Agak-agak kat Mersing ok ke??

Agak-agak kat Mersing ok ke??

Loading...

Rakyat negara ini kini boleh melayari internet pada kadar serendah RM1 sehari, menerusi pelancaran jalur lebar terbaik dari Celcom Axiata Bhd. (Celcom), Instanet yang disifatkan caj jalur lebar termurah yang berada di pasaran tempatan buat masa ini.

Lebih menariknya, instanet didatangkan menerusi pakej pra-bayar dengan
langganan pertama hanya sebanyak RM30, lebih murah berbanding RM50 pada kebiasaannya dan internet boleh digunakan tanpa gangguan selama 30 hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, segmen pelanggan sasaran untuk produk berkenaan ialah pelayar internet yang bermusim seperti belia dan beliawanis, pelancong, surirumah tanpa perlu membayar caj yang tinggi.
“Dengan pakej-pakej menarik dalam Instanet bermula belian pek serendah RM12.50 tanpa modem kepada caj langganan yang paling rendah untuk tempoh harian, mingguan dan bulanan,
“Bayaran atau tambah nilai boleh dilakukan di lebih 11,000 peruncit Celcom sedia ada, sama seperti menambah nilai pra-bayar atau membayar pasca bayar Celcom,” katanya semasa pelancaran Instanet di sini, hari ini.
Mengikut analisa, kesemua pakej yang ditawarkan oleh Instanet adalah jauh lebih rendah berbanding caj yang dikenakan oleh dua pesaing Celcom yang lain.
Mengulas lanjut, Shazalli berkata, bagi pelanggan yang tidak mempunyai modem USB, mereka boleh mendapatkan pakej bundle pra-bayar Instanet yang didatangkan dengan model USB spesifikasi tinggi (muat turun 7.2 Mbps dan muat naik 5.76 Mbps).
“Pada masa yang sama, pelanggan turut mendapat kad sim dengan nilai tersedia sebanyak RM10 yang ditawarkan dengan harga RM108 dan kelajuan sehingga 512Kbps,” tambahnya.
Ditanya mengenai sasaran pelanggan, Celcom berharap dapat menjana 200,000 pelanggan baru menerusi Instanet menjelang hujung tahun ini.

sumber dari KOSMO

macam nak join jew....hhhuurrmmm

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. kan saya pun rasa mcm nak join juga :)

    BalasPadam
  2. join²....hehehe

    salam singgah kenalan....follow²

    BalasPadam
  3. I love to come back to akakdisebalikpintu.blogspot.com
    [url=http://topmusclesupplements.org]pro hormones[/url]

    BalasPadam

jerit kat sini