Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Bukannya mudah bagi malaikat tatkala bapa segala manusia dicipta

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang
kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya
itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui
tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan-
pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS
(ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke
bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk
dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu
Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa
apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerin…

Orang-orang dalam kubur dapat hadiah juga

Seorang ahli ilmu bermimpi melihat ahli kubur keluar dari kubur dan memungut sesuatu. Di antara mereka ada seorang yang tidak ikut memungut lalu dia bertanya;

“Apakah yang diambil oleh orang-orang itu?”
Jawabnya; “Itu kiriman hadiah dari kaum Muslimin yang berupa bacaan Al Quran atau sedekah atau doa.”

Ditanya lagi; “Mengapa kamu tidak ikut mengambil bersama mereka?”

“Aku sudah kaya.”

“Dengan apakah?”

“Tiap hari anakku mengirim hadiah untukku satu khatam dari Al Quran. Dia baca dan hadiahkan untukku. Anakku itu seorang peniaga di pasar.”

Tersedar dari tidurnya, ahli ilmu itu pun pergi ke pasar dan bertemu dengan pemuda yang dimaksudkan. Dilihatnya pemuda itu sentiasa menggerak-gerakkan bibirnya. “Mengapakah kamu sentiasa menggerakkan bibir?”

“Aku membaca Al Quran dan aku hadiahkan untuk ayahku.”

Beberapa lama kemudian ahli ilmu itu bermimpi yang sama sekali lagi. Dilihatnya ahli kubur berebut-rebut menunggu sesuatu dan orang yang dahulu duduk sahaja itu turut memungut. Apabila terban…

Blogger pemaki no1 jatuh kepadaaaaa.....!!!!!!!!!

Aku tak paham kenapa ada orang yang setiap hari sanggup hidup dalam dunia yang penuh caci maki.
Hati dia hitamkah?
hati dia tak tenteramkah?
Kesiannya dia...
atau dia ni ada masaalah dari segi mental??
-
-
-
-
-

Aku singgah sini
dan aku terkezut!!!
-
-
-
-
-
-
-
Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara
Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!


p/s dah-dahlah makcik...bawak-bawak bertobat pulak

Hati-hati bila korang meludah

Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis. Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera. Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita
iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT.
(Nauzubilah)

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu. Meludah lah selalu kesebelah kiri.

Wallahualam

aumber dari:http://terkinibersama.blogspot.com/2009/07/bila-meludah-pastikan.html

Ya atau tidak...terserah...ini sekadar renungan bersama.

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan
isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia
menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan
tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.


"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak
sedarkan diri! " jawab doktor itu.


"Jadi bagaimana doktor ...?"


"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada
harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan
si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!"
desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor,
saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada …

Berukbeng(broadband) aku selalu buat hal...so aku cuba cara ni pulak

Imej
Info ni aku dapat dari blog budak botak..
masa blogwalking tadi aku terjumpa entry ni,bagus skali utk spesia yang mcm aku ni...
selalu sngt berukbeng aku habis limit...so aku nak try la..
kalo tak pun korang gi je ke:
http://www.budakbotak.com/2010/11/cara-nk-lajukan-broadband-bg-yg-dh-abis.html#axzz1QdjfknmI

Ni budak botak yang punya...bukan aku punya ya..

Tgk la penggunaan Bdk Botak bulan nie. Yg dalam petak merah tue. Dh 6 GB lebih


1) Pastikan wktu nie dh connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...




Kalo Windows Vista @ 7, tekan "cmd" tekan search tue...

2) Akan kuar command prompt mcm kt bwh ni. Tulis "ipconfig/all" dan enter...


3) Bila dh enter akan kluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar kt bwh utk pilih yg mna betol...



4) Ok skarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, kor…

Gadis itu menerima azab dari Allah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.

“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau a…

Israk Mikraj....inilah batu yang sebenarnya batu tergantung

Imej
Benarkah BATU TERAPUNG dalam peristiwa israk mikraj di PALESTIN

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet.

inilah batu yang dikatakan mahu mengikut nabi semasa mikraj

pandangan belakang ternyata satu penipuan

Kita ikuti ini pulak..


Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gan…

Agak-agak kat Mersing ok ke??

Imej
Rakyat negara ini kini boleh melayari internet pada kadar serendah RM1 sehari, menerusi pelancaran jalur lebar terbaik dari Celcom Axiata Bhd. (Celcom), Instanet yang disifatkan caj jalur lebar termurah yang berada di pasaran tempatan buat masa ini.

Lebih menariknya, instanet didatangkan menerusi pakej pra-bayar dengan
langganan pertama hanya sebanyak RM30, lebih murah berbanding RM50 pada kebiasaannya dan internet boleh digunakan tanpa gangguan selama 30 hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, segmen pelanggan sasaran untuk produk berkenaan ialah pelayar internet yang bermusim seperti belia dan beliawanis, pelancong, surirumah tanpa perlu membayar caj yang tinggi.
“Dengan pakej-pakej menarik dalam Instanet bermula belian pek serendah RM12.50 tanpa modem kepada caj langganan yang paling rendah untuk tempoh harian, mingguan dan bulanan,
“Bayaran atau tambah nilai boleh dilakukan di lebih 11,000 peruncit Celcom sedia ada, sama seperti menambah nilai pra…

4 tahun diberi makan ulat

Mekah, tanah suci yang diidam-idamkan oleh umat Islam untuk menjejakkan kaki dan menunaikan fardu Haji. Rakyat Malaysia khususnya, ramai yang sudah berkerja, bermastautin dan menjadi warganegara Arab Saudi

Dikisahkan sepasang suami isteri Melayu Malaysia yang sudah lama bermastatutin di Arab Saudi. Walaupun mereka pemastautin tetap namun anak mereka sudah warga negara Arab Saudi. Ahmed dan isterinya Fatimah (bukan nama sebenar) tinggal dimekah hampir 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki, Muhamad(bukan nama sebenar). Fatimah bekerja sebagai guru manakala Ahmed pula bekerja dengan syarikat swasta. Oleh kerana Kedua-dua mereka bekerja sepenuh masa, mereka mengambil seorang amah, Tini(bukan nama sebenar) selepas Muhamad dilahirkan.


Kini, telah empat tahun Muhamad diasuh dan dibesarkan oleh Tini, namun Muhamad bukannya semakin aktif malah semakin kurus, kecil dan selalu sahaja sakit-sakit. Paling ketara apabila selepas hari raya aidilfitri, Muhamad langsung tidak berselera makan, lem…

Jangan pandang aku sebelah mata!!

Imej
er....muka ni memang muka aku...selebihnya aku edit jew...ngeh..ngeh...so jgn tertipu


Meday!!!..meday!!!!....ini gangguan seksual yang aku terima pagi tadi..
Ceritanya gini...time aku sepital pagi tadi..dah check doc...(er...pening sket jew)...aku segera ke kaunter ubat..
Al kisahnya utk ke kaunter ubat ni aku terpaksa melalui satu lorong nih...kira jln short cut la....memang sunyi sket...
Aku memang dah perasan..ada sorang lelaki nih...tak tua,tak juga muda...kira sedang2 jugak la..
Ada ka patut..bila aku mula melewati dia,tetiba dia cuba peluk aku dari belakang...wahhh...kiranya aku pantas gak la...sbb aku terperanjat badak...so aku melatah la skali...(sbb aku memang spesis melatah pun)

Dan oleh krana terlalu terkejut,secara tak sengaja aku tertendang "anu" dia...
kuat gak tu...apalagi...terhegeh2 gak dia...
so..ini amaran ye...jangan cuba utk kedua kali...ko belum tahu siapa aku!!!

IBLIS....DIA BAWAK ROMBONGAN RUPANYA

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke …

Cara-cara pembiakan Jin

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perang…

Bandar hantu kah atau..........?????

