Penjelasan Fenomena Salji di Mesir menurut sains dan hadis

Penjelasan Fenomena Salji di Mesir menurut sains dan hadis

Loading...
Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir.

Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.

Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH

Fenomena Ribut Salji 

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.

Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?

Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "
“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.

Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah.

Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.- Harakatul Muqawamatul Islamiyyah

Entry yang tak ada kena mengena ngan artikel diatas..
saja nak share..

Foto Abu Vulkanik Gunung Sinabung yang kemarin meletus, berbentuk orang yang sedang berdo'a.

Subhanallah.

Catat Ulasan

50 Ulasan

  1. Wallahualam....takut jika difikirkan.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. betul..semoga ianya berguna buat semua

      Padam
    2. Assalamualaikum sahabat...

      Saya ini bukanlah pakar dalam ilmu agama, cuma saya teringin bertanya penulis blog ini.. adakah benar info yang di sharekan ini.. sebab setahu saya la.. bila hadirnya hari kiamat nanti, matahari akan terbit dari barat ke timur maka pintu taubat akan tertutup rapat.. jadi disini saya kurang jelas dan faham bagaimana sebenarnya pusingan bumi itu nanti.. sekiranya bumi akan berganjak ke utara dan selatan. harap ade jawapan pada pertanyaan ini.. Sekian, terima kasih dari hamba Allah yang kurang tahu ini..

      Padam
    3. kalo rujuk balik paksi kompas,apabila kutub utara bergerak ke selatan,dan kutub selatan berubah ke utara,secara automatiknyer barat akn menjadi timur manakala timur akn menjadi barat.. wallahualam

      Padam
    4. utara berubah ke selatan,manakala selatan berubah ke utara.secara automatiknya, timur akn menjadi barat manakala barat akn menjadi timur.. so dari situ kita da boleh rumuskn secara x rasmi terbitnya matahari akn adalah dr ufuk barat.. wallahualam

      Padam
  3. Banyak orang yang membicarakan tentang salji yang menimpa secara tiba-tiba di Mesir dan Vietnam. Ramai yang mengaitkannya dgn dunia dah menghampiri akhir zaman dan penerangan secara saintifiknya seperti yang tertulis di blog akak. Moga menjadi info yang berguna untuk kita semua.

    BalasPadam
  4. Comet ISON terbang terlalu dekat dengan matahari, hangus terpadam sebelum kita boleh nampak dari bumi. mehh.

    BalasPadam
  5. http://www.pcmag.com/article2/0,2817,2428542,00.asp

    comet da habes da

    BalasPadam
  6. saya rasa sangat tidak percaya dengan hipotesis yg tidak dilampirkan bukti. 35 batu setahun?kalau buka wikipedia pun memang dinyatakan kutub bumi (true polar wanderer) bergerak tapi pada kadar 1 darjah dlm sejuta tahun...SEJUTA TAHUN, atau kurang. dlm ilmu geografi saya yg singkat 1 darjah pada bumi bermaksud 60nm/108km. jadi jarak yg cik nyatakan adalah tidak munasabah. pergerakan negara jepun masa gempa bumi tohoku 2011 sebanyak 8 kaki pun sudah dikatakan sangat drastik inikan pula 35 batu atau 6 batu seperti yg dinyatakan.
    adalah lebih baik cik lampirkan bukti2 saintifik yg sahih serta diperakui daripada memaparkan fakta fakta yg terlalu longgar serta mudah dipertikaikan

    http://en.wikipedia.org/wiki/Pole_shift_hypothesis

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. cuba google,rasanya banyak blog dah siarkan fakta hinggakan x tahu mana satu artikel aslinya

      Padam
    2. Elok la tu. Akak tak tau yg mana yg asli tapi masih nak share jugak. Kalau semua org berfikiran cam ni, benda yg tak benar makin lama makin tersebar. Itu pembohongan namanya. Berbohong tu dosa besar kak.

