Inilah Imej dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom di Boston.

Inilah Imej dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom di Boston.

Loading...
                      
Imej dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom di Boston.


BOSTON (Massachusetts): Seorang suspek yang terlibat dalam kes pengeboman di Boston dilaporkan terbunuh pada Jumaat selepas berbalas tembakan dengan polis sehingga mencetuskan panik di bandar raya itu.

Polis kini sedang memburu suspek kedua.

Usaha memburu suspek bermula selepas seorang pegawai polis di sebuah universiti elit, Massachusetts Institute of Technologi (MIT) maut, menurut laporan The Boston Globe.

Insiden itu berlaku tiga hari selepas tragedi dua letupan bom ketika acara Maraton Boston.

Suspek pertama berjaya ditahan di Watertown dan media AS melaporkan suspek meninggal dunia kerana cedera parah.

MIT merupakan salah sebuah universiti terkemuka dunia yang terletak di Cambridge, Massachusetts di mana tiga orang awam maut manakala 180 lagi cedera parah dalam dua serangan bom ketika acara Maraton Boston sedang diadakan Isnin lalu.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Kesian nasib adik beradik ni..abang dibunuh kejam
    http://wanhayden1040.blogspot.com/2013/04/suspek-pengebom-boston-dibunuh-kejam.html
    tiada bukti mereka ni pengganas...mentang2lah diorang ni Islam

    BalasPadam

jerit kat sini