Loading...
Sering berlaku dalam hidup kita seharian ialah salah faham, kadang kala hingga membawa pertelingkahan atau pergaduhan hanya kerana perkataan yang sama dituturkan di sesuatu tempat namun membawa makna yang berbeza di tempat lain.
Saya tidak mahu sentuh isu ‘kopek’ yang membawa satu makna tertentu berkaitan wanita di Pantai Timur tetapi di tempat saya di Kedah, kopek digunakan untuk menyimpan wang. Sebab itulah ketika menonton filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', walaupun berkali-kali disebut oleh Pak Abu, “banyaknya kopek dia...” tatkala melihat kemunculan hantu kopek, saya sendiri menyangka ianya tangan yang dikepal atau penumbuk.
Itu sangkaan saya setelah puas saya mencari kopek duit (dompet) tidak ada dalam wayang itu.
Apa yang pernah berlaku ialah hal seorang pakcik dari tempat saya, datang ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menziarahi anak lelakinya yang kemalangan. Tiba di hospital itu, dia dan keluarganya ditahan oleh pengawal yang memberitahu, itu bukan waktu melawat. Lalu dijawab oleh si pakcik: “Aku bukan nak melawat, aku nak tengok anak aku ‘accident’!”
Ini kerana di tempat saya, melawat dikira sebagai aktiviti santai, bersiar-siar atau yang seumpamanya. Sementara menziarahi orang yang kemalangan atau sakit pula disebut sebagai tengok. Tengok dalam konteks ini bukan sekadar melihat.
Bagi orang luar yang menziarahi kematian di tempat saya, jangan pula menyangka kami menganut ajaran sesat. Ini boleh berlaku seandainya mereka terdengar perbualan atau soal jawab orang setempat mengenai “jenazah nak simpan pukul berapa?”
Ini bukanlah pula bermakna orang di tempat saya, di Mahang, Kedah itu tidak kebumikan jenazah sebaliknya hanya ‘menyimpan’ sebagaimana mayat Firaun di Mesir. ‘Simpan’ dalam makna yang berkaitan dengan jenazah di kawasan itu ialah kebumi. Jadi, jangan salah sangka kami bawa ajaran baru yang tidak kebumikan mayat seperti orang Zoroastrian di Iran sebelum revolusi Islam dulu.
Di tempat saya juga, air tidak disebut air, atau ‘ayaq’ sebagaimana dialek orang Kedah lain. Air mengikut sebutan ‘lidah bonda’ (mother tongue) saya bunyinya sama dengan menyebut huruf ‘A’.
Itulah sebutan dalam dialek Melayu Pattani yang berasal dari Selatan Thailand manakala di negara inu, wilayahnya meliputi beberapa daerah di pedalaman Kedah dan Perak iaitu dari Padang Terap, Sik, Baling, sebahagian Pendang, Kulim di Kedah. Di Perak pula, ia meliputi Pengkalan Hulu (Kroh), Grik, Lenggong, Batu Kurau, Ulu Selama dan Bukit Gantang.
Ada pun telah berlaku satu peristiwa seorang makcik ketika berjumpa doktor di sebuah hospital, telah diminta oleh doktor berkenaan untuk menunggunya di depan bilik A bagi pemeriksaan lanjut. Lalu makcik berkenaan pun, yang tersalah faham akan arahan doktor itu, telah menunggu lama di depan bilik air sehingga ditegur oleh jururawat: “Makcik buat apa kat sini? Dari tadi saya tengok makcik di sini.”
Dijawab oleh makcik itu: “Doktor yang suruh aku tunggu di sini.”
“Doktor suruh tunggu di sini?” tercengang-cengang jururawat itu bertanya semula. “Buat apa di suruh makcik tunggu di sini?” tanyanya lagi.
“Manalah aku tahu, dia suruh tunggu, aku tunggu sajalah...”
Tahu dia tidak akan mendapat jawapan yang memuaskan, si jururawat lalu bertanya sendiri kepada doktor. Seketika kemudian, dia datang semula sambil menahan ketawa.
Katanya kepada makcik itu: “Makcik, doktor suruh makcik tunggu di depan bilik A, bukan bilik air.”
Inilah salah faham yang biasa berlaku, yang saban hari kita boleh temui.
Walau apa pun, jika ke Indonesia, jangan anggap ‘gampang’ perbedaan seperti ini kerana kita yang serumpun sentiasa ‘membutuhi’ kerukunan sesama tetangga.
sumber:SH
8 Ulasan
lain tempat lain cara, sebab tu kita kena bertanya kalau masuk ke tempat orang...kalau tidak sesatlah kita
BalasPadambetul tu Yatie..umpama masuk kandang rimau,mengaum,masuk kandang kambing mengembek...cam tu lah lebihkurang..
BalasPadamer...nama kita sama la...:))
Orang Kedah tinggal sebilik dengan orang Kelantan. Satu hari, lipan masuk ke bilik mereka.
BalasPadamOrang Kedah menjerit "Katok!..katok!(maknanya 'pukul' dlm logaht Kedah).
Orang Kelantan berkata "Bukan katok, tu lipe" (Bukan katak, tu lipan).
Siapa yg betul?..
Dua-dua betul.. hehe..:)
hahahah...len tmpt len ragam dia.klu leh mahir sme mmg power.
BalasPadam@Suhaime
BalasPadamkahkahkah...pening wehhh Suhaimi..akak ni orng Tgganu...mau kalo dgr orng Kedah cakap,boleh terngangan je mulut..
@aReLaN
BalasPadamTgganu,Kelantan,Kedah,Sbah...bila bercakap sama2 macamanalah agaknya yer
hhaha..sya terbaca entri ni..hehe..kelakar juga.. loghat setiap negeri kan bbeza..itu yg susah skt kadang2 nak tangkap
BalasPadam@Nana Liena
BalasPadambetul tu.tu belum lagi ke Trengganu dan Kelantan,mau ternganga mulut dibuatnya
jerit kat sini