      Padam
  8. yang pasti semua itu adalah kehendak dari allah SWT……dan kita sebagai manusia biasa hruslah menyikapinya dengan baik…

    BalasPadam
  9. Jika benar, maka benar lah.. jika tdak, maka tdak blaku.. itu bkn isu.. apa yg pntg, ambil ia dr sudut positive.. di mana sbg peringatan supaya kita tdak alpa dgn dunia & sentiasa mningktkn amal soleh.. wallahua' lam.. =)

    BalasPadam
  10. Salam kak, ada referens tambahan tak? Kertas kajian dalam bidang meteorologi atau geografi ke? Saya mahu dapatkan fahaman lanjut mengenai perkara ini...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kak,

    Boleh tak saya dapatkan referens lanjut mengenai perkara ini? Kertas kajian dalam bidang meteorologi ataupun geografi ke? Boleh fahami perkara ni dengan lebih lanjut...

    BalasPadam
  12. ambil sahaja yg baik2.. bertaubat samaada dosa besar mahupun kecil. semoga kita dijauhkan menjadi org2 yg rugi.. kerana kematian itu pasti.. wallahuA'lam

    BalasPadam
  13. info palsu


    tahukah anda sekalian bahawa komet ISON telah pun musnah akibat selaran matahari

    jangan melakukan penipuan atas nama agama suci

    BalasPadam
    Balasan
    1. terimakasih atas info...sains dan hadis...pasti banyak sangat bezanya...tak sama..

      Padam
  14. Maaf, fakta yang anda beri mengenai comet ISON byk x betul. Jangan beri maklumat palsu dan kaitkan dengan agama. Fitnah pada agama.

    BalasPadam
  15. nk tau cari n kaji sendiri..dont just read n make conclusion

    BalasPadam
  16. Palsu atau tidak ia sudah terbukti dgn perubahan cuaca dan iklim dunia..mmg paksi bumi sudah bergerak dari tahun ke tahun cuma jaraknya saja belum diketahui ketepatan ..bumi sudah tua dn hampir ke penghujungnya..cuma kita perlu sedar..bhwa kita perlu menambah amalan sebanyak mungkin utk bekalan kesana kelak..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sangat setuju dengan tuan zaif loo....yang paling penting adalah kesedaran kita untuk kembali dengan bekalan yang mencukupi sebelum matahari naik dari barat dan dosa tidak diampunkan.....terima kasih kak tie kerana mengingatkan

      Padam
    2. saya sangat setuju. terima kasih ka tie di atas peringatan...

      Padam
  17. Minta maaf akak..sblm akak share fakta sains seperti ini,kalau bole buat la homework/kajian dulu..mmg x salah berkongsi ilmu,mmg digalakkan pun..tp kalau info tersebut salah or kurang tepat,bole menimbulkan kekeliruan..so kalau bole delete la info2 kat atas..kan x elok menyebarkan ilmu yg salah kat org..sorry kak..chill

    BalasPadam
  18. apa yang terjadi adalah ketentuan Allah.. benar atau salah fakta tu hanyalah sekadar pembacaan.. kiamat kecil adalah bila kita sendiri pejam dan tak celik celik dah..

    BalasPadam
  19. tak tunggu kiamat besar... kita kena bersedia untuk kiamat kecil setiap individu bila mata terpejam... bacaan sekadar peringatan

    BalasPadam
  20. Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya, kita sebagai hamba-Nya perlu banyakkan berdoa, memohon keampunan kepada-Nya. Wallahualam.

    BalasPadam
  21. Berdoa kepada Allah ialah jalan yang terbaik, DIA lebih mengetahui akan segalanya ..

