Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Tak Tahu Nak Tulis Tajuk Apa..

Imej
‎[2011 Dalam Kenangan]

Sangat menarik! Tetambak ini telah melindungi sebuah rumah yang dikelilingi oleh air banjir dari Sungai Yazoo, pada 18 Mei, 2011 berhampiran Vicksburg, Mississippi.

Gambar: Scott Olson
di post oleh: APiz

Pelik2 je...buatnya air melimpah..tenggelam terus tu...hadoooyy...naya jer

Makam Nabi Yehezkiel Diubah Jadi Masjid

Imej
Pemerintah Irak berencana merubah makam nabi Yehezkiel menjadi Masjid dengan menghilangkan semua tulisan Ibrani dan ornament Ibrani dan yahudi lainnya.Pemerintah Iraq mengumumkan bahwa mereka akan merubah makam kuno tersebut yang terletak di Al-Kifl, kota kecil disebelah selatan Baghdad – Iraq. Pemewrintah AS mengatakan bahwa kebudayaan yahudi yang tersisa dari zaman kuno di Jazirah arab semakin ditekan dan mungkin saja hilang satu persatu.Pemerintah Irak berencana membangun masjid dan menghilangkan semua tulisan Ibrani kuno di makam Yehezkiel. Beberapa laporan juga mengatakan, beberapa tulisan dalam bahasa Ibrani yang ditulis dimakam tersebut juga telah hilang.


Nabi Yehezkiel Hidup di abad ke 6 SM, Dia termasuk didalam Orang buangan yang diangkut raja babel Nebukadnezar dari Yudea ke babel (sekarang Irak). Nubuatan nabi Yehezkiel antara lain bangkitnya Israel Modern (tulang-tulang orang Yahudi) dan juga kembalinya orang Yahudi ke tanah Israel dalam Yehezkiel 36: 22-25.

Yehezkiel 36:2…

Orang Kedah simpan jenazah

Imej
Sering berlaku dalam hidup kita seharian ialah salah faham, kadang kala hingga membawa pertelingkahan atau pergaduhan hanya kerana perkataan yang sama dituturkan di sesuatu tempat namun membawa makna yang berbeza di tempat lain.

Saya tidak mahu sentuh isu ‘kopek’ yang membawa satu makna tertentu berkaitan wanita di Pantai Timur tetapi di tempat saya di Kedah, kopek digunakan untuk menyimpan wang. Sebab itulah ketika menonton filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', walaupun berkali-kali disebut oleh Pak Abu, “banyaknya kopek dia...” tatkala melihat kemunculan hantu kopek, saya sendiri menyangka ianya tangan yang dikepal atau penumbuk.

Itu sangkaan saya setelah puas saya mencari kopek duit (dompet) tidak ada dalam wayang itu.

Apa yang pernah berlaku ialah hal seorang pakcik dari tempat saya, datang ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menziarahi anak lelakinya yang kemalangan. Tiba di hospital itu, dia dan keluarganya ditahan oleh pengawal yang memberitahu, itu bukan waktu me…

Mayat Pasangan Gay Di Titanic

Imej
erk...ni je yang ada..lain2 keterangan x de...

Gerak Jari Menyingkap Rahsia Diri

Memicit atau memegang hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

Bermain dgn tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi Pandai berjenaka Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati Jenis open minded Mematahkan jari jemarinya Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Memintal hujung rambut
Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman2 Setia dlm persaha…

LATA KINJANG Penuh Misteri

Imej
HUTAN Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama “Kinjang” hingga kekal namanya sampai sekarang.

Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik . “Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang,“ kataTok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

Setakat ini belum ada usaha-usaha unt…

Kereta Dah Lihat,Sekarang Kita Lihat Pesawat Peribadi Sultan Berunai Pulak....

Imej
Mau tahu seperti apa mewahnya pesawat pribadi sultan Brunei? Interior pesawat pribadi ini benar-benar lucurious, dan benar-benar mewah.Seperti seluruh rumah dipindahkan di sini. Sultan membeli Airbus 340 ini seharga USD 220 Juta , pesawat dilengkapi dengan sepuhan emas.

Al-Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin, GCMG (lahir 15 Julai 1946) adalah Sultan Brunei ke-29, putra sulung Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, sultan sebelumnya.

jangan terkejut yer...







                                                            Wow!!

Ekspresi Duka Rakyat Korea Utara Palsu?

Imej
Dunia maya dihebohkan dengan beredarnya perbandingan dua foto yang memunculkan spekulasi kalau ekspresi duka ribuan rakyat Korea Utara ketika pemakaman Kim Jong-il adalah duka palsu. Atau dengan kata lain, sudah dirancang.

Dilansir dari Daily Mail Khamis 29 Disember 2011, gambar pertama yang merupakan milik agensi berita Jepun, Kyodo, menggambarkan suasana ribuan rakyat Korea Utara berkumpul di tepi jalan Pyongyang untuk menyaksikan jenazah Kim Jong-il dibawa menuju peristirahatan terakhirnya, Rabu lalu.

Dalam foto itu kelihatan enam orang dengan sebuah kamera video yang disangga tripod berdiri di belakang puluhan ribu rakyat Korea Utara. Namun orang-orang ini 'hilang' secara misteri dalam foto serupa tapi tak sama milik agensi berita Korea Utara Central News Agency (KCNA), yang kemudian dihantar pada pejabat-pejabat berita lain di dunia.

Agensi berita Reuters yang juga menerima gambar perkuburan Kim Jong-il dari KCNA bahkan meyakini kalau gambar milik KCNA adalah foto hasil …

Menteri Lesbian Sambut Anak Pertama!

Imej
Adelaide - Menteri kewangan Australia, Penny Wong dan pasangan lesbinya, Sophie Allouache tengah bergembira. Pasangan tersebut baru sahaja menyambut anak pertama mereka, Alexandra. Bayi perempuan itu lahir di Women 's and Children' s Hospital, Adelaide. Bayi itu sendiri berasal penderma sperma seorang lelaki yang sampai saat ini identitinya dirahsiakan.

"Ibu dan anaknya sihat. Ini adalah pengalaman yang mengubah hidup. Dia sangat hebat. Sangat hebat. Aku dan Sophie sangat gembira. Alexandra sangat cantik. "Ujar wanita berusia 43 tahun itu seperti yang dipetik dari Daily Mail, Khamis, (15/12/2011).

Pernikahan atau hubungan sesama jenis di Australia memang belum dilegalkan namun hal tersebut mendapat sokongan penuh dari parti Buruh, parti tempat Penny Wong bernaung. Berkaitan kelahiran sang putri, Penny Wong mendedahkan kalau ia telah memberitahu Perdana Menteri Australia Julia Gillard.

"Aku telah memberitahunya. Dan Perdana Menteri telah memberikan cuti. Kami ber…

Ingat!!!Paderi Juga Manusia Biasa

Imej
Paderi bergaduh semasa menyapu

Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin. - AP

BAITULAHAM - Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.

Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.

Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.

Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.

Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu. - Agensi

Dua beradik azab dirantai bapa

Imej
DUA kanak-kanak ditinggalkan oleh bapa mereka dalam tandas sebuah rumah kedai di Butterworth semalam.

BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini da…

Ditangkap Kerana Punya 8 Anak-China Lagi

Imej
Guangzhou - Pepatah banyak anak banyak rezeki rupanya tidak berlaku bagi pasangan asal Guangzhou, China ini. Gara-gara diketahui mempunyai lapan anak, Pasangan suami isteri ini terpaksa ditangkap di rumah mereka dan diharuskan membayar denda yang cukup besar.

Hal itu dilakukan oleh pegawai-pegawai tempatan kerana peraturan di China melarang pasutri mempunyai anak lebih dari satu. Pasangan itu mempunyai empat orang anak laki-laki dan empat orang anak perempuan. Kelapan anak tersebut sebelumnya dirahsiakan kewujudannya, Rahsia itu terungkap setelah pasutri tadi membawa anak-anaknya untuk bergambar bersama di sebuah studio foto.

Dari kelapan kanak-kanak tersebut, lima di antaranya dilahirkan oleh ibu pengganti. Pasutri itu memang sempat menggunakan ibu pengganti selepas menurut pemeriksaan doktor si wanita tidak boleh mempunyai anak. Namun tidak beberapa lama kemudian wanita tadi ternyata mengandung kembar tiga. Kelapan anak tersebut lahir dalam selang masa dua bulan di tahun 2010 lalu.

Cuba Lihat..Korang Nampak Apa?

Imej
Lihat...jangan tertipu...
korang nampak apa?


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
Ilusi Hari Ini : Sekuntum bunga dijendela, jika diperhatihan dengan jelas, ianya adalah sepasang kekasih sedang berpelukan di tengah2 bunga tersebut.
Wahh...aku tertipu!!!

p/s  Takzirah malam...
                                                                       :((

Kim Jong-il Dah Berubah Jadi Pasir?

Imej
Patung Pasir Kim Jong-il di Tepi Sungai Yangtze

Seorang seniman bernama Liu Xiaoming membuat patung pasir mendiang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, di tepi sungai Yangtze yang terletak di Taman Jiangtan, Wuhan, provinsi Hubei, China. Sejak Oktober lalu, lelaki berusia 45 tahun tersebut telah membuat sekitar 30 patung pasir berbagai bentuk di tempat tersebut.


Liu Xiaoming memasang kacamata yang diperbuat dari kertas karton pada patung pasir Kim Jong-il karyanya

Liu Xiaoming (45) menyelesaikan detail patung pasir mendiang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il

wahh...kreatif giler mamat ni...

Gangguan Hantu Kak Limah makin teruk

Imej
MARANG – Kerisauan lima sekeluarga dari Kampung Temilang, Pengkalan Berangan dekat sini terhadap gangguan misteri lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah sejak beberapa minggu lalu, bakal berakhir, apabila ada pihak tampil membantu mereka.


Ketua keluarga itu, Mazlan Ali, 55, lega setelah dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya itu, secara percuma.

Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya pada Sabtu ini, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia membawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, Dungun hujung November lalu.

“Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega, Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami.

