Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Salam Ramadhan Buat Semua Rakan Followerku,Warga FB dan Seluruh Umat Islam

Imej
Bila ada langkah membekas lara
bila ada kata merang kai dusta
bila ada tingkah menoreh luka
pada kesempatan ini aku mohonkan maaf lahir dan bathin.
Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa pada bulan Ramadhan

mari kita sambut ramadhan dengan kebersihan hati
barangkali ada prasangka pernah terbersit
ada kata salah terucap
dan ada tingkah laku yang kurang berkenan
sekali lagi aku memohon maaf

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Hidup ini terasa indah jika ada maaf.

Matahari berdzikir, angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut datangnya Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.

OMBAK YANG DISUMPAH MENJADI BATU?

Imej
Ombak disumpah menjadi batu? Ye lah, rupanya seakan-akan ombak. Hurm, sebenarnya ‘wave rock’ atau ‘hyden rock’ adalah pembentukan batu secara semula jadi yang terletak di timur bandar Hyden di Australia. Ianya mendapat nama daripada rupa bentuknya seperti ‘ombak’. Ketinggian batu-batu ini adalah lebih kurang 14 meter dan 110 meter panjang.

SUMBER:Berita Harian

KUBUR ITU GELAP.....CAHAYANYA???

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing dan kalimah ini di
sebelah yang satu lagi, pasti lebih
berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia!
Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/

Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan,
untuk usaha kita yang sedikit dan sambil lewa.
Laa ilaaha illalLah!

Wassalam.jazakallah.

ketahuilah 2 ucapan yang tiada hijabnya
1- ucapan lailahaillah
2-doa seorang bapa dan ibu

FENOMENA PENGEMIS MENJELANGNYA RAMADHAN

Imej
Pengemis Serbu Jakarta


JAKARTA-
Fenomena kehadiran pengemis dadakan di Jakarta mulai terasa sehari menjelang bulan Ramadan. Di sejumlah titik pemakaman umum, tampak pengemis yang mencari rezeki dengan meminta-minta kepada peziarah.

Menurut ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) KH Amidhan, ada ‘aktor’ alias bos pengemis yang memang sengaja menyebar dan mengkoordinir para pengemis tersebut.

“Ada dua dimensi untuk melihat fenomena pengemis. Dimensi pertama, mereka memang miskin atau dhuafa. Dimensi kedua, karena ada aktor intelektual di belakang para pengemis itu,” kata Amidhan saat berbincang dengan okezone, Minggu (31/7/2011).

MUI, diakui Amidhan, memang belum pernah melakukan pengkajian atas fenomena tersebut. Namun, berdasarkan pendapat sejumlah Ulama dan media, fenomena pengemis dadakan bulan Ramadhan memang menjamur.

“Lihat saja, jangankan bulan Ramadan setiap hari Jumat saja banyak pengemis di masjid, apalagi dalam bulan puasa,” katanya.

Amidhan melihat bahwa, memang ada orang y…

6 Sifat Wanita Yang Menjijikkan Dan Tak Boleh Dijadikan Isteri

Imej
1. Al-Anaanah:
Banyak keluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan Peraturan yg diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang hendak membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.


3. Al-Hunaanah:
Ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami / lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al-Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suam…

Segmen-rancanganku dihujung minggu menjelang Ramadhan

Imej
Hari ni banyak blogwalking...ninjau2 sambil cari idea...
Ok la..malas nak tulis panjang2,hari akak join segmen Lulu...
Buat pe hari nii?...hhhmmm...esok seluruh umat Islam akan berpuasa,jadi awal2 pagi lagi akak dah gi pasar,cari apa2 yang patut utk juadah bersahur esok pagi..,kemas2 dapur utk berbuka puasa esoknya...selebihnya...landing2 je la...
Masak???...haaa...hari ni hari minggu...anak2 yang masak,mak duk goyang kaki jew..sekali sekala kan?..
Anyway...selamat berpuasa...

KORANG NI KAN.....RENUNG-RENUNG KAN LAH....

Lucu ya.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Starhill

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Friends"

Lucu ya.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung

Lucu ya.. Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.

Lucu ya.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya.. Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya.. Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat ke…

Tanda-tanda Saat-saat Kematian Pada Kita Semua

Assalamualaikum semua,

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
a. 100 hari :

Seluruh badan rasa bergegar.
b. 60 hari :

Pusat rasa bergerak-gerak.
c. 40 hari :

Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat
maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang
akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut
dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :

Mengidam makanan.
e) 5 hari :

Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari :

Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari :

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari :

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir :

Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian
belakang badan)Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W be…

Akhirnya Allahyarham Dikebumi sebagai seorang lelaki

Imej
ABDUL AZIZ Ahmad memerhatikan isterinya yang hanya mahu di kenali sebagai Mak Yah menyiram air mawar ke atas pusara Mohd. Ashraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan …

CINTA - Perlukah Diucapkan?

