

Imej
Minyak yang dibuat dari lemak haiwan yang sudah membusuk
      Pihak polis di China berjaya merampas lebih dari 3,200 tan minyak yang dibuat dari lemak dan organ dalam haiwan yang sudah membusuk. Demikian diberitakan China Daily, Jumaat (6/4/2012). Keterangan ini disampaikan pihak Kementerian Keselamatan Awam China.

         Lebih dari 100 orang ditangkap kerana menghasilkan minyak ini pada 21 Mac lalu setelah dilakukan operasi keselamatan produk makanan di dua bandar dan empat wilayah. Polisi juga menutup 13 kilang yang menghasilkan minyak itu. Sebelumnya, frasa gutter oil dimaksudkan berasal dari sisa minyak yang kemudian diolah kembali dan juga sisa dari restoran.

       Meski demikian, kini ditemui jika gutter oil ini dibuat dari daging dan dijual melebih masa luput bahkan diambil dari lemak haiwan membusuk serta organ dalam. Pada Oktober tahun lalu, sejumlah warga di bandar Jinhua, Wilayah Zhejiang, mengatakan kepada polis tempatan jika mereka mencium bau yang tidak enak ada di pi…

Kenapa kereta peronda polis diterbalikkan?

Imej
(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mat…

Pernah GunaTuala wanita kitar semula?Jom Lihat!

Imej
TUALA WANITA KITAR SEMULA

SEBELUM tuala wanita tercipta, sebahagian besar wanita menggunakan lipatan kain ketika haid sebagai satu-satunya alternatif. Kain tersebut kemudiannya dibasuh dan digunakan semula.

Bagaimanapun, pada hari ini mungkin tiada anak gadis mahupun wanita yang selesa atau mahu meneruskan tradisi tersebut.

Sebaliknya, tuala wanita pakai buang menjadi pilihan kerana ia lebih mudah diurus.

Ketika ramai wanita memilih menggunakan tuala wanita pakai buang, Qhatijah Mohd. Said, 34, tidak kisah menjadi kelompok minoriti. Beliau bukan sahaja menggunakan cara lama setiap kali haid, malah menghasilkan sendiri tuala wanita yang diperbuat daripada kain sejak dua tahun lalu.

Anak kelahiran Taman Melawati, Kuala Lumpur yang lebih mesra dengan panggilan Qaty mula berjinak-jinak menjahit tuala wanita ketika hamil anak ketiga.

Meskipun tidak memiliki kemahiran asas menjahit, Qaty tekad belajar sendiri. "Mula-mula saya menjahit secara manual kerana tidak arif menggunakan mesin. T…

Maulana Dedah Rahsia Kahwin Sham

Imej
Maulana Dedah Rahsia Kahwin Sham Di Propaganza

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2012: Isu perkahwinan kedua Sham Kamikaze atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh masih belum terlerai lagi walaupun figura popular ini sudah pun menafikannya.

Lebih hangat lagi, program Propaganza menerusi segmen Mulut Murai yang dikendalikan ejen Murai, Ajieb berjaya mendapatkan maklum balas tentang isu ini daripada bintang Akademi Fantasia 8 (AF8), Maulana yang didakwa adik ipar kepada gitaris popular ini.

Penjelasan berani Maulana ini dibuat memandangkan wanita yang digembar-gemburkan isteri kedua Sham adalah kakak sulung Maulana yang popular menerusi lagu RSVP.

Dalam masa yang sama, Maulana yang agak suram dalam bidang nyanyian dilaporkan telah berjaya mengikuti jejak langkah Yuna dengan menyertai sebuah program nyanyian iaitu X Factor, United Kingdom (UK).

Pun begitu, hasrat Maulana untuk meneruskan peluang itu musnah gara-gara penaja yang mahu membantunya menarik diri disaat akhir disebabkan Maulana bukanny…

Pengakuan seorang gadis sedia dimadu.Baca!

Baru-baru ini, saya dapat peluang meneroka hati seorang kawan - perempuan - yang sedang hangat bercinta dengan suami orang.

Usianya awal 30-an, sangat cantik, berkerjaya tetap, punya kereta dan rumah sendiri.

Walaupun hidupnya nampak sempurna tetapi saya tahu, hatinya tidak ceria. Ini tidak lain, tidak bukan kerana cintanya terhalang. Maklumlah, kekasihnya suami orang.

Sambil minum air buah menghadap tasik, saya berani-beranikan diri bertanya soalan ‘cepu gangsa’, macam mana dia mengendalikan perasaan apabila terkenang kekasihnya yang tidur malam berdakap isteri sedangkan dia seorang diri.

“Dan macam mana pula apabila awak teringat yang ‘lebih’ daripada itu? Sedangkan dalam keadaan asyik-maksyuk macam ini, saya percaya, dalam hati awak, dia juga milik awak, bukan milik isteri dia saja.”