    BalasPadam
  22. http://keturunanketurah.blogspot.com/

    BalasPadam
  23. http://keturunanketurah.blogspot.com/

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. saye sendri tidak pasti akan kesahihan artikel ini, tapi kita haruslah mnjadikan sebagai iktibar, mungkin bukan seratus peratus betul, tp tetap ade sedikit kebenarannya juga..yg kita perlu tahu bumi ni mmg dah tua..dan banyak tanda2 kiamat kecil skrg..yg pnting kita berubahlah, jangn hanya berada pada kedudukan yg selesa..kembalilah menuju jalan Allah S.W.T

    BalasPadam
  26. Pada semua yang mahu memikirkan bahawa tanda-tanda kecil akhir zaman itu sudah pun berlaku sepertimana yang dinyatakan dalam bukul kecil bertajuk 40 hadis peristewa akhir zaman karangan Ustaz sheikh Fahmy Zamzam Al Banjari.Dan yang pastinya selepas ini akan menyusul pula tanda-tanda besar seperti turunnya Imam Mahadi,keluarnya Yakjut Maajut,Dajal,Matahari akan muncul dari arah terbenamnya.
    Maka dalam konteks mata hari akan keluar dari arah terbenamnya itu nampak ada relevennya sekiranya berlaku kepada apa yang diterangkan di atas itu.......walahuwaalam.

    BalasPadam
  27. Pada sesiapa yang mahu memikirkan,percayalah bahawa tanda-tanda kecil akhir zaman itu telah pun berlaku sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW mengikut apa yang terdapat dalam sebuah buku bertajuk 40Hadis Peristewa Akhir Zaman tulisan Al-Fathil Ust Fahmy Zamzam Al-Banjari. Dan yang pastinya selepas itu akan berlaku pula tanda-tanda besar seperti turunnya IMam Mahadi,keluarnya Yakjut-Makjut,Dajal dan matahari akan keluar dari arah terbenamnya.
    Maka kalau kita lihatlah daripada apa yang dinyakan di atas adalah menjadi petanda besar kewajaran mata hari itu akan terbit dari arah terbenamnya.Sesungguhnya Rasullulah tidak bercakap melainkan semuanya adalah daripada yang diilhamkan oleh ALLAH SWT..Waaluwaalam.

    BalasPadam
  28. artikel ni sgt lemah dari sudut rujukan, ilmu sains dan periwayatan hadis..
    sudut rujukan..
    artikel ni lgsung xmnyatakan sumber dr mana mklumat diperolehi..siapa pengkaji..mcm teori tanpa prove..jauh dr fakta..
    sudut sains..
    artikel ini boleh jd bhn ketawa para ilmuan sains dan geologi..sbbnya:
    1) xlogik peralihan kutub sebanyak 1 batu sehari atau 35 batu setahun..atas sbb apa dia x nyatakan..dr sudut geologi lgsg xsentuh..xkan mungkin peralihan yg bgtu pantas dlm masa sehari..
    2) seandainya peralihan begitu pantas untuk satu batu sehari..cuba amek kordinat dkat satu tempat,,esoknya amek lg kordinat kt tmpat yang sama..dijamin kordinatnya xkan berubah dan sejak 2007 kordinat di malaysia tidak pernah berubah..sekiranya peralihan kutub berlaku sebanyak 1 batu sehari pasti kordinat dekat satu tmpat akan lari jauh..ini satu benda xlogik..
    3) apabila berlaku perubahan atau peralihan kutub sebanyak satu batu sehari..bumi akan mengalami rayapan benua (continental drift) yang dahsyat..bumi akan bergegar-gegar dengan hebat..disebabkan ketidak homogenan struktur permukaan bumi..gangguan medan elektromagnetik bumi juga akan terganggu sekiranya peralihan kutub berlaku..sistem medan elektromagnetik bumi yg slama ni jadi pelindung bumi daripada ribut solar akan hancur sekiranya berlaku perubahan drastik dalam medan bumi..seterusnya bumi xtumpah seperti Venus yang xda medan elektromagnetik bumi..secara logiknya perubahan drastik dalam peralihan kutub adalah xlogik dan xmasuk akal..
    4)ya..bumi pernah berubah kutub..berjuta-juta tahun lampau..tp apa yang berubah bukan kutub geografi bumi tapi perubahan atau peralihan medan kutub elektromagnetik bumi setelah kajian paleomagnetik dilakukan..
    sudut periwayatan hadis..
    dalam meriwayatkan hadis..artikel ini cuba mengaitkan hadis keatas peristiwa-peristiwa ganjil dibumi sdgkan apa yang dinyatakan tidak lgsung berkisarkan peristiwa tersebut..menda ni seperti mengeploitasi agama atau hadis ke atas peristiwa yang tidak pasti seterusnya menjadikan bahan ketawa..dalam pentafsiran hadis, perlu dikemukakan riwayat siapa, kitab mana diambil, dan status hadis..kerana amat perlu kepada disiplin ilmu islam yang jelas dan valid..pengambilan hadis secara sembrono tanpa mengetahui asal usul ditakuti mengelirukan umat ISLAM..seterusnya membawa kepada kepercayaan yang syirik dan tahyol..
    Wallahualam

