Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Ambang 2014...Info terkini perhimpunan TURUN diDataran Merdeka,saksikan juga foto terkini dari udara

Imej
Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.

Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.
11.05 PM: AJK PAS PUSAT, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kali pertama himpunan sebegini diadakan pada waktu malam, dan terbukti ianya aman. "Kita harap keadaan ini berterusan sehingga tamat himpunan," katanya ketika berucap.

11.00 PM: Difahamkan berlaku sedikit kekecohan ketika peserta mahu melepasi benteng keselamatan menuju ke Dataran sebentar tadi.

Terdapat orang ramai terhimpit. Bagaimanapun suasana kembali terkawal sejurus selepas itu selepas polis mengawal keadaan.
10.50 PM: Pengarah Juham Noorazmir Zakaria berkata, tiga talian Hotline yang disediakan pihak mereka untuk aduan kes tangkapan malam ini telah di hack oleh pihak tidak bertanggungjawab…

Cara elak gangguan mahluk asing,baca Selawat bila haid

Imej
Pelik tapi benar .rambut2 itu didalam cyst dalam kilang telor/ovary. 
Bergelar dermoid cyst atau benign terratoma.

Sel2 rambut ini tidak sepatutnya berada dalam ovary. Tapi ini semua kuasa Allah SWT.

Wanita ini belum berkahwin dan mengalami masaalah senggugut yang teruk.

Ketika pembedahan tadi  rahimnya retroverted dan saya betulkan sekali ketika bedah buang dermoid cyst.

Semoga dia akan mudah dapat zuriat bila kahwin kelak.




Banyakkan baca Selawat bila waktu haid sebagai satu langkah menjaga peranakkan dari gangguan mahluk asing.
-Dr Hamid Arshad

Senangnya...Sentuh lembu dapat anak lelaki

Imej
Raj sanggup memulangkan wang jika pelanggannya melahirkan bayi perempuan.

RAIPUR - INDIA. Puluhan wanita membanjiri pekarangan rumah seorang petani hanya untuk menyentuh kuku seekor lembu berkaki lima.

Mereka yang percaya dengan amalan karut itu mendakwa, pasangan suami isteri akan mendapat cahaya mata lelaki sekiranya berbuat demikian.

Pemilik lembu berkenaan Raj Pratap mendakwa, kehadiran lembu ‘keramat’ itu telah mengubah nasib ramai pasangan yang menginginkan kehadiran anak lelaki dalam setiap keluarga.

“Seorang wanita yang sebelum ini mempunyai empat anak perempuan akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki dengan hanya meminta restu dengan menyentuh kuku anak lembu yang kami gelar sebagai 'Raju'," katanya.

Menurutnya, setiap wanita perlu membayar 500 rupee (RM27) untuk sekali sentuhan.  

“Kami sanggup memulangkan semula wang mereka jika mereka gagal mendapatkan bayi lelaki,” katanya.

Beliau mendakwa, lebih 30 wanita mendapat cahaya mata lelaki selepas menyentuh lembu istimewa…

Beg Tangan Terkini Alaf Baru..Anda Berminat?

Imej
Apa lagi yang harus dikatakan bila melihat beg tangan yang unik ini....tanpa kata-kata...cuma..mulut ternganga...dan wow!!

hahaha...jom layan beg keluaran Chanel ini yang cantik dan unik...

Karl Lagerfeld, has presented his Chanel Spring/Summer 2013 Collection at the Paris Fashion Week. The most eye-catching piece in the collection is the beach hula-hoop bag, a large quilted purse with the CC logo in between two hula-hoops.

Although this could be too much for some shoppers, a miniature version of this bag was also presented on the runway. There were numerous pieces including beautiful eye-popping clutches to covet, one made of lime green acrylic.

p/s...pppsstt....anda berminat?

Inilah contoh-contoh isteri yang selalu diceraikan suami

Imej
Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihar…

Ketahui Kaitannya Bila Ratu Elizabeth II Berbaju Kuning Dengan Bersih 2.0 dan Najib!!

Imej
Tujuh fakta mengapa Ratu Elizabeth II berbaju kuining,Jom kita imbau kembali
Bekas pengurus Ning Baizura, Vernon Kedit, yang kini bersama PKR berjuang di Sarawak ada hujah menarik yang mahu dikongsi bersama mengapa Ratu Elizabeth II menggayakan gaun berwarna kuning semasa menyambut Najib  dan Rosmah Mansor tempoh hari di Istana Buckingham, London.
Vernon yang berasal dari bumi kenyalang, menulis berdasarkan pengalamannya sebagai pengurus artis dan pernah menuntut di United Kingdom dari tahun 1989 hingga 1992 dalam jurusan undang-undang.

Ikuti kupasan Vernon seterusnya.
Let me tell you why the Queen wearing yellow when granting an audience to Najib was NOT a coincidence or a faux pas. 

Biar saya memberitahu anda mengapa Permaisuri memakai kuning apabila memberikan penonton kepada Najib bukanlah satu kebetulan atau silap langkah (faux pas).

