Akibat Botox,Wajah Bertukar Jadi Chipmunk.Lihat!!

Wajah Carla macam Chipmunk?
MEMORI...Sarkozy dan Carla pada 2008

EMPAT tahun sebagai Wanita Pertama Perancis nampaknya sudah mencukupi buat Carla Bruni apabila dia mengundi untuk pilihan raya presiden yang kemungkinan akan menamatkan kepemimpinan suaminya.

Sebelum itu, pungutan suara menjangkakan suaminya, Nicolas Sarkozy akan mengalami kekalahan besar ketika Carla menandakan kertas undi dekat dengan kediamannya di Paris.

                           BERBEZA...Carla tersenyum sambil melambai kepada orang ramai.

Ramai menyatakan terlalu banyak suntikan Botox dan pelbagai prosedur pembedahan telah mengubah wajah Carla yang segar-bugar menjadi pelik.

“Dia kelihatan seperti pengantin perempuan dari Wildenstein,” kata seorang wanita merujuk kepada isteri bekas jutawan lukisan Jocelyn Wildenstein yang mengubah wajahnya secara keterlaluan melalui prosedur rawatan kosmetik bertujuan untuk tampil lebih muda.


“Carla hampir saja tidak lagi dikenali sebagai wanita muda penuh glamor yang berkahwin dengan Sarkozy pada 2008. Dia kelihatan sangat letih dan seolah-olah berusaha keras untuk nampak menawan seperti dulu.


Pada Januari lalu, pakar kulit yang semakin dikenali di Amerika berkata, Carla mendapatkan suntikan Botox terlalu banyak hinggakan dia kelihatan seperti “chipmunk”.

Pakar kulit dari Los Angeles, Dr Ben Behnam melemparkan kritikan secara peribadi itu selepas melihat foto bekas supermodel berusia 44 tahun itu.

Benham berkata: “Carla terlalu banyak mengambil suntikan Botox.

                                                   ANGGUN...wajahnya beberapa tahun lalu.

“Itu sebab mengapa wajahnya nampak terkejut dan kelihatan seperti chipmunk,” katanya.

Bekas model kulit depan Givenchy dan Christian Dior itu ‘mempunyai kening terangkat” dan menyuntik pipinya supaya lebih gebu, kata Benham.

“Carla kelihatan seperti mengambil Radiesse yang digunakan untuk mengurang�kan kedut, tetapi hasilnya tidak kelihatan semula jadi.

“Ramai selebriti hari ini nampak sama saja. Mereka semua mempunyai pipi yang gebu dan mata seperti kucing,” katanya.

“Apa yang mereka perlu lakukan ialah hanya menyuntik sedikit supaya wajah mereka kelihatan lebih muda semula jadi bukannya seorang berusia 50 tahun yang cuba kelihatan seperti 25 tahun.

“Rawatan yang baik ialah mendapatkan Sculptra kerana ia kelihatan lebih semula jadi dan boleh membuatkan pengguna kelihatan cantik dan menawan, bukan wajah palsu yang nampak pelik,” katanya.

Carla menjadi tumpuan media Perancis dan sejumlah besar gambar kontroversi sering dipaparkan sejak dia berkahwin dengan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy empat tahun lalu.

Dia melahirkan anak perempuan pasangan itu yang pertama bernama Guilia, akhir tahun lalu.

Pakar pembedahan kosmetik Britain Dr Alex Karidis berkata, setahun lalu bahawa Carla yang pernah berpacaran dengan Mick Jagger dan Eric Clapton menunjukkan kesan klasik hasil pemujaan Botox.

“Bayangan kecil yang anda dapat lihat di bawah hidungnya mungkin adalah kesan suntikan untuk menghilangkan tanda kedutan dari hidung ke mulut,” katanya.


Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?