    BalasPadam
  29. artikel ni sgt lemah dari sudut rujukan, ilmu sains dan periwayatan hadis..
    sudut rujukan..
    artikel ni lgsung xmnyatakan sumber dr mana mklumat diperolehi..siapa pengkaji..mcm teori tanpa prove..jauh dr fakta..
    sudut sains..
    artikel ini boleh jd bhn ketawa para ilmuan sains dan geologi..sbbnya:
    1) xlogik peralihan kutub sebanyak 1 batu sehari atau 35 batu setahun..atas sbb apa dia x nyatakan..dr sudut geologi lgsg xsentuh..xkan mungkin peralihan yg bgtu pantas dlm masa sehari..
    2) seandainya peralihan begitu pantas untuk satu batu sehari..cuba amek kordinat dkat satu tempat,,esoknya amek lg kordinat kt tmpat yang sama..dijamin kordinatnya xkan berubah dan sejak 2007 kordinat di malaysia tidak pernah berubah..sekiranya peralihan kutub berlaku sebanyak 1 batu sehari pasti kordinat dekat satu tmpat akan lari jauh..ini satu benda xlogik..
    3) apabila berlaku perubahan atau peralihan kutub sebanyak satu batu sehari..bumi akan mengalami rayapan benua (continental drift) yang dahsyat..bumi akan bergegar-gegar dengan hebat..disebabkan ketidak homogenan struktur permukaan bumi..gangguan medan elektromagnetik bumi juga akan terganggu sekiranya peralihan kutub berlaku..sistem medan elektromagnetik bumi yg slama ni jadi pelindung bumi daripada ribut solar akan hancur sekiranya berlaku perubahan drastik dalam medan bumi..seterusnya bumi xtumpah seperti Venus yang xda medan elektromagnetik bumi..secara logiknya perubahan drastik dalam peralihan kutub adalah xlogik dan xmasuk akal..
    4)ya..bumi pernah berubah kutub..berjuta-juta tahun lampau..tp apa yang berubah bukan kutub geografi bumi tapi perubahan atau peralihan medan kutub elektromagnetik bumi setelah kajian paleomagnetik dilakukan..
    sudut periwayatan hadis..
    dalam meriwayatkan hadis..artikel ini cuba mengaitkan hadis keatas peristiwa-peristiwa ganjil dibumi sdgkan apa yang dinyatakan tidak lgsung berkisarkan peristiwa tersebut..menda ni seperti mengeploitasi agama atau hadis ke atas peristiwa yang tidak pasti seterusnya menjadikan bahan ketawa..dalam pentafsiran hadis, perlu dikemukakan riwayat siapa, kitab mana diambil, dan status hadis..kerana amat perlu kepada disiplin ilmu islam yang jelas dan valid..pengambilan hadis secara sembrono tanpa mengetahui asal usul ditakuti mengelirukan umat ISLAM..seterusnya membawa kepada kepercayaan yang syirik dan tahyol..
    Wallahualam