Para Pembaca,

Biar saya memberitahu anda mengapa Her Majesty Queen Elizabeth II memakai kuning apabila memberikan sambutan kepada Perdana Menteri dan …

Ratu Elizabeth Dedah Niat Jahat Camilla

Imej
Ratu Elizabeth ada 6 bulan untuk hidup London: Menurut laporan terkini yang menggemparkan daripada majalah Globe Amerika, ketua monarki Britain Ratu Elizabeth mendedahkan kepada Putera William dan isterinya, Kate Middleton yang dia “hanya mempunyai enam bulan lagi untuk hidup”. Dalam edisi terbarunya, Globe juga mendedahkan maklumat lanjut mengenai sambutan pahit manis Krismas terakhir Elizabeth dan niat jahat Camilla yang terus mempengaruhi suaminya, Charles untuk menaiki takhta di sebalik pengakuan ibunya itu.
Laporan terbaru dalam majalah itu turut mendakwa William mencetuskan kemarahan nenenknya selepas dia melompat di pentas ketika acara amal Istana Kensington dan menyanyikan lagu Livin’ on a Prayer bersama Taylor Swift dan Jon Bon Jovi. “Elizabeth memanggil William dan memarahinya kerana tidak sopan untuk seorang bakal raja menyanyi di pentas dan dia mahu cucunya tidak berkelakuan demikian pada masa depan,” kata satu sumber.
“Namun sifat mesra Puteri Diana yang menari bersama Joh…

Kenali Pak Mie,'Ayah' Anjing

Imej
Pasangan Muslim telan tohmahan, jadikan anjing liar teman baik Pasangan suami isteri berjiwa murni yang tidak akan berpaling dengan jalan yang dipilih mereka. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Di negara di mana rakyat beragama Islam jijik dengan anjing atas sebab keagamaan, satu pasangan beragama Islam melangkau ‘halangan’ itu demi menjaga anjing liar dan terbiar di Kedah. Daripada bangun pagi sehinggalah ke waktu tidur, pasangan itu yang lebih dikenali sebagai Pak Mie dan Mak Intan, meluangkan setiap saat mereka untuk menjaga 800 'anak berbulu' di Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie di Tanjung Bendara. Walaupun dengan bebanan kerja yang berat untuk menjaga 800 ekor anjing, pasangan itu hanya ada cucu serta seorang penolong untuk membantu mereka di rumah perlindungan itu. "Kita sudah beroperasi selama 20 tahun. Kerja ini memang susah dan ia bukanlah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kita tidak pernah tutup atau pulang ke rumah dan goyang kaki sambil menonton …

Anjakan kutub bumi bermula

Imej
KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan…

Putera Arab Dari Ajman Ini Dikebumikan Hidup Hidup,Saksikan

Imej
Putera Arab Dikebumikan Hidup-Hidup


Ramai di antara kita yang takut akan kematian, takut memikirkan siksaan-siksaan yang akan dihadapati di alam sana lebih-lebih lagi diselubungi maksiat serta dosa-dosa semasa hidupnya.

Namun berlainan bagi Sheikh Abdul Aziz bin Ali al-Nuaimi, yang merupakan kerabat diraja Ajman, UAE. Beliau berhasrat merasai sendiri suasana 'kehidupan' di dalam kubur dengan memasukinya selama 20 minit.

Kesan dari 'mati' selama 20minit ini telah mengubah hidupnya menjadi insan yang lebh baik.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang bertaqwa

Jom Kenali Dajjal Dan Ibu Bapanya

Imej
Dajjal. Nama makhluk yang sangat-sangat terkenal dalam minda umat Islam. Tetapi siapakah sebenarnya Dajjal al-masih ini. Banyak teori-teori yang mengambarkan rupa paras Dajjal berdasarkan Al-Quran dan Hadis-Hadis Sahih.

Mengikut pembacaan penulis, terdapat kekeliruan dan persoalan yang bermain dalam fikiran tentang rupa paras Dajjal ini. Adakah Dajjal akan keluar dengan bermata satu atau sebaliknya. Penulis akan cuba mencari hadis-hadis yang dapat menyokong hujah-hujah yang diberikan. Insaallah jika diizikan Allah S.W.T.

Kita akan cuba mengenal asal usul Dajjal.

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis…

Jom Kenali India Dan Kaitannya Dengan Taik Lembu

Imej
Berjuta-juta umat Hindu di India memuja dan menyembah lembu. Haiwan ini dianggap suci bagi mereka. Dari Ibu hingga Dewi, lembu mempunyai makna khusus. Kerana haiwan ini menyediakan susu untuk menampung kehidupan. Lembu berada dalam kedudukan teratas yang disebutkan dalam Purana dan cerita mitos. Ada juga lembu putih yang selalu mengiringi Khrisna. Ia adalah penggembala yang menjadi dewa, sehingga lembu dianggap suci.

Tapi bukan hanya hewannya saja, tahi lembu pun mempunyai makna khusus bagi umat Hindu. Lembu yang notabene haiwan herbivora, membuat kotorannya boleh diterima. Bahkan, tahi lembu kering sering digunakan untuk pelbagai macam ritual.
Tahi lembu yang telah dikeringkan digunakan dalam ritual yagnas, yang dibakar guna memurnikan rumah dari roh-roh jahat. Dalam kajian ilmiah, najis lembu mempunyai anti-pencemaran dan anti-radiasi, sehingga akan menjaga kualiti alam sekitar.


Tahi lembu juga digunakan dalam ibadah Govardhan Puja, hal ini dilakukan sebagai pemujaan terhadap Dewa K…