Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Usia kesemua isteri Cruise 33 tahun ketika cerai.Benarkah?

Imej
(Dari kiri) Nicole Kidman, Katie Holmes dan Mimi Rogers, kesemuanya berusia 33 tahun apabila perkahwinan dengan Cruise berakhir. – Foto ihsan msnbc

LOS ANGELES - Sebaik sahaja berita Tom Cruise dan Katie Holmes akan bercerai muncul, peminat-peminat mereka rasa pelik dengan satu maklumat - secara kebetulan ketiga-tiga isterinya berpisah apabila mereka mencecah usia 33 tahun.

Ketiga-tiga isteri Cruise berusia 33 tahun semasa khabar bahawa mereka akan bercerai tersebar luas dan rumah tangga menemui jalan akhir secara rasmi setahun kemudian.

Isteri berita Cruise, Mimi Rogers, yang berusia 31 apabila berkahwin dengan Cruise, yang hanya berumur 25 tahun pada Mei 1987, dan genap 33 apabila berpisah pada 1990.

Kemudian Cruise berkahwin dengan Nicole Kidman, 23, pada Disember 1990 dan berpisah pada 2001. Ketika itu Kidman berusia 33 tahun.

Holmes, 28, dan Cruise berkahwin pada 2007, tujuh bulan selepas Suri, anak perempuan mereka, lahir.

Dan, apabila berita bahawa kedua-dua mereka akan bercera…

Wah..Orang India Berpesta Wang!Lihat!

Imej
Nelayan India Berpesta Kutip Wang

NEW DELHI – Sekumpulan nelayan terkejut apabila niat untuk menjala ikan berakhir dengan penemuan ratusan gumpalan wang di sebuah paya di Chachal, daerah Guwahati, India, semalam.

Wang itu kelihatan terapung dengan setiap satunya bernilai 500 rupee (RM28.30) dan 1,000 rupee (RM56.70). Penemuan itu membuatkan seluruh penduduk di kawasan tersebut bertukar kecoh apabila menyerbu kawasan berkenaan.

Kelihatan juga beberapa dewasa dan kanak-kanak menebarkan jala. Manakala, wanita pula mengutip wang tersebut di tepi paya yang dihanyutkan dan ada juga yang sanggup berenang untuk mengumpul sebanyak mungkin wang kertas tersebut.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, beliau mengaut sehingga 1,000 rupee dan tidak memikirkan hasil tangkapan ikannya bagi tempoh seminggu ini. “Kami melepaskan semula ikan yang dipancing kemudian mengutip wang ini. Pada mulanya saya hanya nampak sekeping wang kertas terapung- apung, te…

Lihat Bunga Berwajah Monyet!

Imej
JIKA anda menyangka gambar bunga Orkid dengan wajah seakan monyet di kelopaknya ini merupakan hasil penggunaan teknik photoshop atau superimpose, ternyata anda silap.

Bunga ini memang benar-benar wujud, ia merupakan bunga ganjil yang tumbuh di hutan tebal selatan Ecuador dan Peru.

Terkenal dengan nama Orkid Monyet, nama saintifiknya pula ialah Dracula simia

"Simia" merujuk kepada wajah monyet yang terpapar pada kelopaknya, manakala Dracula merujuk kepada dua unjuran taji yang kelihatan seperti hujung kepak pontianak versi Inggeris (Vampire).

Bunga Orkid ini baru ditemui dalam tahun 1978 dan ia merupakan sebahagian daripada keluarga yang mengandungi lebih 120 spesies di Ecuador.

Bunga-bunganya dikatakan memiliki bau seperti limau yang sedang ranum.

                       Lihat pula gambar di bawah, saling tak tumpah seperti monyet yang sebenar.





Sumber: thesun.co.uk

Malasnya Kucing PM Britain Ni....

Imej
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling gemar dibela oleh kerana sikapnya yang manja.

Namun, kucing juga mudah untuk berubah ‘angin’ dan sikap apabila diganggung.

Ini yang berlaku kepada kucing peliharaan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang bernama Larry.

Kucing itu lebih memilih untuk beristirehat dari melakukan tugasnya sebagai penangkap tikus.

Larry tampak bersantai dan tidur sambil menikmati kehangatan sinar matahari di Downing Street.

Namun, menjadi satu masalah pula apabila kucing itu memilih di tengah jalan utama itu sebagai tempat santainya.

Pada masa yang sama, ia menjadi masalah kepada para menteri yang hadir untuk mesyuarat mahupun perjumpaan ahli kabinet.

