Loading...
Raj sanggup memulangkan wang jika pelanggannya melahirkan bayi perempuan.
RAIPUR - INDIA. Puluhan wanita membanjiri pekarangan rumah seorang petani hanya untuk menyentuh kuku seekor lembu berkaki lima.
Mereka yang percaya dengan amalan karut itu mendakwa, pasangan suami isteri akan mendapat cahaya mata lelaki sekiranya berbuat demikian.
Pemilik lembu berkenaan Raj Pratap mendakwa, kehadiran lembu ‘keramat’ itu telah mengubah nasib ramai pasangan yang menginginkan kehadiran anak lelaki dalam setiap keluarga.
“Seorang wanita yang sebelum ini mempunyai empat anak perempuan akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki dengan hanya meminta restu dengan menyentuh kuku anak lembu yang kami gelar sebagai 'Raju'," katanya.
Menurutnya, setiap wanita perlu membayar 500 rupee (RM27) untuk sekali sentuhan.
“Kami sanggup memulangkan semula wang mereka jika mereka gagal mendapatkan bayi lelaki,” katanya.
Beliau mendakwa, lebih 30 wanita mendapat cahaya mata lelaki selepas menyentuh lembu istimewa itu. -

3 Ulasan
hehe. macam3
BalasPadam30 org dapat anak lelaki dari 3 juta org yg sentuh lembu tu..hahahaha itu si raj pratap tak cakap..!
BalasPadamhihi..Raj takut nak cakap
BalasPadamjerit kat sini