    BalasPadam
  30. yang bertanya tu pun tak pandai wat research sdirik, jika nak kritik pun sertakan jgk artikel berkaitan, pe punya ilmiah mcm ni
    http://www.zengardner.com/the-shift-is-on-magnetic-north-pole-now-racing-a-mile-a-day/

    BalasPadam
  31. yg kritik pun takleh wat research sdirik, kritik tanpa fakta tu bukan cara ilmiah, cuba baca article sokongan lain plak
    http://www.zengardner.com/the-shift-is-on-magnetic-north-pole-now-racing-a-mile-a-day/

    BalasPadam
  32. Kalau tak ada rujukan daripada mereka yg dlm bidangnya jgnla berkongsi. Dakwah tak perlu menakutkan. Jgn jadi mcm bani Israel semua nak bukti. Pikir sendiri dlm dunia ni dah banyak bukti. Jgn dikaitkan sains tanpa diketahui sebab musabab yg boleh difahami oleh pakarnya. Nak tahu quran tanya pakar quran ...nak tahu astrophysics tanya ahlinya...banyak sangat fitnah

    BalasPadam
  33. Kalau betul artikel ini, iaitu Brazil jadi kutub utara dan india jadi kutub selatan. cuba buka google earth. anda akan jumpa jawapan kepada tanda tanda akhir kiamat:
    1.Hijaunya bumi Arafah.
    2.Matahari terbit dari ufuk barat.

    cuba pusingkan bumi tu dr barat ke timur. Anda akan dapati matahari sebenarnya sudah naik di sebelah barat,, naik di sebelah amerika................. bumi arafah berada di latitude yg membolehkan buminya hijau....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa Article ini ditulis berasaskan youtube dibawah sila layari kajian oleh mat saleh:
      http://www.youtube.com/watch?v=qNnn6RCgG50
      http://www.youtube.com/watch?v=fHS042a-Nb0
      http://www.youtube.com/watch?v=AtolpCuX6Lw
      http://www.youtube.com/watch?v=5swJwqGO5tk
      http://www.youtube.com/watch?v=Ezwy3LWb1Ww
      http://www.youtube.com/watch?v=QiOM-LOxopc
      Keajaiban Al Quran....

      http://www.keajaibanalquran.com/earth_movements.html

      Padam
  34. Awal2 baca ttg 35 batu 1 hari pon tahu dah tak logik. tapi kita boleh ambil iktibar di mana telah berlaku bencana alam di mana2.. Allah sedang menunjukkan kuasa Nya. Kun Fa Yakun!!!

    Jadi, ambil positif dari sharing akak ni..Sedarlah sebelum terlambat.. mana tahu sedang kita buat dosa, masa tulah tempat kita ditimpa bencana.. Allahu rabbi.. Allah juga yang Maha Tahu......

    Jadi kepada akak yang copy paste .. moga akak dapat terima kritikan yang membina ini.. Akak dapat pahala hujungnya kerana saling memberi peringatan. Tapi..........Ketahuiilah.. apabila mereka2 yang membaca ini menyebarkan hadis palsu / fakta palsu.. boleh jadi syirik.

    Last pesanan. Besarkan Allah dalam hati kita. Tadabbur Quran. Solat. Dan sentiasa fikir untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini.

    Bumi. Allah dah jadikan untuk kita . Tempat tinggal kita. Kita takkan berganjak di planet lain.. Bukak Quran --> (55:10) (7:10) (7:25)

    Manusia Allah cipta untuk tinggal di bumi dan terikat dengan 1 fahaman Al-Quran. Jadi. Bukak Quran dan bace. Kemudian sebarkan Fahaman Islam..Semoga kita semua diberkati.


