Itik Diubahsuai Jadi Angsa DiCHINA!Kesiannya...

Itik Diubahsuai Jadi Angsa DiCHINA!Kesiannya...

Loading...

CHINA – Itik dan angsa merupakan makanan yang sangat digemari di negara China dan rupa bentuk fizikal kedua haiwan mampu terbang itu kelihatan hampir sama di antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kedua keluarga burung itu mempunyai sedikit perbezaan di bahagian kepala dan masyarakat di China menggemari daging angsa yang dikatakan lebih sedap berbanding itik.

Ia menjadikan harga angsa lebih mahal dua kali ganda di China dan menyebabkan beberapa restoran di sini lebih ‘kreatif’ dalam mengaut keuntungan lebih dengan ‘menyembunyikan burung di dalam burung’.

Justeru itu ada di kalangan pengusaha restoran menjual angsa dari jenis murah dan yang disejuk beku bagi memaksimakan keuntungan mereka.

Apa yang lebih mengejutkan ialah ada di antara mereka di negara tembok besar itu yang dilaporkan sanggup menggunakan besi panas untuk menolak sedikit bahagian kepala itik untuk mengubah bentuknya seolah-olah kepala seekor angsa!

Perbezaan rasa yang tidak terlalu ketara di antara daging itik dan angsa dan bentuk fizikal kedua haiwan itu adalah hampir sama, khususnya apabila dipotong-potong.

Menurut laman wantchinatimes.com, ramai pelanggan yang tertipu di kawasan Guangdong di mana para peniaga tidak meletakkan tanda nama dan kepala itik yang telah diubahsuai itu dipotong serta dibuang.


p/s  zalim lorrr

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini