Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Sedapkah Makan BerLaukkan Lipas!?

Imej
Makan berlauk lipas


IPOH - Tiga sekeluarga yang sedang enak menjamu selera di sebuah kedai makan di Bandar Baru, Kuala Kangsar dekat sini pagi semalam tersentak apabila salah satu pinggan hidangan mereka turut ‘disajikan’ dengan seekor lipas mati.

Che Abidin Ajib, 52, mendakwa insiden itu berlaku pada jam 10.30 pagi sewaktu dia bersama isteri dan anak lelakinya menikmati sarapan pagi di kedai berkenaan.

Beliau yang menetap di Sungai Siput bersama keluarganya mendakwa selalu mengunjungi kedai makan tersebut yang dikendalikan oleh warga Kemboja yang sudah lama menetap di negara ini.

Kakitangan kerajaan itu mendakwa, sewaktu kejadian, isterinya, Sharifah Safura Syed Isa, 36, sedang menikmati kuey teow goreng sebelum menemui lipas itu di dalam pinggan tersebut.

“Kira-kira enam bulan lalu, saya pernah menemui telur lipas di dalam minuman di kedai yang sama namun tidak menyangka kejadian yang lebih kurang sama berlaku pada hari ini (semalam).

“Setibanya isteri saya di rumah, dia terus munta…

Mangsa Rogol Meninggal Dunia Di Ukraine

Imej
Ukraine – Seorang gadis, yang menjadi mangsa rogol dan dicederakan dengan teruk oleh penyerangnya, meninggal dunia selepas beberapa hari dia mendedahkan kesengsaraan yang dialaminya itu dalam rakaman video yang kemudiannya dimuat naik dalam internet.

Dalam rakaman berkenaan, Oksana Makar dengan tabahnya menceritakan bagaimana dia dirogol, dicekik dan dibakar oleh tiga lelaki sehingga 55 peratus kulitnya melecur.

Video berkenaan dirakamkan oleh ibunya di hospital selepas sebelah tangan dan dua belah kakinya terpaksa dipotong oleh doktor dalam usaha menyelamatkan nyawanya.

Namun selepas dua minggu dia bertarung nyawa, akhirnya gadis berusia 18 tahun itu meninggal dunia akibat luka terbakar dan kerosakan di bahagian paru-parunya.

Rakaman itu dibuat selama lebih satu minit dan dimuat naik ke internet awal bulan ini.

Biarpun dalam keadaan tertekan, namun Oksana berjaya menceritakan kejadian berkenaan dan turut meminta supaya kemaluan suspek penyerangnya itu dipotong lalu diberikan kepada …

Suami jual tubuh isteri.Jahatnya Laki Dia.Baca!!

Imej
Murni pernah menjadi pelacur, mengedar dan menagih dadah, ahli kumpulan kongsi gelap dan orang tengah membawa PATI ke negara ini sehingga dia digelar mayat tidak berguna.


BENTUK badan Murni masih menarik walaupun sudah berumur 51 tahun. Namun penghuni pusat pemulihan masalah sosial, Rumah Sinar Salam di Chow Kit, Kuala Lumpur ini belum dapat melupakan kenangan zaman gelapnya dahulu yang penuh dengan dosa dan noda.

Dia pernah menjadi pelacur, penagih dan pengedar dadah malah ahli kumpulan kongsi gelap. Dia juga menjadi orang tengah membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini dengan bayaran RM5,000 untuk setiap PATI.

Kedegilan sejak kecil menjadi punca dia terjebak dengan semua kegiatan tidak bermoral itu.

“Saya nakal dan degil sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan itu, ibu tidak pernah mempedulikan saya kecuali bapa.

“Malah saya tidak mahir menulis dan membaca kerana tidak bersekolah sehingga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kini. Tetapi tidak mengapalah, rezeki di ma…

Dari Usia 40 Jadi Usia 20.Lihat!!