Sebenarnya sudah lama saya teringin nak tanya soalan itu tetapi tidak berani. Namun pada hari itu, dengan ‘bantuan’ angin sepoi-sepoi bahasa dari tengah tasik, saya percaya, kalaupun dia marah, marahny…

Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0

Imej
PETALING JAYA – Penyanyi 90an yang terkenal dengan lagu ‘Janji Manismu’, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.

Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya di Program ‘Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah’ di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah  berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.-

Ops... Zarina Anjoulie Lavocah Dicium abang tiri?

Imej
Itu Abang Tiri Saya – Zarina Anjoulie Lavocah

Zarina sering dihimpit kontroversi. Untuk makluman, gambar di bawah yang tersebar adalah gambar Zarina dan abang tirinya. Mereka berdua berlainan ibu tetapi mempunyai ayah yang sama.................katanaya!!


Menurut Zarina, hubungannya dan abang tiri sememangnya rapat sehingga sering bercium dan berpelukan jika berjumpa. Namun kemesraan mereka tidak lebih daripada adik beradik:-

   'Lelaki dalam foto itu bukanlah orang asing atau kekasih saya. Dia adalah abang tiri saya yang hanya berbeza ibu tetapi berkongsi ayah yang sama. Sebab itulah, orang melihat wajah dia tidak banyak persamaan dengan saya. Ini juga telah menyebabkan ramai yang membuat spekulasi bahawa dia kekasih saya. Jika benar dia kekasih saya, saya tidak akan bersikap bodoh untuk memuat naik gambar ini ke dalam Twitter. Begitu juga dengan menjadikanya sebagai gambar profil untuk BlackBerry Messenger (BBM). Saya dan abang tiri saya memang rapat. Kami memang selalu bercium d…

BERSIH Dan Solat 'Jumaat' Dihari Sabtu?

Imej
Solat 'Jumaat' di Masjid Negara hari Sabtu

                                 (Penuh Masjid Negara dengan baju kuning)

KUALA LUMPUR: Menjelang perhimpunan rasmi Bersih 3.0 jam 2 petang tadi, Masjid Negara penuh dengan jemaah yang berbaju kuning.

                  (Orang ramai bergegas ke dalam Masjid Negara apabila azan berkumandang)

Mereka ke sana untuk menunaikan solat Zohor apabila azan dikumandangkan oleh muazzim Masjid Negara.

Ini menyebabkan masjid itu penuh sesak umpama solat Jumaat.

Sebelum itu, beberapa pemimpin telah membuat ucapan di perkarangan

                                 (Mereka yang tidak dapat masuk ke masjid, solat di tepi jalan)



Peserta Bersih Tanah Merah naiki 12 gerabak kereta api

                   (Peserta perhimpunan Bersih 3.0 menaiki keretapi dari Tanah Merah, Kelantan)

Malam tadi sebahagian mereka menaiki 12 gerabak kereta api Ekspress Wau dari Tanah Merah menuju ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan membantah ketidakadilan dalam proses pengendali…

Fasha Oh Fasha,Jejai Oh Jejai...

Imej
Fasha-Jejai sah suami isteri
                       Fasha Sandha sah menjadi isteri Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.


DENGAN dua kali lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam tadi.

Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Moiddeen .

Fasha yang cantik dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini, dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal,
Saidatulnisa sempat melahirkan rasa gembira dan terharunya.
"Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami," kata pelakon TV Wanita Popular 2011 ini dipetik MH Online.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu diadakan di Tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara di sini dengan dihadiri lebih 300 tetamu.

Pada majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahk…

Itik Diubahsuai Jadi Angsa DiCHINA!Kesiannya...

Imej
CHINA – Itik dan angsa merupakan makanan yang sangat digemari di negara China dan rupa bentuk fizikal kedua haiwan mampu terbang itu kelihatan hampir sama di antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kedua keluarga burung itu mempunyai sedikit perbezaan di bahagian kepala dan masyarakat di China menggemari daging angsa yang dikatakan lebih sedap berbanding itik.

Ia menjadikan harga angsa lebih mahal dua kali ganda di China dan menyebabkan beberapa restoran di sini lebih ‘kreatif’ dalam mengaut keuntungan lebih dengan ‘menyembunyikan burung di dalam burung’.

Justeru itu ada di kalangan pengusaha restoran menjual angsa dari jenis murah dan yang disejuk beku bagi memaksimakan keuntungan mereka.

Apa yang lebih mengejutkan ialah ada di antara mereka di negara tembok besar itu yang dilaporkan sanggup menggunakan besi panas untuk menolak sedikit bahagian kepala itik untuk mengubah bentuknya seolah-olah kepala seekor angsa!