Oleh itu, waktu istirehat Larry telah terjejas akibat dari tindakan seorang petugas polis yang bertindak memindahkan Larry ke tempat yang lebih selamat serta tidak menjejaskan lalu lintas.

Larry merupakan kucing yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang bertugas di Downing Street untuk mengatasi masalah tikus…

Cerita Sikit Mengenai Sultan Berunai....

Imej
Allahuakhbar....

Inilah Tarikan Utama Restoran Ini,Tak Percaya??Lihatlah!!

Imej
Ayam & Lembu Awet Tarikan Utama Restoran


Pelukis yang terkemuka di peringkat antarabangsa, Damien Hirst telah mencipta sebuah hasil seni yang sangat unik apabila dia telah mengawet seekor lembu spesis Hereford dan seekor ayam jantan di dalam sebuah tangki berkaca.

Hasil seni itu diletakkan di tengah-tengah ruang makan sebuah restoran di London.

Karya yang diberi nama ‘Cock and Bull’ itu diletakkan di atas sebuah menara empat meter dari aras meja makan di restoran Tramshed, iaitu sebuah retoran yang menghidangkan steak dan ayam panggang sahaja.

Hasil karya itu adalah lanjutan dari ‘Hirst’s Natural History’ iaitu koleksi yang mengumpulkan haiwan-haiwan yang telah diawet sejak tahun 1991 dan koleksi itu merupakan antara karya terkenal Hirst.

Selain itu, Hirst juga telah melukis sebuah lukisan yang diberi nama ‘Beef and Chicken’. Ia menggambarkan watak-watak kartun tahun 90-an dan digantung di dalam restoran itu.

Di tingkat bawah tanah pula telah ditempatkan ‘Cock and Bull Gallery’ ia…

Lihat Reaksi Mereka Bila Masuk Rumah Hantu!!

Imej
Apa yang lebih menakutkan dari rumah yang penuh dengan hantu? Melihat reaksi yang ketakutan anda sendiri yang tertangkap oleh kamera tersembunyi.

Rangkaian gambar, ditangkap oleh kamera rahsia yang ditempatkan secara strategik, pelancong, dari remaja laki-laki, sampai ibu-ibu, menjerit ketakutan, berpegangan antara satu sama lain untuk keselesaan dan meringis ketakutan saat mengembara di Nightmares Fear Factory di Air Terjun Niagara.

Jom lihat!!

                      Pengunjung Tampak Ketakutan ketika berkunjung ke Nightmare Fear Factory

Satu sama lain terlihat saling menggenggam teman-teman mereka dan menutup mata mereka ketika ada terror yang mengerikan. Gambar-gambar ini telah menjadi sensasi di internet. Pemilik bangunan Kanada yang menyeramkan ini mulai mem-posting foto-foto para pelancong di Flickr pada bulan Oktober .

Wanita-wanita ini saling berpelukan untuk melindungi diri Wanita dan laki-laki tidak luput dari ketakutan Apakah yang mereka lihat sehingga ketakutan seperti itu? …

Apa Bezanya Rendang Malaysia Dan Rendang Indonesia?

Imej
‘Usah Perbesarkan Isu Rendang’

JAKARTA – Seorang pakar kulinari terkemuka Indonesia berkata tidak perlu memperbesar-besarkan isu masakan rendang.

William Wongso berkata, oleh yang demikian tidak perlu untuk mendaftarkan rendang untuk dipatenkan walaupun masakan itu berasal dari Sumatera Barat.

Beliau berkata, rakyat Indonesia tidak sepatutnya bimbang yang hak milik warisan makanan itu akan dituntut negara lain, terutama Malaysia.

“Makanan itu tidak perlu dipatenkan. Biar mereka tuntutnya kerana yang jelas penduduk daripada kumpulan etnik Minangkabau dari Sumatera Barat juga sudah berhijrah dan menetap di sana,” kata Wongso seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post hari ini.

Wongso berkata demikian ketika ditemui di Padang, Sumatera Barat, di mana beliau menjadi hakim pada Festival Memasak Rendang Sumatera Barat selama dua hari yang berakhir hari ini.

Pakar kulinari itu memberikan contoh makanan Jepun ‘sushi’ dan ‘sashimi’ serta makanan Korea ‘galbi’ yang tidak perna…

INILAH PETI RAHSIA YANG MENJADI REBUTAN YAHUDI SEJAK DARI DULU LAGI.LIHAT!!

