Tuah Bayi Mahkamah

Tuah Bayi Mahkamah

Loading...
Kangar: Suasana pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, kecoh apabila seorang wanita sarat mengandung menemani suaminya bagi mendapatkan perintah mahkamah, melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 pagi, semalam.

Shahidawati Shabudin, 37, hadir bagi mengikuti keputusan terhadap suaminya, Narizam Saad, 39, untuk mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Monica Joseph Ghaisah berkata, dia terkejut apabila suasana di mahkamah itu kelam-kabut selepas beberapa kakitangan mahkamah membantu seorang wanita melahirkan bayi.

“Suami wanita berkenaan juga sebak dan menangis melihat keadaan isterinya lalu memaksa majistret mempercepatkan keputusan terhadapnya.




“Malah, saya mencadangkan bayi itu dinamakan Mohd Arif Hakim kerana dilahirkan di mahkamah ini dan dipersetujui bapa bayi berkenaan selain pihak mahkamah bercadang mengambilnya sebagai anak angkat mahkamah ini,” katanya.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Betul! Bertuah bayi tu. Besar nanti boleh jadi Tuan Hakim atau Lowyer.
    Buat si bapa...insaflah!

    BalasPadam
  2. Ya Allah..sangat bertuah baby comel ni..

    BalasPadam
  3. masyallah...harap si ayah berubah dgn kelahiran bayi ni

    BalasPadam

jerit kat sini