Malasnya Kucing PM Britain Ni....

Malasnya Kucing PM Britain Ni....

Loading...


Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling gemar dibela oleh kerana sikapnya yang manja.

Namun, kucing juga mudah untuk berubah ‘angin’ dan sikap apabila diganggung.

Ini yang berlaku kepada kucing peliharaan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang bernama Larry.

Kucing itu lebih memilih untuk beristirehat dari melakukan tugasnya sebagai penangkap tikus.

Larry tampak bersantai dan tidur sambil menikmati kehangatan sinar matahari di Downing Street.

Namun, menjadi satu masalah pula apabila kucing itu memilih di tengah jalan utama itu sebagai tempat santainya.

Pada masa yang sama, ia menjadi masalah kepada para menteri yang hadir untuk mesyuarat mahupun perjumpaan ahli kabinet.

Oleh itu, waktu istirehat Larry telah terjejas akibat dari tindakan seorang petugas polis yang bertindak memindahkan Larry ke tempat yang lebih selamat serta tidak menjejaskan lalu lintas.

Larry merupakan kucing yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang bertugas di Downing Street untuk mengatasi masalah tikus pada tahun lalu.

Namun, semenjak tiba di kediaman Perdana Menteri Britain itu Larry telah berubah sikap dan hobinya kini adalah tidur dan berehat.



Daily Mail

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini