BERSIH Dan Solat 'Jumaat' Dihari Sabtu?

BERSIH Dan Solat 'Jumaat' Dihari Sabtu?

Loading...
Solat 'Jumaat' di Masjid Negara hari Sabtu

                                 (Penuh Masjid Negara dengan baju kuning)

KUALA LUMPUR: Menjelang perhimpunan rasmi Bersih 3.0 jam 2 petang tadi, Masjid Negara penuh dengan jemaah yang berbaju kuning.

                  (Orang ramai bergegas ke dalam Masjid Negara apabila azan berkumandang)

Mereka ke sana untuk menunaikan solat Zohor apabila azan dikumandangkan oleh muazzim Masjid Negara.

Ini menyebabkan masjid itu penuh sesak umpama solat Jumaat.

Sebelum itu, beberapa pemimpin telah membuat ucapan di perkarangan

                                 (Mereka yang tidak dapat masuk ke masjid, solat di tepi jalan)



Peserta Bersih Tanah Merah naiki 12 gerabak kereta api

                   (Peserta perhimpunan Bersih 3.0 menaiki keretapi dari Tanah Merah, Kelantan)

Malam tadi sebahagian mereka menaiki 12 gerabak kereta api Ekspress Wau dari Tanah Merah menuju ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan membantah ketidakadilan dalam proses pengendalian pilihan raya di negara ini.

Sejak awal malam lagi stesen kereta api Tanah Merah mulai penuh dengan peserta Bersih 3.0 terutamanya mereka yang datang dari tempat yang agak jauh.

Rombongan berkenaan diketuai anggota Jawatankuasa PAS Tanah Merah, Mejar (B) Ramli Zakaria. Turut serta bersama rombongan berkenaan Setiausaha Kerja PAS Tanah Merah, Mohd Nordin Ahmad dan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS kawasan, Wan Doti Wan Yahya.

Nordin berkata, mereka menaiki 12 gerabak dan yang lain menaiki bas dan kenderaan sendiri yang bertolak lebih awal.

Difahamkan Kereta Api Tanah Melayu menambah bilangan gerabak memandangkan permintaan penumpang begitu tinggi.

Kereta api ekspress terbabit tiba kira-kira jam 9 malam dan mereka beratur panjang menaiki gerabak berhawa dingin untuk bersama rakyat dari jajahan lain menyertai Duduk Bantah petang ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan