Usia kesemua isteri Cruise 33 tahun ketika cerai.Benarkah?

(Dari kiri) Nicole Kidman, Katie Holmes dan Mimi Rogers, kesemuanya berusia 33 tahun apabila perkahwinan dengan Cruise berakhir. – Foto ihsan msnbc

LOS ANGELES - Sebaik sahaja berita Tom Cruise dan Katie Holmes akan bercerai muncul, peminat-peminat mereka rasa pelik dengan satu maklumat - secara kebetulan ketiga-tiga isterinya berpisah apabila mereka mencecah usia 33 tahun.

Ketiga-tiga isteri Cruise berusia 33 tahun semasa khabar bahawa mereka akan bercerai tersebar luas dan rumah tangga menemui jalan akhir secara rasmi setahun kemudian.

Isteri berita Cruise, Mimi Rogers, yang berusia 31 apabila berkahwin dengan Cruise, yang hanya berumur 25 tahun pada Mei 1987, dan genap 33 apabila berpisah pada 1990.

Kemudian Cruise berkahwin dengan Nicole Kidman, 23, pada Disember 1990 dan berpisah pada 2001. Ketika itu Kidman berusia 33 tahun.

Holmes, 28, dan Cruise berkahwin pada 2007, tujuh bulan selepas Suri, anak perempuan mereka, lahir.

Dan, apabila berita bahawa kedua-dua mereka akan bercerai muncul semalam, Holmes berusia 33 tahun.

Laporan msnbc menyebut bahawa penceraian dalam setiap kes muncul apabila wanita yang menjadi fokus mencecah 34 tahun. Holmes akan genap 34 tahun Disember ini.

Portal itu juga berkata bahawa maklumat mengenai tahun secara kebetulan itu disedari peminat-peminat mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut menerusi laman sosial.

"Apa yang aneh ialah ketiga-tiga perkahwinan Cruise yang gagal berakhir ketika kesemua wanita terbabit berusia 34 tahun?" kata Karen D'Souza menerusi Twitter.

Peminat-peminat lain cuba mencari hubungan antara nombor 33-34 dan kepercayaan 'Scientology' Cruise.

Cruise bersandarkan pada kepercayaan itu ketika menamakan anak perempuannya sebagai Suri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?