Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Bila Rumput Di 'Sumpah' Jadi Patung.Lihat!

Imej
cantik dan sangat unik

Misteri hantu di jambatan Kg. Sungai Cengal, Ketereh, Kelantan

Imej
KOTA BHARU, KELANTAN: JAMBATAN GANTUNG yang terletak di Sungai Kampung Chengal, Ketereh, Kelantan pada masa dulu dibina dari batang buluh di mana di bahagian bawahnya diletakkan beberapa buah pelampung sejak 30 tahun lalu agak tersohor dengan kejadian misteri.

Sehinggalah jambatan berkenaan diganti baru dikenali 'Jambatan Putra' telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Sri Mahathir Mohamed yang menghubungkan Kampung Chengal dengan Padang Halban, masih lagi berlaku kejadian yang menyeramkan dan menakutkan penduduk setempat.

Walaupun jambatan berkenaan kini telah dijadikan lokasi pemancing, namun golongan pemancing yang datang ke situ sentiasa membawa teman untuk mengelakkan kejadian diganggu oleh makhluk halus yang berkampung di situ.

              Makhluk halus sering melintasi kawasan ini dengan berjalan di atas air tersebut.

Mungkin individu yang belum pernah terkena gangguan makhluk halus yang menghuni di tebing sungai tersebut akan menafikan kejadian …

EKSKLUSIF - Pengakuan Bekas Isteri MP PKR Yang Dihalau Bagaikan Anjing Gara Gara Suami Dapat Orang Baru

Imej
Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor. Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.

Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang mak andam.

Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu.

Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimara…

Kerana Kemiskinan Susu Anjing Diminum.Lihat!

Imej
Kanak-kanak lelaki bernama Chotu Kumar begitu selesa dengan sekawanan anjing. Berdasarkan gambar di atas, dia kelihatan memegang kaki belakang seekor anjing lalu menghisap susunya.

Yang menghairankan, anjing itu membiarkan Chotu menghisap susunya. Menurut Chotu, “Keluarga saya sangat miskin, kadang-kadang saya merasa sangat lapar."

“Anjing itu tidak menggigit saya. Anjing itu "melayan" saya seperti salah satu daripada anak-anaknya. Saya suka bermain dengan anjing. Haiwan ini ialah teman saya.”

Chotu tinggal bersama-sama dengan ibunya Shanichari Devi, 37 tahun, neneknya Amiya Devi, 60 tahun, dan adik-beradiknya, iaitu Bola, 14 tahun, dan Mahesh, tiga tahun di sebuah rumah lumpur di Jharkhand, India Timur.
Setelah kematian ayahnya empat tahun lalu, keluarga Chotu hidup dalam kemiskinan.

Kakaknya yang terpaksa bekerja di sebuah hotel hanya memperoleh gaji di bawah £20 sebulan.

Ibu dan neneknya pula bertungkus lumus mengumpulkan kayu dan mencari hasil hutan untuk dimasak di …

Mesin ATM dari Rotan di Bali,Hhhmm...Boleh Laa...

Imej
Kalau anda membayangkan sebuah ATM laksana sebuah rumah mini lengkap dengan tembok tebal dan sistem hawa dingin, mungkin anda perlu melihat sebuah sekolah di Bali yang membangunkan sebuah ATM yang terbuat dari Bambu.

Idea ini datang dari  Bank Internasional Indonesia (BII) yang mengajukan idea kepada pendiri Green School Bali, John Hardy untuk membangunkan mesin ATM yang peramah lingkungan. 

unik juga...




Mumia 'Perawan' Inca Menderita Jangkitan Paru-paru Sebelum Dikorbankan

Imej
Mumia Perawan Inca
Perawan Inca berusia 15 tahun yang dikorbankan 500 tahun lalu ternyata memendam rahsia. Remaja itu sedang menderita jangkitan bakteria paru-paru pada saat kematiannya. Hal ini berdasarkan laporan para saintis

Para penyelidik sudah menganalisis protein selaput, dan bukan DNA, dari si Perawan dan mumia Inca remaja lain yang meninggal di masa yang sama.

Dalam dekad terakhir, teknik DNA memang terbukti berguna untuk memecah misteri-misteri kuno seperti bagaimana Raja Tut mati. Tetapi teknik ini masih mempunyai kekurangan, misalnya mencari bukti bahawa parasit yang menyebabkan malaria di sistem tubuh Raja Tut bukan bererti si Raja Mesir ini menderita gejala-gejala malaria. Lingkungan sekitar juga boleh merosakkan sampel DNA jika para penyelidik tidak hati-hati.

Di sisi lain, menganalisis sampel protein, yang boleh lebih terlindung dari pencemaran alam sekitar, memunculkan peranti maklumat yang berbeza. "Sebagai ekspresi DNA, protein menunjukkan apa yang dihasilkan t…

Kisah Pelik Amin Ketua Kumpulan Al-Maunah Sebelum Ke Tali Gantung

Imej
Mungkin ada di antara kita tidak lagi mengetahui tentang apakah proses yang diperlukan sebelum banduan akhir dijatuhkan hukuman gantung .

 Itu proses, kini ada ada sebuah kisah yang mana ia diceritakan oleh seorang ustaz tentang apa yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin.

Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.

Bau itu tak hilan…

Fobia Nampak Sayur

Imej
Gadis fobia tengok sayur

NEWPORT, Wales 30 Julai - Seorang remaja perempuan di sini yang mengalami fobia makanan, hanya makan keju, roti dan kentang goreng selama lapan tahun ekoran mengalami masalah pemakanan luar biasa.

Abi Stroud, 18, akan mengalami serangan panik sekiranya makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, malah membuatnya tidak keruan jika melihat seseorang mengopek kulit pisang.