Perbezaan rasa yang tidak terlalu ketara di antara daging itik dan angsa …

Kenapa Perut Adibah Noor Ditendang??!!

Imej
KL, 26 APRIL 2012: Ketika pengacara dan pelakon dari Singapura, Suhaimi Yusuf melibatkan diri dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM), ramai memandang remeh terhadap bakatnya sebagai pelawak.


Apatah lagi, ramai membencinya disebabkan dia bersama dengan kumpulan Syok yang turut membariskan penyanyi dangdut, Ifa Raziah dan anak S Shamsudin iaitu Ariff Sudin.

Bagaimanapun, rasa benci itu semakin pudar sebaik saja Suhaimi berjaya meraih tempat ke empat dalam MLM.

Malah tidak dapat dinafikan, ramai menganggap Suhaimi sebagai pelaris untuk kumpulan Syok. Tidak seperti Arif yang disifatkan sebagai cukup syarat saja. Lebih nakal lagi ada meletakkan Arif sebagai pak pacak.

Kini, segalanya telah berubah. Keletah dan gelagat Suhaimi semakin disenangi tatkala dia menyertai Super Spontan (SS) dalam kumpulan Angsa Ganas.

Pun begitu, sewaktu siaran langsung SS baru-baru ini, ramai peminat tersentuh dan marah dengan sikap Suhaimi terhadap pengacara SS iaitu Adibah Noor.

Sungguhpun adengan Suhaimi m…

Mayat Keluar Darah Tidak Berhenti-Henti.Baca!!

Imej
PERISTIWA yang ingin diceritakan adalah mengenai satu jenazah yang  cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.

Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja…

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak…

Sekali Kahwin..Dua??!!

Imej
Petani kahwin dua wanita satu malam

        ABDUL RAHMAN duduk diapit dua isterinya, Intidhar (kiri) dan Suad di Samarra kelmarin.

SAMARRA, Iraq - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita.

Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.

Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu.

Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit.

Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut.

Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam.

Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun keb…

Aziz Desa Alami Masalah Jantung, Kini Di Wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu

Imej
Pengacara Aziz Desa yang terkenal sebagai pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu semalam.

    Menurut isteri Aziz, Raden Nor Azlina, ianya bermula apabila Aziz mengalami kebas kaki dan tangan sejak Selasa. Beliau kemudiannya membeli ubat di farmasi. Kebas telah hilang setelah Aziz mengambil ubat tersebut, bagaimanapun mula mengalami sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang. Menurut doktor, ianya kesan dari ubat menghilangkan kebas dari farmasi.


Sejam lepas, Aziz telah mengemaskini status di Facebooknya;-

ICU Hospital Pakar Perdana KPJ Kota Bharu sejak petang semalam. Hari-hari penuh debaran, cemas, sedih, pilu, sakit, insaf dan pengajaran. Terima kasih komitmen dan dedikasi staf KPJ, KTC, famili, kaum keluarga dan rakan-taulan. Hidup ini indah, semoga ia milik kita semua!

Marilah kita bersama mendoakan kesihatan beliau. Semoga Aziz sembuh segara, Amin. Kredit gambar Facebook Aziz Desa.

‘Ayah, orang English tak pakai baju!!!’

Imej
Cuti hujung minggu lalu, saya bawa keluarga bersantai di kolam renang sebuah hotel di Kuala Lumpur. Saya memilih untuk jadi ahli kelab percutian hotel di pinggir tasik The Mines itu kerana jaraknya tidak jauh dari rumah.

Ya, saya amat memerlukan tempat seperti itu. Jadual kerja saya yang masuk pejabat pada waktu petang dan pulang tengah malam, selain perlu bekerja pada hujung minggu menyebabkan waktu untuk bersama keluarga sangat terhad.

Saya hanya ada ruang untuk bertanya khabar isteri dan anak-anak pada awal pagi. Tatkala saya pulang kerja waktu dinihari, mereka sudah dibuai mimpi.

Isunya bukan semata-mata jadual kerja tetapi juga kerana jarak rumah saya dengan pejabat yang agak jauh.

Tidak. Ini bukan rungutan tetapi sekadar untuk menceritakan bagaimana saya berusaha mengimbangi tuntutan antara dua perkara yang sama penting dalam hidup saya.

Ketika isteri melahirkan anak bongsu dua tahun lalu, saya sering berdoa supaya nanti janganlah apabila anak sudah pandai bercakap, dia sampai …

Foto Mengerikan Cara Memancing Udang Karang di Pantai Selatan

Imej
Para nelayan harus melalui tebing pantai di atas ombak laut yang besar.


Seorang nelayan Siswanto menyeberang lautan dengan menggunakan tali dan kayu saat ingin menangkap lobster/udang di sebuah tebing di Gunung Kidul, Yogyakarta.






dapat gak walau bertarung nyawa sedemikian rupa