Maulana Dedah Rahsia Kahwin Sham

Maulana Dedah Rahsia Kahwin Sham

Loading...
Maulana Dedah Rahsia Kahwin Sham Di Propaganza

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2012: Isu perkahwinan kedua Sham Kamikaze atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh masih belum terlerai lagi walaupun figura popular ini sudah pun menafikannya.

Lebih hangat lagi, program Propaganza menerusi segmen Mulut Murai yang dikendalikan ejen Murai, Ajieb berjaya mendapatkan maklum balas tentang isu ini daripada bintang Akademi Fantasia 8 (AF8), Maulana yang didakwa adik ipar kepada gitaris popular ini.

Penjelasan berani Maulana ini dibuat memandangkan wanita yang digembar-gemburkan isteri kedua Sham adalah kakak sulung Maulana yang popular menerusi lagu RSVP.

Dalam masa yang sama, Maulana yang agak suram dalam bidang nyanyian dilaporkan telah berjaya mengikuti jejak langkah Yuna dengan menyertai sebuah program nyanyian iaitu X Factor, United Kingdom (UK).

Pun begitu, hasrat Maulana untuk meneruskan peluang itu musnah gara-gara penaja yang mahu membantunya menarik diri disaat akhir disebabkan Maulana bukannya seorang artis wanita yang cantik dan seksi.

Dalam pada itu, detektif Stailista, Ayie Ali yang semakin mendapat perhatian kerana kritikan berani terhadap fesyen selebriti tempatan bakal mengulas keunikan fesyen pelakon dan pelawak, Didie Alias.

Menerusi segmen itu, penonton boleh mengetahui punca sebenar sebab Didie sering mengenakan pakaian yang pelik dan berani mati.

Oleh itu, jangan lupa temu janji anda bersama Propaganza, pada 29 April ini (Ahad), jam 12 tengah hari. Suntikan gosip yang hangat dan menyengat.

Anda juga boleh menonton ulangan episod ini pada 2 Mei 2012 (Rabu), jam 10 malam hanya di Astro Ria (Saluran 104).

Pssssssstttttt...

sumber:Murai

Catat Ulasan

0 Ulasan