Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

21 May 2013

KILANG TUALA WANITA PALSU DI CHINA

Di China mereka mahir memnghasilkan barangan palsu. Tetapi tahukah anda baru-baru ini berlaku skandal apabila pihak berkuasa menemui tuala wanita palsu yang dijual kepada umum?

Tuala wanita palsu ini didapati tidak sanitary langsung dan mengakibatkan wanita yang menggunakannya mengalami jangkitan. Apabila kilang diserbu mereka menemui kilang yang sangat-sangat tidak bersih.

                                 

                                      
Aduhai..hati-hatilah dengan pelbagai produk tiruan khasnya dari negara China
Read More...

Mari Kenali Bangsa Tamil / India


Info ini adalah 100% berdasarkan internet & tv
kalau ada yang salah tolong perbetulkan...

Masyarakat india di Malaysia adalah masyarakat majoriti kecil & mereka sudah berada di negara kita sebelum merdeka lagi...

Dari segi kehidupan apa yang saya tahu adalah:

1. Mereka suka makan kari Hehehe
2. Keluarga perempuan yang akan datang melamar & memberi hantaran kahwin
3. Orang india suka bercakap, kalau korang mesra dengan mereka memang sampai esok pagi tak habis cakap
4. India terkenal dalam bidang kedoktoran & guaman
5. India juga terkenal dengan perisian & mobile phone(pakar hacking bro!)
6. Negara mereka adalah pengeluar engineer terbesar di dunia.
7. Indian student Shreya creates world record in SAT, TOEFL scores.
8. Wanita & Jejaka india adalah antara manusia yang tercantik & kacak di dunia
8. entah... tak tau dah hehee

Dari segi movie / wayang-wayang india

1. Hero india tidak pernah mati ( entah kenapa, mybe sebab mereka suka happy ending.
2. Mereka suka menari berkumpulan(bukan 10-20 orang tapi 1 kampung)
3. Artis india antara artis paling cantik & kaya di dunia
4. 95% filem india mengekalkan tarian & nyanyian cinta
5. ............

Kalau korang nak tambah silalah tambah ya hehehehe 


 Jom tengok gambar2 menarik di bawah pula





Read More...

20 May 2013

Pakatan Guna bomoh Untuk Menang PRU13?

SYIRIK DAN KHURAFAT !!

Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad." (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

saksikan videonya disini...
https://www.facebook.com/photo.php?v=583412338357978


                                     
                                            Adam Adli??
Read More...

Ibu Dan Ayah Juga Derhaka Pada Anak

                            
Setiap anak dilahirkan fitrah, bersih, dan suci. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu dan ayah mendidiknya.

"SIAPA kata tiada istilah ibu ayah menderhaka kepada anak? Memang wujud dan berlaku keadaan di mana seorang ibu atau ayah itu menderhaka kepada anaknya," kata Mohd Ashrof Zaki.

Memetik satu kisah berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA, Mohd Ashrof Zaki berkata, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab RA mengadukan hal kederhakaan anaknya.

Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapak u tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.

Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya.

Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Mohd Ashrof berkata, kisah ini jelas menunjukkan ibu bapa yang inginkan anaknya tidak menderhakai mereka perlu terlebih dahulu menunaikan hak anak. Ibu bapa harus mempersiapkan diri supaya menjadi baik jika mahu anak baik.

Kadang-kala berlaku keadaan di mana si anak menengking atau meninggikan suara kepada ibu bapa, jika dilihat balik barangkali ibu atau ayahnya juga sering meninggikan suara atau menengkingnya.

Menurutnya, walaupun, hendak memarahi anak perlu dilakukan mengikut saranan Nabi SAW.

"Marah dan tegurlah dengan iman dan hemah, bukannya marah mengikut cara yang tidak diajar dalam Islam.

"Jika berlaku anak menderhaka, ibu bapa harus periksa kembali di mana silapnya dalam mendidik. Namun, setelah berusaha melakukan semua yang baik seperti yang disuruh dalam Islam tetapi masih berlaku anak menderhaka, maka janganlah berputus asa, kerana sesungguhnya ia adalah ujian ALLAH," kata Mohd Ashrof.
Read More...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Terkini

Get widget here