Perlukah cinta diucapkan? Itulah yang saya dan seorang kawan perdebatkan semalam. Katanya dia sangat menyintai suaminya, dan dia tahu suaminya juga begitu. tetapi dalam pada itu kawanbaik saya itu terus menerus melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana si suami jarang atau boleh dikatakan tidak pernah mengucapkan perkataan cinta di telinganya.

Katanya, lelaki ego dan hanya mementingkan perasaan sendiri. Lelaki kedekut untuk suarakan apa yang ada di hatinya. Susah sangat kah nak sebut, " Abang cintakan awak!" ujarnya melepaskan perasaan tidak puas hatinya itu kepada saya.

Saya memahami apa yang disuarakan oleh rakan saya itu. Perasaan itu bukan hanya ada pada rakan saya seorang tetapi dialami oleh ramai orang terutamanya yang bergelar isteri. Mungkin di awal perkahwinan, mungkin anda memberontak kerana suami tidak pandai ucapkan kata cinta. Bila perkara itu anda suarakan pada suami, dia hanya tersenyum. Anda marah, anda umpamakan senyuman itu seperti menyindiri anda. tetapi s…

BUAT SIPEROKOK......INILAH MASANYA

Ramadan masa henti merokok.


PEROKOK sedar merokok merosakkan kesihatan diri dan orang di sekeliling dan sering kali perokok memikirkan untuk berhenti merokok. Sebahagian besar sudah mencubanya walaupun gagal.Ye ke sedar??
Berdasarkan kajian, 85 peratus perokok yang berusaha meninggalkan tabiat itu secara purata mencuba empat kali sebelum berjaya melepaskan diri daripada cengkaman rokok. Dunia sains sudah mengenal pasti sebab yang menyukarkan seseorang berhenti merokok dan antaranya ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, bahan bahaya dalam kandungan asap rokok.
Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, toleransi dan tarikan, ada kalanya mungkin lebih hebat berbanding heroin. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti resah, mempunyai perasaan marah dan tertekan.
Memandangkan rokok mudah diperoleh, murah dan boleh dihisap di khalayak ramai tanpa masalah seperti heroin, perokok dapat menambahkan keperluan nikotin dalam darah…

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Wanita

MANUSIA NI SELALU TENGOK YANG ITUUUU JE..

ADAKAH KITA MAKAN KULIT, BUANG KACANG?

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam
kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi,
mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya.
Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.

Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing
kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu?

Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak?
I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke?

Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu,peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?

Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang
seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antar…

Demi Zebra, Lelaki Ini Harus Pakai Baju Belang

Imej
Gambar: Chen dan Little Five (Orange)


BEIJING -
Seorang pekerja di kebun binatang di China harus memakai pakaian belang kerana zebra tak berinduk ini hanya mahu menerima makan dari seorang yang memakai pakaian belang. Kebun binatang Wuhan menyatakan, zebra ini lahir di awal Julai dan lima hari selepas dia lahir, induknya mati. "Pada mulanya kami memberikan bayi zebra ini ke ayahnya, namun ayah zebra ini tidak mahu mengurusnya dan bahkan menendangnya," ujar seorang yang memberi makan zebra itu Chen Nong, seperti dikutip Orange, Sabtu (30/7/2011).
Chen mengatakan bahawa dirinya perlu memakai pakaian belang setiap hari agar zebra kecil ini mahu makan. Zebra ini pun menjadi senang bila melihat Chen menghampirinya. "Zebra ini bahkan ingin menyusu pada saya, saya berikan saja jempol saya," tambahnya. Kebun binatang ini akhirnya membina kandang zebra yang berasingan untuk bayi zebra ini. Chen pun memberikannya susu untuk zebra tersebut. Bila…

Segmen : BEN ASHAARI dan BLOGGER ..

Imej
Hari ini aku join segmen Ben Ashaari....nak rehatkan minda dari memikirkan berita yang amat mengejutkan negara hari ini...

ok...
kat traffic light



disimpang masuk ketaman perumahan aku


Ini al kisahnya....korang nampak kan??
Gambar ini aku ambik sebulan yang lalu,tarikh...aku lupa.
Masa ni jiran belakang umah aku mengadakan kenduri kawen anak dia,namun dalam kemeriahan...dan segala macam sambutan lagi..yang bla bla..bla...
Ini lah satu2nya yang menarik minat aku...
BALDI...ya baldi...!!
disetiap ceruk simpang menuju kerumah pengantin digantung sebijik baldi merah,didalamnya dinyalakan sebatang lilin...
Pelik....bagi aku la..yang x pernah tengok ni...
Setelah diselidik...rupa2nya itulah simbolik bagi kumpulan PEKIDA dan difahamkan bahawa bapa pengantin adalah orang kuat PEKIDA disini...
owhhh.....gitu kesahnyaaa...
I like!!!!!

