Loading...
GAMBAR fail menunjukkan Ming Hua terduduk melihat keretanya yang terbalik dalam kemalangan
SUNGAI PETANI – Pengalaman selama 30 tahun memandu kereta tidak dapat menyelamatkan Chan Ming Hua, 51, daripada terbabas dan terbalik berdekatan susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan pada 4 Februari lalu gara-gara apa yang didakwanya senyuman gadis ‘berkebaya merah’.
Ming Hua menggambarkan wajah ‘gadis’ itu sebagai menawan, seksi dan sempat melemparkan senyuman ke arahnya ketika dia memandu Perodua Kancil pada kira-kira 7 malam itu.
“Saya tidak akan dapat melupakan wajah dia,’’ katanya .
Katanya, wanita itu dilihat tiba-tiba muncul dari celah pokok bunga di tepi susur keluar lebuh raya tersebut.
“Rakan-rakan saya kata wanita itu adalah jelmaan syaitan yang cuba mengganggu kita,’’ katanya yang tetap lega kerana tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan tersebut.
Seorang lagi saksi, Zarina Chik (gambar), 40, mendakwa melihat kelibat wanita berkebaya itu beberapa bulan lalu ketika menggunakan lebuh raya yang sama tetapi dia lebih bernasib baik kerana tidak berlaku kemalangan.
p/s kisah ini memang telah lama berlaku,namun ianya memang sedikit kecoh suatu waktu dulu,kemana menghilangnya gadis berkebaya merah sekarang.....senyap jer..

2 Ulasan
gadis kebaya menghilang sebab sudah kurang pertandingan ratu kebaya lagi sekrng nie.
BalasPadambanyak kali dengar dah kes ni
BalasPadamjerit kat sini