“Buat masa ini ustaz itu sudah beberapa kali, menghubungi saya dan bertanya perkembangan berhubung gangguan dialami,” katanya


Rosalia Lombardo,Mayat Sikecil Yang Masih Kelihatan Segar!

Imej
Rosalia Lombardo, Mumi Kanak-kanak Paling Awet

Mayat Rosalia Lombardo, seorang anak perempuan Sisilia berusia dua tahun yang meninggal tahun 1920, masih terlihat segar. Muminya yang dikenal dengan "Sleeping Beauty" disimpan dalam kotak kaca di Palermo, Italia.

Ramuan yang membuat mumi tersebut masih terlihat segar menjadi rahasia selama bertahun-tahun. Namun, ahli antropologi biologi dari Institute for Mummies and the Iceman bernama Dario Piombino-Mascali berhasil mengungkap racikan yang dipakai untuk mengawetkan Rosalia.

Ia mencari tahu bahan-bahan yang digunakan dari kerabat dan orang-orang dekat Alfredo Salafia, seorang taksidermis atau ahli pembuat awetan yang tewas tahun 1933. Dari catatan tangan yang dibuat Salafia terungkap bahwa ia menyuntikkan zat-zat kimia ke tubuh Rosalia berupa formalin, garam seng, alkohol, asam salisilat, dan gliserol.



Formalin merupakan bahan yang saat ini paling umum digunakan untuk mengawetkan mayat. Campuran fo…

Bahayanya Makan Menggunakan Penyepit Bambu

Imej
Lihat proses pembuatannya satu persatu.

1. Dipotong dari pohon bambu



2. Diproduksi oleh industri surirumah tangga (contoh gambar dari Vietnam Tengah)



3. Di "putihkan" dengan menggunakan sulfur dan hidrogen peroxida (tanpa disinfektan)


4. Proses pengeringan seadanya


5. Di kemas seadanya juga untuk di export ke luar negeri
                                                            so..tepuk dada,tanya selera

Diganggu Makhlus Halus Seperti Hantu Kak Limah??Baca Ni!!!

Imej
Ayat Kursi tangani gangguan makhluk halus


KUALA TERENGGANU - Jangan terlalu emosi dan takut pada hantu mengatasi ALLAH, tegas Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz.


Menurutnya, orang ramai khususnya umat Islam tidak perlu takut kepada hantu kerana ia adalah jelmaan iblis, syaitan atau jin dan semua­nya itu adalah makhluk ALLAH.

“Saya bimbang bila orang kita terlalu takutkan hantu sehingga mengatasi kekua­saan ALLAH. Kita tidak perlu gusar atau takut, mungkin apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH tetapi kita perlu ikhtiar dengan bergantung kepada ALLAH TAALA.

“Kejadian diganggu hantu sepatutnya menjadikan kita lebih dekat pada ALLAH dan lebih banyak muhasabah diri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gangguan hantu Kak Limah yang dikatakan berlaku di Marang.

Ketika ditanya mengenai kejadian itu, Aizi berkata, dia tidak menolak kemungkinan kejadian sihir atau gangguan iblis, syaitan atau jin tetapi dalam bentuk jelmaan, unt…

FENOMENA MASJID AJAIB DI MALANG YANG WUJUD DENGAN SENDIRI

Imej
Betul, orang-orang kata bahawa ini memang masjid ajaib. Dalam puluhan kilometer jika anda bertanya kemana arah "masjid ajaib" orang-orang akan menunjukkan arah yang tepat.

Iaitu masjid yang tidak diketahui dibina oleh sesiapa, berapa banyakah orang yang melakukannya termasuk tukang dan kulinya dan seberapa material simen, pasir dan lain-lain. Pendek kata, masjid itu muncul begitu saja dan terus "membesar" sampai sekarang dan selalu terlihat sebagai " bangunan belum jadi "tapi tidak kelihatan tumpukan material dan lalu-lalang pekerja.


Namun, ketika desas-desus ini disahkan kepada "orang dalam"orang ghaib, dikatakan bahawa pembangunan masjid - yang sebenarnya merupakan kompleks pondok pesantren secara keseluruhan - semua bersifat telus kerana dikerjakan oleh santri dan jamaah.


Bantahan daripada "orang dalam" itu jelas sekali terpampang di depan meja penerima tamu dengan tulisan besar-besar, "Apabila ada orang yang mengatakan…

Kepada Semua Kaum HAWA....Singgah Sini Jap...

Imej
Peringatan buat muslimah...

Berhati-hati apabila menginap di hotel-hotel,chalet,hostel atau tempat-tempat persinggahan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada kerana kemungkinan ini akan berlaku..
Ingatlah maruah kita sebagai muslimah/wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tak di ingini...
Ya Allah..
Jauhilah dari sifat kedengkian dan khianat manusia...
Amin...


pringatan untuk muslimin jugaa..

Peringatan !!! BUKAN UNTUK DITIRU

Imej
perhatian !!!
                          jangan perlakukan buah hati anda seperti dibawah ini












          Anak adalah anugrah dan titipan olehNYA. maka jagalah baik2 dan didiklah mereka sebaik2nya