Corak pemakanan Stroud dalam tempoh seminggu melibatkan tiga blok keju, tiga beg kentang beku dan tiga buku roti, namun kesemuanya dibeli mengikut jenama tertentu.

Remaja tersebut mula menolak cara pemakanan normal sejak berusia 10 tahun akibat masalah psikologi selepas kematian neneknya sambil menyatakan dia berasa malu dengan perkara itu.

"Saya hanya boleh makan keju dan kentang, perkara itu sangat memalukan.

"Saya tidak berani untuk keluar makan bersama rakan-rakan kerana bimbang disuruh makan makanan lain," katanya.

Masalah yang dihadapi Stroud digelar 'Masalah Pemilihan Ma…

Eksklusif! Jawapan Tengku Mahkota Johor Tentang Dakwaan Neo Satria WWW1 kemalangan

Imej
Di dalam tweet HRHJohor2, Tengku Mahkota Johor telah menafikan spekulasi tersebut. Malah, Tengku Mahkota juga menasihati mereka yang memulakan spekulasi tersebut supaya bertanyakan Tengku sendiri.

Lihat tweet Tengku Mahkota Johor :


Jawapan Tengku Mahkota sangat jelas. Segala khabaran tentang Neo Satria itu hanya spekulasi sahaja.

hihi..jangan percaya khabar angin..

Olimpik 2012 Olimpik Dajjal?

Imej
Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi?
Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati.

Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu.

Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).

Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.

Nabi Musa Dihina Di sukan Olimpik London 2012?

Imej
PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S !!
LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..!
SILA AMBIL PERHATIAN WAHAI KAWAN-KAWAN SAYA YANG PERCAYA KEPADA ALLAH SWT DAN RASULNYA..

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.
LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN..
MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT..
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..
NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..
NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMN…

Siapa Bapa Erra?

Imej
Semua ada sejarah silam
DIA keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.

Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.

Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.

Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir.

Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.
Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!


Kisah ini bukan cerita dalam drama atau filem, teta…

Kerana Perbezaan Warna Kulit,Perkahwinan dihalang

Imej
Charles dan Te’Andrea Wilson
WASHINGTON - Satu pasangan Mississippi berasa terkejut kerana seorang pastor di sebuah gereja menyatakan bahawa mereka tidak dapat berkahwin kerana berkulit hitam.

Pastor itu, Stan Weatherford memberitahu, saluran televisyen ABC kelmarin bahawa tiada upacara perkahwinan pasangan berkulit hitam di gereja berkenaan di Crystal Springs, Mississippi sejak ia dibuka pada 1883.

Weatherford yang berkulit putih berkata, beliau menawarkan pasangan tersebut berkahwin di gereja lain yang dikunjungi penduduk berkulit hitam.

Beberapa penduduk terkejut dengan tindakan pastor tersebut. - AFP

Pembunuh Brutal..Maut usus pecah ditusuk hos angin

Imej
KILANG jubin di Seremban tempat Sanjaya mati akibat ditusuk hos angin oleh rakannya kelmarin.

SEREMBAN – Seorang lelaki Nepal yang gagal mengawal emosi ketika bergaduh bertindak kejam dan tidak berhati perut apabila tergamak menusuk hos angin ke dalam dubur rakannya sebelum membuka tekanan udara tinggi hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia kelmarin.

Kejadian pukul 7.10 pagi di sebuah kilang membuat jubin di Jalan Seremban-Jelebu di sini itu menyebabkan Sanjaya Yadav, 25, mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) apabila usus perutnya pecah hingga menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman yang kronik.

Difahamkan sebelum kejadian, Sanjaya dan suspek bertengkar mengenai sesuatu di kilang berkenaan.

Suspek berusia 33 tahun yang gagal mengawal emosi dikatakan terus memukul mangsa juga rakan senegara suspek sehingga lembik sebelum membuka seluar mangsa.

Bagaikan dirasuk, suspek kemudian bertindak kejam dengan mengambil pula hos sebuah pam angin elektrik lalu memas…

Wow!!Bawa Tembikar macam ni je,tak jatuh ker?

Imej
Hock Bee menghantar tembikar yang dipesan pelanggan

BANDAR BAHARU - Seorang pengusaha tembikar lebih senang memindah dan menghantar barangan yang ditempah pelanggannya hanya menggunakan motosikal sejak 20 tahun lalu.

Tan Hock Bee, 55, berkata, motosikal Modenas Kris miliknya yang diubah suai mampu membawa muatan empat tembikar setinggi dua meter.

Menurutnya, kebanyakan tembikar yang ditempah dari China dan Kemboja diperbuat daripada kaca, ia mudah pecah dan tidak sesuai dibawa menggunakan lori.

“Semasa proses pemindahan, tembikar ini harus diletakkan secara berdiri dan dilapik dengan bahan lain supaya mengurangkan hentakkan kerana hanya bahagian bawahnya sahaja yang keras, manakala bahagian lain mudah pecah dan retak.

“Untuk memastikan ia tidak rosak atau retak saya akan membawanya dengan motosikal. Tapak tembikar itu diletakkan di atas dawai.

“Dengan cara ini tembikar yang dibawa tidak mengalami hentakkan dan bergoyang kerana tembikar dibawa diletakkan di bahagian spring motosikal,” …

Pulau Kecil Ini Mengalami Empat Musim

Imej
Pulau kecil ini terdapat di tengah danau Artis di Krasnoyarsk, dekat pegunungan Ergaki, Rusia-Siberia. Pulau ini ‘dihantam’ empat musim, namun tetap saja terlihat indah, Setidaknya dalam foto ini. Tapi, konon, pemandangan terbaik akan kamu dapat pada musim panas.