HUKUM MENUKAR JANTINA DISISI ISLAM

Dari sudut hukum dalam Islam, cukup jelas perbuatan itu haram. Tidak kiralah sama ada lelaki mahu menukar jantina kepada perempuan atau sebaliknya. Ulama bersepakat mengatakan haram juga bagi lelaki menyerupai perempuan melalui cara berpakaian, gaya dan tingkah laku.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

Hadis lain, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Sudah jelas hukum haram terbabit yang mana melarang lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya. Apabila sesuatu larangan dalam nas itu disertai dengan laknat, maka hukumnya berdosa besar dan fasik sehinggalah seseorang itu bertaubat nasuha.

Perbuatan menyerupai pun dikira berdosa besar apatah lagi per…

AKHIRNYA MOHD ASHRAF ABD.AZIZ MENINGGAL DUNIA

Imej
Mohd Ashraf Abd Aziz, 26 yang gagal menukar nama kepada Aleesha Farhana telah kembali ke rahmahtullah pada jam 4.50 tadi.Mohd Ashraf menghembuskan nafasnya yang terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah.Ashraf sebelum ini memohon untuk menukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia kerana tekanan darah rendah.

KERATAN muka depan Kosmo! 19 Julai 2011


ashraf sebelum ini membawa kesnya di Mahkamah untuk mendapat kebenaran menukar status jantinanya tetapi hasratnya itu telah ditolak mahkamah.Mohd Ashraf Hafiz, yang berasal dari Seberang telah menjalani pembedahan pertukaran seks di Thailand pada Mei 2009.

sumber disini:http://jokegurl.com/?p=253

dariNYA kita datang,dariNYA juga kita kembali,takziah buat keluarga Allahyarham,semoga Allah mencucri rahmat keatas rohNYA...
Al Fatihah

IQ pengguna Internet Explorer Lebih Rendah?Hehehehe....

Imej
Pengguna Internet Explorer didakwa mempunyai IQ lebih rendah berbanding pengguna browser lain


TORONTO -
Berdasarkan penyelidikan sebuah perunding psikometri Kanada, AptiQuant, pengguna browser Internet Explorer (IE) ternyata memiliki tingkat kecerdasan (IQ) yang lebih rendah. Wah ...? AptiQuant menawarkan ujian IQ online secara cuma-cuma kepada 100 ribu pengguna internet untuk kemudian membandingkan rata-rata skor IQ mereka menurut pelayar yang digunakan. Keputusan ujian itu ternyata menunjukkan bahawa pengguna IE, baik itu versi 6, 7, 8 ataupun 9 mempunyai skor IQ lebih rendah daripada rata-rata pengguna browser lain. Lucunya, pengguna IE versi 9 ternyata mempunyai skor IQ lebih rendah berbanding pengguna IE versi 8, demikian seperti lansiran TG Daily , Sabtu (30/7/2011). pengguna Google Chrome, Firefox dan Safari didakwa mempunyai skor IQ lebih tinggi dari rata-rata .
Sementara pengguna Camino, Opera dan IE dengan Chrome Frame bahkan mempunyai IQ yang jauh lebih tinggi. Keputusan k…

TATOO DIBAWAH KETIAK.....MACAMANALAH RUPANYA YER??

Imej
Justin Bieber & ayahnya (Gambar: Dailymail)

Justin Bieber & Ayah Bikin Tato di Bawah Ketiak

LOS ANGELES-
Justin Bieber dan ayahnya, Jeremy, baru-baru ini mempamerkan kekompakan. Mereka membuat tatu bertuliskan 'Joshua' yang bererti 'Yesus', betul-betul di bawah ketiak. Justin Bieber dan Jeremy berpose topless saat mempamerkan tatu yang masih ditutupi plaster. Sebuah foto baru dikeluarkan, menunjukkan ayah dan anak itu tengah berada di Israel awal tahun ini di mana mereka telah membuat tatu baru. Kata 'Joshua' dalam tatu tersebut dibuat dalam bahasa Bahasa Ibrani atau bahasa Aramic.
Nama Yeshua sering muncul dalam Alkitab Ibrani untuk menggambarkan Iman Yosua yang sangat besar. Demikian dikutip Dailymail, Sabtu (30/7/2011). Justin Beber mempamerkan tatu pertama pada Mei lalu, saat berlibur bersama Selena Gomez di Hawaii. Ini adalah kali kedua penyanyi 17 tahun itu mempamerkan tatonya. Dia terlihat sangat k…

Nak minta tolong ngan sifu BANGKU KOSONG sikit....please....

