Loading...
KL, 26 APRIL 2012: Ketika pengacara dan pelakon dari Singapura, Suhaimi Yusuf melibatkan diri dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM), ramai memandang remeh terhadap bakatnya sebagai pelawak.
Apatah lagi, ramai membencinya disebabkan dia bersama dengan kumpulan Syok yang turut membariskan penyanyi dangdut, Ifa Raziah dan anak S Shamsudin iaitu Ariff Sudin.
Bagaimanapun, rasa benci itu semakin pudar sebaik saja Suhaimi berjaya meraih tempat ke empat dalam MLM.
Malah tidak dapat dinafikan, ramai menganggap Suhaimi sebagai pelaris untuk kumpulan Syok. Tidak seperti Arif yang disifatkan sebagai cukup syarat saja. Lebih nakal lagi ada meletakkan Arif sebagai pak pacak.
Kini, segalanya telah berubah. Keletah dan gelagat Suhaimi semakin disenangi tatkala dia menyertai Super Spontan (SS) dalam kumpulan Angsa Ganas.
Pun begitu, sewaktu siaran langsung SS baru-baru ini, ramai peminat tersentuh dan marah dengan sikap Suhaimi terhadap pengacara SS iaitu Adibah Noor.
Sungguhpun adengan Suhaimi menendang perut Adibah dianggap sebagai satu lawak, ada penonton menyifatkan Suhaimi telah melanggar batas perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Mungkin juga, Adibah terasa dan terkejut dengan kelakuan itu dan terpaksa menyembunyinya di depan kamera.
Malah, ia lebih disifatkan sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan figura berbadan besar ini kerana Suhami merupakan seorang suami dan bapa.
Sewajarnya, Murai Batu rasa Suhaimi perlu menjaga tingkah lakunya itu apatah lagi bila ia adalah program yang disiarkan langsung.
Apapun , semuanya berlaku di luar kawalan pengacara itu sendiri. Apatah lagi Suhaimi adalah aset bagi kumpulan Angsa Ganas.
Murai Batu.
p/s kesian Adibah
0 Ulasan
jerit kat sini