Loading...
Budak 11 tahun, kekasih hilang
TERATAI dan kekasihnya Muhamad Shahril dicari sebab menghilangkan diri daripada keluarga masing-masing sejak seminggu lalu.
HULU SELANGOR – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.
Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.
Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.
Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.
p/s dasyatnya penangan budak2 sekarang...

6 Ulasan
lain macam nama dan perangainya...
BalasPadamcantik bdak ppuan ni..bertudung..tapi sayangnya..napa la lari..baru 11 tahun.. UPSR pun tak lepas lagi..macam macam budak sekarang ni kn..
BalasPadamhebatnya cinta
BalasPadam@Derok
BalasPadammacamana diorang boleh terjebak dlm cinta dalam usia semuda itu..takkan cinta monyet kot
@MaMa Rey
BalasPadamhhmm..cinta itu buta..agaknyalah..
Hushhh!!dasyat ko deq..akak 11tahun stupido tak tau pape lagi..he......
BalasPadamjerit kat sini