Imej
Peningkatan umur bagi setiap individu itu adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan kerana usia tetap akan meningkat dari tahun ke tahun.

Pastinya juga, perubahan fizikal dari kurus menjadi gemuk dan wajah berubah menjadi tua adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan.

Tetapi, berbeza bagi seorang wanita yang berasal dari negara Korea, Jung Da Yeon yang kini berusia 46 tahun apabila dia nekad melakukan diet yang keras dan ekstrem dalam melakukan senaman harian.

Sebelum ini, Da Yeon mempunyai berat badan mencecah 70 kilogram dan menjalani kehidupan biasa sebagai seorang isteri yang prihatin terhadap perkembangan dan tumbesaran anaknya.

Namun, kerana ingin dirinya kelihatan menarik dan kekal muda, Da Yeon dengan aktif berdiet dan beratnya turun sebanyak 20 kilogram dalam masa hanya tiga bulan.

Di Korea, Da Yeon menjadi amat terkenal dan diberi gelaran sebagai ‘Momijang Anjumma’ yang bermaksud ibu ‘muda’ yang mempunyai bentuk badan menawan dan masih lagi kelihatan seperti gadis…

CARA JIN MERASUK MANUSIA.BACA!!

Imej
MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.


Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".


Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.


Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari ole…

Kalimah ALLAH Muncul Di Bumi North Afrika.Lihat!

Imej
Dunia ni milik Allah.....kalau di perhatikan betul betul...banyak benda yg mempunyai khalimah Allah...Allah maha besar


Rozita Che Wan Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta.Hhhhmm...betul ke ni kak??

Imej
Rozita Che Wan Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta

                            Rozita Che Wan, wanita ayu dan menawan yang sentiasa menjadi perhatian.


PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.

Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.

“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Dalam laporan itu Ro…

Diragut masa hamil, Delly stres hingga sukar bersalin.Baca!!

Imej
KELAHIRAN anak memang selama ini didambakan sementelah hampir lima tahun berkahwin. Selain terpaksa berusaha menggunakan kaedah alternatif, ada cerita di sebalik kelahiran Qamra Dania yang kini sudah pun berusia tujuh tahun. Siapa sangka di saat sedang sarat mengandung, Delly Darlina Dimyati, 31 tahun, diuji dugaan apabila menjadi mangsa ragut di sebuah kedai makan hingga menyebabkan dirinya berada dalam keadaan tertekan.

“Peristiwa itu berlaku tujuh tahun lalu. Namun ia masih segar di ingatan. Bayangkan tekanan yang dihadapi akibat diragut menyebabkan bayi yang dijangka lahir pada waktunya tidak mahu keluar. Walaupun sudah melalui proses ‘induce’ sebanyak dua kali namun ia tidak berhasil.


“Pada malam kejadian saya makan malam bersama suami, Abdul Anshirazi Abdul Aziz, dan seorang teman di sebuah restoran di Sg Buloh. Menjadi kebiasaan setiap kali keluar makan beg tangan yang dibawa akan diletakkan di atas meja untuk tujuan keselamatan. Manakala suami pula asyik dengan laptop sementa…

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

Imej
Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ?
Ia memberi makna DINDING...

Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan..

Siapakah yang mewujudkan FB?
Mesti Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA..
DINDING RATAPAN.
Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya...

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah..

Jika Anda Tidak Pecaya..
Cuba Anda Buka http://www.google.com.my/ dan search http://www.destination360.com/middle-east/israel/wailing-wall"..

Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah...

Wallahu a’lam..

Motif Artikel Post Ini A…

Cisss...Ni Lagi Bengong!!

Imej
Nengok gambar ni buat saya tepikir,apa sajalah omputih ni,tak abis2 ngan akal pendek diorang..
Korang lihat ni..





agaknya inilah yang dinamakan nasi ayam kangkang versi omputih



Telinga Besar Pun Jadi Isu Ke?

