Loading...
Seorang ahli ilmu bermimpi melihat ahli kubur keluar dari kubur dan memungut sesuatu. Di antara mereka ada seorang yang tidak ikut memungut lalu dia bertanya;
“Apakah yang diambil oleh orang-orang itu?”
Jawabnya; “Itu kiriman hadiah dari kaum Muslimin yang berupa bacaan Al Quran atau sedekah atau doa.”
Ditanya lagi; “Mengapa kamu tidak ikut mengambil bersama mereka?”
“Aku sudah kaya.”
“Dengan apakah?”
“Tiap hari anakku mengirim hadiah untukku satu khatam dari Al Quran. Dia baca dan hadiahkan untukku. Anakku itu seorang peniaga di pasar.”
Tersedar dari tidurnya, ahli ilmu itu pun pergi ke pasar dan bertemu dengan pemuda yang dimaksudkan. Dilihatnya pemuda itu sentiasa menggerak-gerakkan bibirnya. “Mengapakah kamu sentiasa menggerakkan bibir?”
“Aku membaca Al Quran dan aku hadiahkan untuk ayahku.”
Beberapa lama kemudian ahli ilmu itu bermimpi yang sama sekali lagi. Dilihatnya ahli kubur berebut-rebut menunggu sesuatu dan orang yang dahulu duduk sahaja itu turut memungut. Apabila terbangun lalu dia segera ke pasar untuk mencari peniaga itu, rupanya dia telah meninggal dunia.
- Dari Kitab Irsyadul ‘Ibad Ilasabilirrasyad (D. Muslimin) –
p/s Hari ini genap 18 tahun anakku Mohd Adam kembali kerahmatullah...semoga rohnya sentiasa dalam limpah kurniaNYA..Al Fatihah

0 Ulasan
jerit kat sini