Imej
Saya terkejut sungguh tatkala ke blog(klik kat bawah)




ini sedikit aku copy paste dr blog dia.

Salam..

Rasanya apa sebab ye jadi macam ni. Al-kisahnya aku sesaje lah klik link yang ditinggalkan kat Mister Linky's Magical Widgets..ingatkan nak blogwalking lah kan. Sekali apa yang buat aku terkejut beruk linknya lepas diklik keluar satu website tentang Bible / Jesus. Apa kejadahnya semua ni? Ni nak persendakan aku ke hape?

Ce tengok bawah ni .. lepas tu korang try la klik, korang nampak tak apa yang aku nampak? Memang betul2 menyirap darah nasib tak kiok je tadi..



Dan kata empunya blog lagi;
Tapi yang peliknya, kalau kita search kat laman Google taip perkataan khunsuriyatit betullah memang keluar blog http://akakdisebalikpintu.blogspot.com (konpius sudah aku niii).. Ada sesiapa tahu tak kenapa jadi macam ni? Kasihan kat empunya blog khunsuriyatit, tak pasal2 aku dah tersalah sangka dengan dia. Maklumlah sekarang kan musim blogger tak bertamadun mempersendakan agama Islam. Minta maaf …

BETAPA BUSUKNYA SEBUAH KEBENCIAN

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si Guru
telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu kantong plastic
transparen bersama dengan beberapa buah kentang. Kentang-kentang tersebut
akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah
kentangnya tidak ditentukan berapa...tergantung jumlah orang-orang yang
dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam kantong
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana
perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama
orang yang dibenci.

Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa kantong plastik berisi kentang
tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1
minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid-murid mulai
mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga
tidak menyenangkan. Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega
karena …

OPOCOT...PAMER TESTIS,WANITA INI DISAMAN

Imej
CHARLESTON -
Polis South Carolina terpaksa menilang dan memperkarakan seorang wanita yang menghiasi keretanya dengan testis. Undang-undang di South Carolina memang tidak membenarkan pelekat, peralatan yang tidak senonoh, dan perilaku yang dianggap tidak sopan, lucah, seperti perilaku seksual atau menunjukkan anggota tubuh yang penting. Wanita itu pun akhirnya dikenakan denda sebanyak USD445 atau sekira Rp3, 7 juta kerana memakai testis plastik untuk dipajang di mobil truknya tersebut. "Ini jelas bukan tujuan dari surat saman polis Bonneau," ujar ketua polis tempatan, seperti dilansir Reuters , Jumaat (29/7/2011). Kini mahkamah tempatan tengah menunggu wanita tersebut yang ketika ini sedang berada di luar bandar untuk disidangkan. Sementara peguamnya mengatakan tujuannya memasang aksesoris testis tersebut hanya untuk menunjukkan kebebasan bercakap.

SUMBER:jAGAD uNIK

SAAT BERCINTA TUBUH PASANGAN INI MEMBENTUK HATI

Imej
2 Ekor BELALANG yang Membentuk Hati Ketika Bercinta / Dailymail


Chelyabinsk -
Gambar tersebut menunjukkan dua ekor pepatung yang sedang bercinta dengan posisi tubuh menyerupai bentuk hati. Adalah Chelyapin Dmitry (46), seorang jurugambar amatur yang berjaya mengabadikan momen tersebut. Ketika itu, Dmitry sedang berkelah bersama keluarganya di pinggir tasik di Chelyabinsk, Rusia. Dari sudut matanya, dia terpegun melihat pasangan Capung yang menciptakan tanda universal cinta. Dmitry pun langsung meraih kamera untuk mengabadikan momen yang luar biasa itu. Padahal, saat fenomena itu berlaku Dmitry sedang makan. Keputusan jepretan Dmitry dengan sempurna menangkap bentuk hati yang dari gabungan badan pepatung berwarna biru cerah dan pasangannya yang berwarna hijau kecoklatan, di bawah sinar matahari di musim panas. "Hari itu adalah hari yang panas.
Maka itu saya dan keluarga memilih berkumpul dan berehat di pinggir tasik. Saya melihat pepatung dari sudut mata saya da…

ISTANA RAJA DADAH COLOMBIA....WOW!!

Imej
Istana raja dadah di Colombia selepas dia ditangkap:
































sumber: http://www.waraqat.net