Imej
SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

p/s Ini adalah sedikit info yang aku dapat dari hasil pembacaan melalui beberapa laman web.

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) y…

Kata-kata Dr.HM Tuah...jom kita sama-sama hayati

sekadar renungan bersama… semoga saling memahami antara satu sama lain..

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.

Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu s…

KITA RASA SERONOK JIKA.......

Kita akan rasa seronok dalam pekerjaan jika:

1. jangan cakap belakang
2. jangan cucuk belakang
3. jangan bergosip
4. jangan curi tulang
5. jangan berfikir negatif
6. perlu anjakan paradgima berfikir di luar kebiasaan (think outside the box)
7. hormat sesama rakan sekerja
8. hormati pihak pengurusan
9. fahami aspirasi syarikat
10. fikirkan apa yang kita boleh buat utk syarikat barulah fikir apa yg syarikat harus buat untuk kita.
11. pasang niat ikhlas kerja mencari rezeki kerana Allah s.w.t
12. buat kerja dalam bidang yang kita betul2 minat, bukan kerana terpaksa (cth ada ijazah dalm sains komputer tapi kerja dalam marketing kerana desperate takde keja)

yang penting kena happy dengan keje kita
suka dengan pe yang kita buat

lagi satu...
IMAGINE DIRI ANDA SEBAGAI BOSS..KOMPOM SERONOK WAT KEJE..Kan???

imagine time kena keluar gaji ujung bulan

time kena kira bonus

time sampai surat2 dan caruman KWSP

time pekerja wat hal

time kena mogok

time sampai surat cukai

time pekerja perut besar == c…

MEI-AKU MELIHAT DUNIA....KORANG?

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
*…

SANTAI OTAK KEJAP:BILIK MAYAT

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

wakakakaka!!!

SRK....nak jengah dia kejap...nak ikut??.

Imej
..Shah Rukh Khan...ni kat luor umah dia jew...nak masuk x berani daaa...nanti bini dia marah...

SRK...siapa dia??

Dilahirkan di New Delhi, India, SRK dilahirkan dalam keluarga Muslim. Bapanya bernama Taj Mohammed Khan yang dikenali sebagai pejuang keamanan dari Peshawar, Pakistan.
Ibunya, Lateef Fatima pula merupakan anak angkat kepada Mejar Jeneral Shah Nawaz Khan daripada pasukan Janjua Rajput yang berkhidmat untuk pasukan Tentera India.
Sejarah hidup SRK bermula sebaik dia mula mengenal dunia. Seorang yang begitu mementingkan pendidikan, adik kepada Shehnaz ini membina reputasi dirinya dengan mendapat pendidikan di St. Columba dan begitu sukses di dalam bidang akademik, ko kurikulum serta pementasan. Kerana kecemerlangan itu, SRK dianugerahkan sebagai penerima Sword of Honour, simbolik anugerah tertinggi bagi pelajar yang mempunyai reputasi baik.
Dia kemudian menyambung pelajaran di Hansraj College (1985-1988) dan lulus dengan Ijazah Kepujian dalam bidang Ekonomi sebelum melan…

Memang pelik cendawan ni...

Imej
tumbuhan dan kulat yang menyerupai tubuh manusia ataupun haiwan...ni pulak yang berbentuk tangan...er..macam tangan hantu je lagaknya.
Cendawan ini dianggap sebagai spesimen Clathrus archeri, atau "Devil 's Fingers". kelihatan seperti tangan yang dingin dan seperti mayat.

Mersing pun pemes gak...

Imej
Bab ni memang otak aku sengal sikit,apa taknya..kadang2 boring...boring..boring yang teramat melanda diri,aku selalu gak merengek2 kat hubby...bang...boring la...
Habis2 hubby aku kata..nak gi mana kat Mersing ni...balik2 kat tepi laut juga...tengok kuda yang 2 ekor tu,yang nak ambik pic kuda pun nak kena bayor,ada ka patut???
Pastu duk tengok2 gelagat orang...lagi boring kan??
Lagi pun aku memang dah tahu...paling2 bila keluor ngan hubby...pusing2 bualatan replika tulang ikan kat tgh2 bandor tu..pastu balik...lagi aku tension!!!
Tapi x pe..aku promote sket Mersing..tempat aku selalu gak release tension ngan family mahupun lepak2 waktu petang ngan kawan baik aku..Norkamawati Said.