    ***** Hanya pesanan. Maaf tiada komen saintis / ilmu hadis. Hanya pengkaji Quran **

    BalasPadam
  35. Awal2 baca ttg 35 batu 1 hari pon tahu dah tak logik. tapi kita boleh ambil iktibar di mana telah berlaku bencana alam di mana2.. Allah sedang menunjukkan kuasa Nya. Kun Fa Yakun!!!

    Jadi, ambil positif dari sharing akak ni..Sedarlah sebelum terlambat.. mana tahu sedang kita buat dosa, masa tulah tempat kita ditimpa bencana.. Allahu rabbi.. Allah juga yang Maha Tahu......

    Jadi kepada akak yang copy paste .. moga akak dapat terima kritikan yang membina ini.. Akak dapat pahala hujungnya kerana saling memberi peringatan. Tapi..........Ketahuiilah.. apabila mereka2 yang membaca ini menyebarkan hadis palsu / fakta palsu.. boleh jadi syirik.

    Last pesanan. Besarkan Allah dalam hati kita. Tadabbur Quran. Solat. Dan sentiasa fikir untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini.

    Bumi. Allah dah jadikan untuk kita . Tempat tinggal kita. Kita takkan berganjak di planet lain.. Bukak Quran --> (55:10) (7:10) (7:25)

    Manusia Allah cipta untuk tinggal di bumi dan terikat dengan 1 fahaman Al-Quran. Jadi. Bukak Quran dan bace. Kemudian sebarkan Fahaman Islam..Semoga kita semua diberkati.


    ***** Hanya pesanan. Maaf tiada komen saintis / ilmu hadis. Hanya pengkaji Quran **

    BalasPadam
  36. la ni senang .. dunia ni tetap stabil selagi masih ada org sembahyang ... klau nak ikutkan format yang diberikan .. tidak jelas .. kerana mustahil 1 batu sehari c.. klau tidak dh matahari mmg keluar dri brt laaa ... so mcm 2012 ... rmai kata kiamat .. padahal tidak .. so disini saya nk kata .. jgn terlalu taksub kerana ini semua ketentuan allah ... kita just merancang .. sedangkan rasullah pon xtahu bila kiamat ... ni kita mahu kaji ... so DISINI SAYA MAHU TERANG DUNIA INI TETAP STABIL SELAGI ADA YANG MENGINGATI ALLAH DAN SELAGI ADA AZAN ... tpi klau lihat di atas cuaca tidak kene mengena pon dengan pasi bumi .. ini mmg lumrah dunia ... salji turun di mesir pon... itupon just tanda kecil kerana mesir sebahagian dripada tanah africa ... so pikir skit ... jangan buat keputusan secara melulu ... mmg dunia sudah hmpiri kiamat .. tetapi selagi ada azan selagi tu bumi tetap STABIL .. tpi artikel di atas saya just percaya 40 percent kerana 1 yg saya hairan cuaca tidak ada kene mengena dengan paksi bumi .. jika amerika terutama brazil dijangka menjadi kutub utara.. maka ia sudah terjadi kerana artikel di atas menulis 1 batu sehari .. So cuba bilang blik dri thun 2013 x 2 .. PERUBAHAN MESTI LENGKAP SEPENUHNYA!!!! ... yang rmai kata salji turun di vietnam laa arab laa mesir laa .. itu semua lumrah alam . .tidak ada kene mengena dengan paksi bumi .. paksi bumi still 90 .. kalau paksi bumi dah tidak 90 puluh .. dri malaysia kita dah boleh nmpk negara china .. okk don buat keputusan terburu .. MMg tanda kiamat kita sudah nmpk .. tpi yg ini saya hnya percaya 50 percent sebab kita ikut berpandukan al quran .. al quran tidak ada kata paksi bumi akan berubah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.ianya sekadar teori namun hanya Allah yang maha mengetahui..

      Padam

jerit kat sini