Kisah Pelik Amin Ketua Kumpulan Al-Maunah Sebelum Ke Tali Gantung

Kisah Pelik Amin Ketua Kumpulan Al-Maunah Sebelum Ke Tali Gantung

Loading...

Mungkin ada di antara kita tidak lagi mengetahui tentang apakah proses yang diperlukan sebelum banduan akhir dijatuhkan hukuman gantung .

 Itu proses, kini ada ada sebuah kisah yang mana ia diceritakan oleh seorang ustaz tentang apa yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin.

Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.
Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.

Melayukini.net

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Saya kurang setuju dengan artikel ini, ia seg=harusnya disertakan dengan nama ustaz yang menceritakan perkara tersebut agar dapat dilakukan pemeriksaan. risau ia adalah fitnah semata.

    Masakan seorang yang pengsan tetap diteruskan juga hukum keatasnya, pasti pihak penjara akan membawanya untuk rawatan terlebih dahulu. bapa saya selaku bekas pegawai penjara amat memahami perkara ini.

    Pada hemat saya, perkara ini adalah mainan kotor penentang kerajaan untuk memburukkan imej agensi pelaksana.

    BalasPadam
  2. hhmmm...mungkin juga..
    terimakasih atas pandangan saudara

    BalasPadam
  3. Ustaz Amin itu sebelum perang dgn askar dia orang elok, sembahyang tak tinggal. perang dia adalah dengan niat baik untuk menegak negara Islam
    , saya percaya apa yang berlaku itu mungkin benar. cuma orang yang takut dengan dengan gerakan islam, dia akan kata macam-macam. PAS sebuah parti Islam dikata macam-macam extrim, lebih bahaya dari kominis dan yang terbaru tuduhan PAS telah diresapi gerakan kominis.Russia pun telah tolak kominis inikan pula orang Islam telah mendapat didikan agama yang jelas aqidahnya. Gua tak hairan bro rasulullah di tuduh macam-macam yg tak payahlah saya nak cerita, hanya kerana menyatakan kebenaran dan kaum pembesar takut hilang kuasa.

    BalasPadam
  4. @Abd Latif Mamat
    Siapa yang saudara maksudkan takut dengan kebangkitan Islam? Adakah saya? Untuk makluman saudara Abd Latif Mamat, sehingga hari ini saya sentiasa mengamalkan rukun Islam dan terus beramal seperti yang diajarkan oleh ustaz yang pernah mengajar saya.

    Saya sekadar menyuarakan pendapat dan bimbang sekiranya apa yang di perkatakan ini boleh memesongkan akidah sekiranya terlalu taksub seperti mana sesetengah individu terlalu taksub kepada PAS!!!

    BalasPadam
  5. Majlis fatwa dh wartakan buku karangan amin ade unsur2 yg menyesatkan, dn mengelirukan.. @abd latiff mamat.

    BalasPadam
  6. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-kumpulan-al-maunah-0

    BalasPadam

jerit kat sini