Imej
Pemuda gagal sertai polis kerana telinga besar


BALING - Hasrat seorang anak muda untuk menyertai pasukan polis tidak tercapai apabila panel ujian fizikal bagi jawatan konstabel mendakwa telinganya besar dan tangannya bengkok.

Kamarudin Osman, 19, dari Desa Bidara, Kuala Ketil terkilan selepas gagal mengikuti ujian fizikal lain apabila fizikal badannya dikatakan tidak memenuhi syarat diperlukan.

“Saya tidak rasa telinga saya besar. Saya betul-betul berminat untuk menyertai pasukan polis. Bagi saya, minat dan komitmen itu lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.

Bekas kadet polis Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri selama tiga tahun itu pernah mengikuti latihan menembak ketika di bangku sekolah.

“Saya terlalu meminati bidang kepolisan. Saya pernah ponteng sekolah untuk menghadiri kursus menembak. Saya tahu, perkara itu salah, tetapi minat saya mengatasi segalanya,” kata anak bongsu daripada enam beradik ini.

Kamarudin, yang memiliki ketinggian 172 sentimeter, mempunyai ke…

Organ Millie dibelit rambut

Imej
MILLIE gemar menggigit rambutnya sejak berumur tiga tahun.

BAGI kebanyakan budak perempuan, perbuatan mengunyah rambut adalah satu tabiat buruk yang tidak berbahaya.

Tetapi bagi seorang kanak-kanak di Britain, Millie Wallis yang berumur lima tahun, perbuatan itu hampir membunuhnya.

Akibat menelan terlalu banyak rambut, terhasil satu struktur yang berbentuk tali yang menyebabkan organ dalamannya terlilit dengan rambut. Ia dikenal pasti sebagai Sindrom Rapunzel.

"Doktor memberitahu kami dia terdedah kepada bahaya besar dan boleh mengundang kematian jika dibiarkan berlarutan," ujar ibu Millie, Wallis.

Wallis juga mengatakan anaknya itu memang gemar bermain dan menggigit rambut sendiri sejak berumur tiga tahun lagi namun tidak pernah menyangka dia akan menelannya sebanyak itu.

Pada Ogos tahun lalu, Millie mengadu sakit perut. Empat lawatan dan berada semalaman di hospital juga masih gagal untuk mengenal pasti punca masalah Millie. Selera makan dan berat badannya pula semakin men…

Senyum punca terbalik gara-gara melihat Gadis Berkebaya Merah

Imej
GAMBAR fail menunjukkan Ming Hua terduduk melihat keretanya yang terbalik dalam kemalangan

SUNGAI PETANI – Pengalaman selama 30 tahun memandu kereta tidak dapat menyelamatkan Chan Ming Hua, 51, daripada terbabas dan terbalik berdekatan susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan pada 4 Februari lalu gara-gara apa yang didakwanya senyuman gadis ‘berkebaya merah’.

Ming Hua menggambarkan wajah ‘gadis’ itu sebagai menawan, seksi dan sempat melemparkan senyuman ke arahnya ketika dia memandu Perodua Kancil pada kira-kira 7 malam itu.


“Saya tidak akan dapat melupakan wajah dia,’’ katanya .

Katanya, wanita itu dilihat tiba-tiba muncul dari celah pokok bunga di tepi susur keluar lebuh raya tersebut.

“Rakan-rakan saya kata wanita itu adalah jelmaan syaitan yang cuba mengganggu kita,’’ katanya yang tetap lega kerana tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan tersebut.

Seorang lagi saksi, Zarina Chik (gambar), 40, mendakwa melihat kelibat wanita berkebaya itu beberapa bulan lalu ketika …

Bapak Zalim!!

Imej
Bapa rantai anak pada tiang

LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam. - AFP

BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.

Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini dib…

Begini Nasib Mangsa Simbah Asid.Lihat!

