Jenazahnya Bergegar Setiapkali Melewati Masjid

Jenazahnya Bergegar Setiapkali Melewati Masjid

Loading...
Kisah ini diceritakan oleh Zaidi seorang pemandu Van Jenazah yang mempunyai pelbagai kisah yang boleh kita jadikan pedoman. ........err...JANGAN TAKUT UNTUK MEMBACA...ehh!! 




Hari itu Zaidi perlu menguruskan urusan penghantaran Jenazah yang terlibat dalam kemalangan untuk dikebumikan di Muadzam Shah Pahang. Oleh kerana ada beberapa masalah teknikal ,lebih kurang pukul 11 pagi baru Zaidi dapat bergerak. Zaidi perlu memandu seorang diri bersama Jenazah kerana keluarga semua menanti dirumah. 

Awalnya Zaidi tiada sebarang masalah memandu seorang diri...lagipun dia sudah biasa dengan situasi sebegini...tetapi jenazah yang dibawa nya kali ini terasa lain sedikit. Hatinya mula rasa tidak tenteram...surah Yassin dan beberapa ayat Al- Quran sebagai peneman beliau dalam kereta tidak juga dapat menghilangkan resah jiwanya. 

Keadaan bertambah rumit lagi menakutkan apabila Van Jenazah yang dipandu Zaidi mula memasuki jalan kampung ...namun Zaidi terus memandu kerana beliau perlu sampai sebelum Asar ....Bila saja Van Jenazah melintas Surau ditepi jalan..Keranda mula bergegar sendiri dengan kuat, seolah olah ada orang yang mengoncangnya. Zaidi mula rasa resah...tetapi dibiarkan saja...

Apa yang pelik...setelah jauh meninggalkan surau yang dilintasi...keranda tidak lagi bergoyang dan bergegar....situasi sama juga berlaku apabila Van Jenazah melintasi Masjid...gegeran keranda terjadi lagi ....Zaidi mula beristifar dan berzikir untuk menguatkan semangatnya.....

Sepanjang perjalanan itu...Zaidi mula berdebar apabila terlihat papan tanda ditepi jalan..."SURAU 100 METER didepan... ataupun Masjid 10 meter dihadapan....Kalau boleh mahu saja Zaidi melalui jalan lain tetapi apakan daya...cuma itu saja jalan yang boleh sampai ke rumah Jenazah...

Lebih kurang pukul 2  petang ...Zaidi terasa ingin sangat buang air....dia cuba menahan...tetapi tak berjaya...Mencari cari dia disekitar jalan kampung itu kalau ada stesen minyak ....akhirnya Zaidi  berenti juga di stesen minyak Shell untuk melepaskan hajatnya...

Keluar dari tandas...Zaidi melihat jam..Ahh! Sempat solat Zohor sekejab ni..." Bisik hatinya" bila mengira waktu dan jarak perjalanannya...Semasa Solat, Zamri TERASA ADA SESEORANG SEDANG MENGIKUTINYA SOLAT...Hati Zaidi kembali risau apabila terkenangkan Jenazah yang dibawanya itu....

Perjalanan diteruskan lagi oleh Zaidi...dan aksi keranda bergegar dan bergoyang tak kala  melintasi Masjid atau surau sudah tidak dihiraukan lagi oleh Zaidi...mungkin itu bahagian Allah pada Arwah..." Bisik hati kecilnya..."

Lebih kurang 3.30 petang, Zaidi sudah sampai kerumah arwah...ramai sahabat dan saudara mara kelihatan menanti jenazah...Alhamdulillah........Zaidi sudahpun berjaya menunaikan amanahnya kali ini walaupun Zaidi sendiri tidak tahu kenapa dia seakan mahu mengikuti urusan pengkebumian jenazah itu hingga akhir...mungkin perasaan INGIN TAHU disebabkan peristiwa tadi membuatkan dia mahu melihat sendiri apa lagi yang Allah mahu tunjukkan padanya...

Setelah semuanya selesai...Zaidi terlihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya...disapanya pemuda itu...

" Kamu ni Razali kan...". 

" Laaaaaaaa....engkau Diee...aku ingatkan siapa bawa van jenazah tadii...hahahaha....". Perbualan semakin rancak apabila  dua sahabat yang pernah tinggal serumah sewaktu merantau bercerita perjalanan hidup masing masing.

Dari Razali...barulah Zaidi tahu, bahawa Razali dan arwah adalah rakan sekerja sebagai pemandu lori...namun Razali berenti lebih kurang sebulan yang lalu....Ini menguatkan perasaan Zaidi untuk cuba mencungkil rahsia ....manalah tahu Razali dapat memberikan beliau pembayang APAKAH MAKSUD KERANDA BERGEGAR yang dialaminya itu....

"Betul ke Diee cerita ko tadi.........emmmm". Razali bertanya lagi sambil tunduk memandang tanah kubur.

" Tak kan aku nak tipu ....". Zaidi tak sabar menanti Razali membuka cerita...

"Sebenarnya...aku pun tak berani dan berapa pasti...apakah makna Allah nak tunjukkan tu Die...tapii....sepanjang aku jadi kelindan dengan Arwah...aku memang tak pernah nampak Arwah solat...hatta nak berenti solat pun dia sering menolak  SEDANGKAN itulah jalan yang dilaluinya selama lebih 20 tahun mencari rezeki...Aku pernah juga ajak dia berenti solat....dia berenti ...tapi aku yang solat, dia tidur dalam lori....mungkin itu kot petandanya Dieee........."

" Maksud ko, jalan yang sama aku lalu NAK SAMPAI KESINI  tadiii......?" Soal Zaidi , Razali angguk dengan lemah...

Kerana dia juga sudah jarang solat...ANDA???
- See more at: http://www.jomgelakfm.my/2013/07/gempar-jenazah-bergegar-melalui-masjid.html#sthash.ZYwO7mXt.dpuf

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. subhanallah...petunjuk dari Allah datang dari pelbagai cara

    BalasPadam
  2. besarnya dosa tinggalkan solat...tapi ramai orang islam sekarang tak ambil peduli...

    BalasPadam

jerit kat sini