EKSKLUSIF - Pengakuan Bekas Isteri MP PKR Yang Dihalau Bagaikan Anjing Gara Gara Suami Dapat Orang Baru

EKSKLUSIF - Pengakuan Bekas Isteri MP PKR Yang Dihalau Bagaikan Anjing Gara Gara Suami Dapat Orang Baru

Loading...
Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor. Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.

Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang mak andam.

Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu.

Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka. Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar.
Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan yang baik dengan Zuraidah. Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan menolong. Dengan Faizah pula dia galakkan supaya bernikah dengan Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.


Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.

Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.

Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga ahli parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa dan Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tanggungjawabnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.



Sumber cerita selanjutnya  di SINI

Catat Ulasan

0 Ulasan