Imej
Mangsa simbah asid Pakistan bunuh diri

ISLAMABAD — Wanita Pakistan, Fakhra Younus yang telah menjalani lebih 30 pembedahan sepanjang satu dekad lalu untuk memulihkan wajah dan badannya yang terjejas teruk akibat serangan asid membunuh diri baru-baru ini.

Bekas penari berusia 33 tahun, yang didakwa diserang oleh bekas suaminya, seorang wakil rakyat dan anak kepada ahli politik negara itu, melompat dari tingkat enam sebuah bangunan di Rom, Itali.

Fakhra tinggal di Rom untuk mendapatkan rawatan.

Wanita berkenaan membunuh diri pada 17 Mac lalu, lapor portal majalah mingguan TIME.

Jenazahnya dibawa pulang ke Pakistan Ahad lalu dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Fakhra mengambil tindakan membunuh diri kurang sebulan selepas penerbit film Pakistan menerima anugerah Oscar bagi dokumentasi berkaitan dengan mangsa-mangsa serangan asid, kata laporan itu lagi.

Nasib dilalui wanita itu menggambarkan keperitan layanan buruk dialami kebanyakan wanita di Pakistan.

Suami wanit…

Gambar Kanak-Kanak Iraq Tanpa Pakaian dan Di ikat.Lihat!!

Imej
Beginilah hasil pencerobohan amerika dan kerjasama pemimpin-pemimpin iraq dengan negara-negara yang memusuhi Islam.

Cisss...Bengong Omputih Ni!!

Imej
Ciuman Pertama Dari Askar Gay US – Meloyakan!


Brandon yang baru pulang dari bertugas di Afghanistan mengenali Dalan melalui internet sejak empat tahun lalu dan tidak pernah bertemu ekoran dihantar kerajaan untuk bertugas di negara luar itu.

Tidak dapat menahan perasaan ‘rindu’, Brandon mendakap erat Dalan sekembalinya dari tugasan tersebut dan bibir mereka bertaut rapat untuk pertama kalinya dikhalayak ramai.

“Kami tak mampu mengeluarkan kata-kata ketika itu, tangannya seolah-olah kebas, kaki saya pula mengeletar, itulah ciuman pertama kami selepas menyedari tentang perasaan masing-masing,” kata anggota tentera tersebut.


Keintiman pasangan gay tersebut menjadi buah mulut masyarakat dunia setelah aksi tersebut dirakam dan disebarkan melalui laman Facebook oleh rakan mereka, Dave Lewis, menarik perhatian media untuk menyiarkan gelagat kedua pasangan songsang itu.

Peliknya, Brandon mendakwa dia menerima beribu-ribu komen positif, termasuk dari ibubapanya dan lebih 10,000 orang telah mene…

Claire Lin Bunuh Diri Ketika Sedang Chatting Di Facebook

Imej
Claire Lin seorang gadis dari Taiwan bunuh diri ketika sedang `chatting’ bersama rakan-rakan di Facebook pada hari ulang tahunnya yang ke-31.


     Claire marahkan teman lelakinya yang tidak pulang ke rumah bagi meraikan hari jadinya. Disebabkan itu, dia bertindak bodoh dengan mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Selepas menyalakan arang di dalam biliknya, Claire sempat memuat naik imej biliknya yang dipenuhi dengan asap. Entri terakhirnya di Facebook menunjukkan Claire bersembang dengan sembilan orang rakannya.

      Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Chung Hsin turut menasihatkan Claire supaya bertenang dan membuka pintu bilik serta memadamkan api tersebut. Namun Claire membalasnya “Asap ini menyesakkan. Ia juga membuat mata saya berair. Jangan menulis lagi,”.