Imej
Gambaran Tabut oleh Yahudi

Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka : “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah S.W.T.) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Surah al-Baqarah ayat: 248

Apabila Bani Israel di zaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang soleh dari keturunan Yahudi. Me…

Isu Cerai:Raja Azmi Kata...............

Imej
Untuk makluman, mereka berdua sudah pun berkahwin selama 28 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Pastinya ramai yang hairan mengapa Raja Azmi mahu bercerai di kala usia perkahwinan yang sudah begitu lama.
Berikut ialah penjelasan panjang lebar Raja Azmi menerusi Harian Metro semalam untuk tatapan anda semua:-


Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami. Antara fitnah itu, saya dituduh ada skandal dengan Roslin Hashim sedangkan semua itu tidak benar sama sekali. Sejak fitnah itu tersebar terutama dalam Internet, Jalani dilabel sebagai dayus dan takut isteri. Tuduhan itu sangat keterlaluan dan saya tak sanggup lagi membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga kami. Jalani suami…

Hati-hati Beli Getah Rambut,Takut Terbeli Kondom!!...Lihat!!

Imej
Getah pengikat rambut daripada China ada yang diperbuat daripada kondom terpakai.
ada yang dijual kat pasaran dan juga dipakai di salun kecantikan.
biasanya ianya murah dan berwarna warni..laku pulak tu...
yang risaunya, pengikat rambut nie masih mengandungi bakteria dan virus.
mungkin juga dijangkiti AIDS. (mungkin kalau yang kemam @ gigit guna mulut kot).

tak tau la dah masuk ke Malaysia ke belum. sebab pengeluaran (guna kondom terpakai )di sana pun diharamkan oleh kerajaan mereka.
Lihat gambarnya:






Ini bukan cobaan, ini betul-betul. Getah pengikat rambut from China ni rupa-rupanya made from kondom terpakai.!!...Jadi hati-hati lah...

Cara Mengenal pasti Kek yang mengandungi Arak!

Imej
Errr...gaul ngan tangan???Biar betul...

Misteri anak dikandung hilang.Baca!

Imej
Khadija reda dengan setiap kehilangan bayi-bayi dalam kandungannya. - Gambar hiasan


SEBAGAI hamba yang mengaku beragama Islam, mempercayai perkara ghaib merupakan bukti keimanan kita kepada kekuasaan Allah.

Justeru, bayangkan perasaan seorang wanita apabila anak dalam kandungan yang ditunggu untuk dilahirkan ke dunia tiba-tiba hilang dalam sekelip mata tanpa mengetahui puncanya.

Mungkin ada orang yang skeptikal dan beranggapan cerita seperti anak diambil orang bunian hanya khayalan semata-mata dan tidak masuk akal.

Namun, itulah yang dialami oleh wanita separuh usia, Khadija (bukan nama sebenar) ,50, apabila anak yang dikandungnya selama lapan bulan hilang secara tiba-tiba bila sampai waktu untuk dilahirkan.

Bercerita lanjut mengenai kejadian yang menimpanya 25 tahun lalu ketika melahirkan bayi keduanya, membuatkan hatinya dilanda perasaan sayu dan sebak.

Khadija berkata, sebelum mengandungkan anak keduanya, dia pernah melahirkan bayi sulung.

"Namun, Allah lebih sayangkan anak te…

Bila Bumi Tenggelam..Begini Jadinya.Lihat!

Imej
Di era globalisasi ini, isu akan pemanasan global semakin marak. Bagaimana tidak, suhu rata-rata global pada permukaan Bumi telah meningkat 0.74 ± 0.18 °C (1.33 ± 0.32 °F) selama seratus tahun terakhir.

Berdasarkan data dari Pusat Data Iklim Nasional NOAA (Badan Urusan Kelautan dan Atmosfir Amerika Syarikat) tahun 2010 luas dataran es di Kutub Utara tinggal sekitar 14,7 juta kilometer persegi. Ini merupakan impak dari pemanasan global (global warming). Impak yang paling berbahaya adalah naiknya permukaan air laut akibat cairnya ais di kutub utara dan selatan. Kalau ini terjadi terus - menerus, maka bukan tidak mungkin ini tidak mustahil akan menyebabkan bumi tenggelam.

Pemanasan global adalah kemarahan bumi akan penghuninya, yaitu kita sebagai manusia. Masing - masing dari kita harus memulai dari hal - hal terkecil, seperti menanam tumbuhan di sekitar rumah, menjaga lingkungan sekitar, menjimacermatt energi lettik  karena dengan menghemat listrik maka akan mengurangi polusi udara dari…