Tanda-tanda Saat-saat Kematian Pada Kita Semua

Tanda-tanda Saat-saat Kematian Pada Kita Semua

Loading...
Assalamualaikum semua,

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
a. 100 hari :

Seluruh badan rasa bergegar.
b. 60 hari :

Pusat rasa bergerak-gerak.
c. 40 hari :

Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat
maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang
akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut
dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :

Mengidam makanan.
e) 5 hari :

Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari :

Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari :

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari :

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir :

Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian
belakang badan)Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain
masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S.
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat
orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa
apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang
mukmin itu dengan berkata:

Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba
pula
dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata
ini
>sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa
menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah S.W.T.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu,
tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh
tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Que entretenido topic
    http://www.sextf.com/

    quynh

    BalasPadam

jerit kat sini