    Beberapa rakan yang lain cuba menasihatkannya supaya tidak mengambil jalan bodoh itu, namun tiada seorang pun daripada mereka menghubungi 911 ataupun polis.
Ayat terakhir yang ditulis oleh Claire ialah “Sudah te…

Edisi Sentap...Antara Rozita Che Wan,Dato'K dan Siti....Apa Kes Ni Sayang??

Imej
Terbaru, Harian Metro melalui Facebook mereka mengeluarkan satu gambar yang menunjukkan wajah Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk K dan Rozita Che Wan dengan tajuk ‘Dingin’. Itu sudah cukup membuat ramai orang termasuk kami tertanya-tanya.

Tidak mahu terus berteka-teki dan tertanya-tanya, kami ambil iPad dan terus muat-turun Harian Metro keluaran hari ini (29 Mac 2012) untuk mengetahui cerita disebalik tajuk ‘Dingin’ itu. Tidak mahu hanya kami yang mengetahuinya, ini untuk anda:- zonartis.com





sumber

Potong kaki kerana malas kerja

Imej
gambar hiasan je ni

MITTERLABILL (Austria): Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.

Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.


Dan apabila dakwaannya menyatakan dia terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong kakinya - sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada pakar bedah dapat menyambungkannya semula.

Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap polis Franz Fasching berkata: “Ranc…

Terbaik dAri yg terbaik...Inilah Dia!!

Imej
Untuk pengetahuan ,ini bkn result sesape.. abdullah (hamba allah) ni utk kite sume.. 1001mkna nk tafsir cerf yg dbuat ni.. kan title nye tu AL-QURAN.. klu kte amek alquran sbgai pnduan hidup insyaAllah mudahan dpt 'result' cmni..

Wallahuallam.

Biar Betul, 1 Juta Orang Mandi Bersama di Kolam

Imej
Sebuah kolam yang terletak di daying, provinsi Sichuan, Cina memang unik, bila kita mandi dikolam renang ini kita boleh  terapung karana kadar garam yang ada dikolam ini sangat tinggi, kolam yang seluas 30.000 meter persegi ini dapat menampung sekitar 10.000 pengunjung sekaligus, tapi pada musim panas ini pengunjung melonjak hingga mencapai 1.000.000 (1 juta) orang.Wow...






Er...badan diorang ni tak gatal-gatal ker??Mesti banyak bakteria kan?Bayangkan kalau salah seorang ada kurap...eeeeeeeeee

Pembersihan Jin Di Kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin Dijalankan.Baca!!

Imej
Pengalaman Hj Lokman Dalam Membersihkan Jin Di Kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin


Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti pengelibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan l…

Kenapa Jin Kerajaan Langit Tak Tolong Ayah Pin?

Imej
Edisi soal siasat bersama Ayah Pin Off The Edge: Pergi langit dengan jasad sekali ke?
Ayah Pin: Dulu tak boleh, dalam diri tu keluar untuk pergi terus. Selepas itu, bila saya berperingkat ke atasan barulah saya boleh pergi dengan jasad sekali. Macam sekolah juga, bila kita meningkat tinggi baru boleh pergi terus.

Macam mana keadaannya bila Ayah nak pergi ke tempat lain, kena bersendirian ke?
Bersendirian. Saya duduk dalam bilik ke, atas bukit ke. Orang lain tak boleh tengok. Diri saya sahaja yang boleh pergi.

Masa umur 10 tahun, ada mimpi ke?
Tak ada mimpi, dia [the angel] direct te­rus. Tak sedar diri tapi boleh cakap. Dia suruh saya boleh menjadi seorang pemimpin manusia dunia ini.

Dari umur 10 tahun ke 30, Ayah buat apa?
Saya berehat. Saya nak cari aktiviti du­nia. Umur 10 ke 30, saya nak tahu hal ehwal dunia bekerja tu, saya ambil sebagai ilmu praktikal menjalani hidup.
kerajaan langit ayah Pin
Pernahkah ayah cerita tugasan tu kepada orang lain sebelum tahun 30?
Mestilah or…