Ni Amphiteater di tepi pantai Bandar Mersing..segala pertandingan zapin,karoke..kat sini ler
Tempat aku lepak time hujung minggu...

Anda minat memancing???bolehhhh...banyak bot2 kat sini yang menyediakan perkidmatan memancing,samada ke pulau2 yang berhampiran ataupun menginap di kelong2..hah...apalagi...jom la…

Bila waktunya telah tiba

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan

malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat surga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini…

BAGUS JUGA,AKU SETUJU!!!

Pinjaman 152,000 pelajar ditahan:
TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menahan pengeluaran pinjaman dan pembiayaan kepada seramai 152,108 pelajar kerana memperoleh Purata Nilai Gred (PNG) semester di bawah 2.0.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pinjaman yang ditahan sejak 1997 itu melibatkan pembiayaan sebanyak RM623 juta.

"Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNG.

"Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNG 2.0 ke atas dalam peperiksaan (semester) berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut," katanya.

sumber dari KOSMO

p/s aku rasa memang wajar tindakan yang diambil oleh PTPTN nih..sbb..aku sendiri pernah berhadapan dengan masaalah yang dihadapi oleh kwn2 sendiri...ada yang anak mereka...bila dapat pinjaman ni..bagi kat tem…

TUN MAHATHIR JUGA MASUK KEDALAM KAABAH

DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk me…

SEGMEN KHAS:BILA SIISTERI BERBLOG....SISUAMI DAN ANAK?

Imej
Eh...aku join lagi segmen Ben??...lantak ler..topik best..
aku belasah jer..
Bercerita tentang blog,berblogging...sebenonya aku dulu tak kisah pun,tpi sejak aku terbaca entry dlm satu blog ni..aku cuba komen tapi x dapt...mmg frust giler,pastu aku wat blog...mintak tolong ngan anak mintak buatkan,tapi anak2 x layan...jadi aku gode2 je la...hah...dapat pun,jadi pun blog aku...tapi tahan berminggu gak la...baru lahirnya "aku dibalik pintu".Pastu bermulalah aku sebagai pengomen tegar!!!
Mulanya aku menulis dlm blog..aku citer kat hubby..dia diam je..malas nak layan aku...tapi disbbkan aku ni terlebih peramah...hari2 duk citer..akhirnya dia bukak juga..dan dialah orang yang selalu duk komen2 blog aku..itu lah,inilah...bla..bla..bla..
Kiranya dia adalah silent reader aku...tapi dia jenis x kisah..sbb selalunya dia sentiasa sibuk kat opis,nak bukak pesbuk x de masa..kesiann..
Dan ianya berbeza ngan anak2 aku...kalo aku tanya..dah bukak mak nyer blog??...dorang jawab..x de masa...…

MATI..TERUS TERANG AKU BELUM SEDIA..

Subject: SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN,SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA..……..

Umpamanya;
1) Dari bujang -- kahwin No 1 -- no.2 -- No 3 -- DLL.

2) Dari pakai kapcai --- kancil -- Honda--- BMW----dll..

3) Guli…..Badminton ----Tennis --- Golf ----

4) Rumah sewa -- rumah murah -- teres -- bunglow... istana

5) Kerja: Supervisor -- engineer --- manager -- GM--- Towkay….

6) TV: 14' --- 21" --- 42" ---- Home theatre...

7) Tempat tinggal: Port Dickson --- Langkawi --- Bangkok --- New York..

Hobby: Mancing parit --- kolam bayar--- laut dalam (sewa bot mewah)…. Beli bot mewah….

Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour

TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"... Sampai waktu semua DIA tarek.
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA
BANYAKKAH KIT…