Loading...
Khadija reda dengan setiap kehilangan bayi-bayi dalam kandungannya. - Gambar hiasan
SEBAGAI hamba yang mengaku beragama Islam, mempercayai perkara ghaib merupakan bukti keimanan kita kepada kekuasaan Allah.
Justeru, bayangkan perasaan seorang wanita apabila anak dalam kandungan yang ditunggu untuk dilahirkan ke dunia tiba-tiba hilang dalam sekelip mata tanpa mengetahui puncanya.
Mungkin ada orang yang skeptikal dan beranggapan cerita seperti anak diambil orang bunian hanya khayalan semata-mata dan tidak masuk akal.
Namun, itulah yang dialami oleh wanita separuh usia, Khadija (bukan nama sebenar) ,50, apabila anak yang dikandungnya selama lapan bulan hilang secara tiba-tiba bila sampai waktu untuk dilahirkan.
Bercerita lanjut mengenai kejadian yang menimpanya 25 tahun lalu ketika melahirkan bayi keduanya, membuatkan hatinya dilanda perasaan sayu dan sebak.
Khadija berkata, sebelum mengandungkan anak keduanya, dia pernah melahirkan bayi sulung.
"Namun, Allah lebih sayangkan anak tersebut kerana dia meninggal dalam perut akibat lemas ketika usia kandungan memasuki lapan bulan.
"Setahun selepas itu saya mendapat khabar gembira kerana disahkan hamil lagi buat kali kedua.
"Ketika mengandung anak kedua, saya mengalami alahan teruk seperti mengandung anak pertama. Saya turut muntah dan mengidam makanan yang pelik," katanya.
Tambahnya, dalam tempoh mengandung, dia juga beberapa kali pergi membuat pemeriksaan di klinik untuk mengetahui keadaan bayi dalam kandungannya.
"Apabila membuat pemeriksaan, doktor memberitahu kandungan saya tiada masalah dan bayi dalam kandungan selamat dan sihat.
"Semasa usia kandungan semakin meningkat, saya dapat merasai bayi tersebut bergerak-gerak dan saya tidak sabar untuk melihat dia lahir ke dunia," katanya.
Ujarnya, kerana terlalu teruja untuk menimang cahaya mata, dia dan suaminya bersemangat menyediakan kelangkapan untuk anak mereka yang bakal lahir nanti.
"Namun, apabila usia kandungan memasuki lapan bulan saya telah mengalami sakit perut dan tumpah darah serta terpaksa dimasukkan ke hospital lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
"Untuk proses bersalin anak kedua ini, saya perlu menjalani pembedahan kerana kedudukan anak yang songsang.
"Setelah tersedar dari pembedahan, saya terasa seolah dunia gelap seketika apabila doktor yang merawat saya memberitahu tiada bayi yang wujud dalam kandungan walaupun imbasan telah dilakukan," katanya.
Ujarnya, doktor yang merawatnya turut bingung dengan keadaan itu. Selepas beberapa jam dalam bilik pembedahan perutnya kembali kempis seperti asal.
Beliau berkata, dalam tempoh tersebut dia tidak dapat menerima dan mempercayai kejadian yang menimpa dirinya kerana dianggap pelik dan tidak masuk akal.
"Hampir dua bulan saya berada dalam kebingungan dan buntu memikirkan kejadian yang menimpa.
"Dalam tempoh itu, ada kalanya saya menangis dan murung," katanya.
Ujarnya, lama kelamaan dirinya semakin sihat dan dapat menerima keadaan tersebut sebagai dugaan dari Allah.
Namun tiada kuasa untuk melawan takdir Allah kerana selang dua tahun selepas itu Khadija disahkan mengandung.
"Saya berasa gembira dan beryukur kerana diberi peluang untuk mengandung buat kali ketiga," katanya.
Khadija berkata, kandungannya yang ketiga dan keempat juga menghadapi situasi yang sama iaitu hilang ketika kandungan berusia lima dan enam bulan.
Pernah apabila kandungannya yang keempat memasuki usia enam bulan Khadija telah mendapat mimpi yang aneh pada suatu malam.
"Sekitar pukul empat pagi saya telah mendapat mimpi didatangi oleh tiga orang wanita muda yang berbaju putih. Wajah mereka sangat cantik dan bersih.
"Dalam mimpi tersebut, mereka meminta izin untuk mengambil anak saya tinggal bersama-sama mereka.
"Saya telah merayu kepada mereka supaya tidak mengambilnya, tetapi mereka memberitahu akan menjaga dia dengan baik di sebuah tempat yang cantik dan indah," katanya.
Beliau berkata, selepas mendapat mimpi tersebut dia tersedar dan mendapati perutnya telah kempis.
"Ketika itu saya tidak mampu berkata apa-apa, hanya mampu mengejutkan suami dan menangis," katanya.
Tambahnya, kerana ingin mendapat kepastian tentang kejadian yang sering menimpanya, dia menjemput beberapa orang ustaz untuk melihat tapak rumah yang didiami mereka.
"Menurut maklumat yang diberitahu kepada saya, tapak rumah yang kami tinggal ketika itu merupakan kawasan kediaman makhluk halus seperti orang bunian.
"Sebagai hamba Allah yang beriman saya reda dan percaya dengan kejadian yang menimpa diri.
"Sekarang saya bahagia hidup bersama anak angkat yang dipelihara dari kecil sejak 20 tahun lalu," katanya.

5 Ulasan
wah seram..
BalasPadammasa kecik2 dulu adalah jugak dengar cerita begini dr ibu,
BalasPadamSaya percaya sebab kejadian ni pernah berlaku dekat org sebelah umah kakak saye dalam tahun 2008.Padahal semalam tu saya baru nampak kakak tu dengan perut besar kandungan 8 bulan lebih. Tengah tunggu hari jer..Tiba2 esok tu perut kakak tu kempis dan dia menangis sebab baby hilang dalam perut.Check hospital memang betul baby dah hilang dan yg menyedihkan sebelum ni 2 kandungan kakak ni hilang jugak.Maknanye 3x dah baby kakak tu hilang!!Walhal checkup ibu mengandung tiap2 bulan.Sedih...
BalasPadamdulu2 mmg akak pun selalu gak citer2 macam ni...takut le dengar...pastu lama senyap...tup2 citer gini kluor balik...
BalasPadamseriau gak r dengar
salam. saya mengalami peristiwa yang sama dilalui oleh kakak itu. sukar untuk terima pada mulanya, tapi percaya pada hikmahNya..
BalasPadamjerit kat sini