Seluruh Thailand Bersatu...AKHIRNYA! Kumpulan Pertama Mangsa Insiden Tham Luang Dikeluarkan

Seluruh Thailand Bersatu...AKHIRNYA! Kumpulan Pertama Mangsa Insiden Tham Luang Dikeluarkan

Loading...
AKHIRNYA! Kumpulan Pertama Mangsa Insiden Tham Luang Telah Dikeluarkan:




Sementara seluruh dunia tidak putus harapan bagi sekumpulan pemain bola sepak remaja yang terperangkap bersama jurulatih mereka di dalam Gua Tham Luang, usaha terus digiatkan bagi mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian.

Insiden ini bermula apabila pasukan bola sepak tersebut pergi ke gua tersebut untuk beriadah dan meneroka kawasan sekitar gua tersebut. Hujan lebat yang menimpa menyebabkan mereka terperangkap di dalam gua terbabit.

Tham Luang

Gambaran kawasan gua yang menempatkan mangsa yang terperangkap. (Sumber gambar: BBC News)

Setelah dilaporkan hilang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digiatkan dengan melibatkan pasukan polis Thailand, tentera Thiland, dan sukarelawan daripada negara luar.
Para penyelam profesional terpaksa dikerah apabila laluan gua Tham Luang tersebut telah dtenggelami air akibat hujan lebat yang menimpa.

Antara usaha awal, mengepam keluar air yang membanjiri laluan dalam gua (Sumber gambar: Facebook)

Setelah operasi pencarian yang memakan lebih seminggu, akhirnya mangsa yang terperangkap telah dijumpai oleh penyelam daripada tentera SEAL Amerika Syarikat pada Isnin lepas.

Operasi Yang “Hampir Mustahil”

Setelah mangsa ditemui, pasukan penyelamat telah merancang pelbagai cara bagi mengeluarkan mangsa-mangsa daripada ruang gua tersebut.

Ketua Operasi, Narongsak Osottanakorn berkata terdapat pelbagai halangan untuk mereka mengeluarkan mangsa. Antaranya keadaan gua Tham Luang yang sempit yang tidak memudahkan operasi mengeluarkan mangsa.

Penyelamat mencuba mencari laluan lain daripada atas bukit bagi menuju kepada mangsa yang terperangkap. (Sumber gambar: Facebook)

Ada beberapa kawasan dalam gua terbabit yang terlalu sempit hingga menyebabkan para penyelam yang terlibat terpaksa membuka peralatan dan tangki oksigen untuk membolehkan mereka untuk memasuki kawasan yang terlibat.

Cuaca buruk yang diramalkan akan berlaku turut akan menyukarkan operasi ini.
Ditambah lagi dengan kebanyakan daripada remaja yang terperangkap itu langsung tidak tahu untuk berenang. Penyelam profesional yang terlibat turut sukar untuk menyelam masuk ke dalam tempat mangsa.
Topeng selam muka penuh yang kan digunakan untuk menyelamatkan mangsa (Sumber gambar: Facebook)

Antara cara yang dkemukakan, adalah uuntuk memberikan peralatan menyelam kepada mangsa yang terlibat dan mengajarkan mereka tentang asas menyelam dalam tempoh singkat.
Cara tersebut agak berisiko memandangkan penyelam profesional yang terlibat pun mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan tersebut.

Korban Pertama Insiden.

Selepas 12 hari, telah terjadi kemalangan jiwa pertama bagi insiden ini yang bukan melibatkan mangsa yang terperangkap tetapi anggota penyelamat.

Saman Gunan, bekas penyelam psukan operasi khas Tentera Diraja Thai te;ah dilaporkan terkorban ketika cuba untuk menghantarkan tangki oksigen ke tempat mangsa. Mendiang dilaporkan meninggal kerana lemas akibat oksigen dalam tangki yang tidak mencukupi.

Korban pertama kejadian, Saman Gunan, bekas penyelam Tentera Diraja Thailand. (Sumber gambar: PBS)

Kematian ini telah menghibakan seluruh pasukan penyelamat, namun ia bukanlah satu halangan untuk meneruskan operasi.

Elon Musk Pun Cuba Nak Membantu

Insiden ini mula mencuri perhatian ramai warga antarabangsa dan mendapat liputan meluas semenjak hari pertama operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan penyelamat daripada pasukan luar negara seperti daripada China, Jepun, Australia, Amerika Syarikat, dan Britain turut memberikan bantuan sewajarnya kepada pasukan penyelamat Thailand.

Gambara n prototaip kapal selam kecil yang diilhamkan oleh Elon Musk yang akan digunakan dalam mengeluarkan mangsa daripada gua (Sumber gambar: Facebook)

Insiden ini turut mendapat perhatian konglemerat dan usahawan teknologi daripada Amerika Syarikat, Elon Musk yang juga pemilik SpaceX dan syarikat permotoran Tesla.
Beliau telah menghantar sepasukan seramai 9 orang jurutera ke tempat kejadian bagi membantu pasukan penyelamat.

Dia mengusulkan sebuah kapal selam kecil yang boleh memuatkan seorang mangsa diperbuat daripada komponen roket Falcon 9.

Kumpulan Mangsa Pertama Telah Berjaya Dikeluarkan

Setelah berusaha selama seminggu, akhirnya kumpulan pertama mangsa yang terdiri daripada 4 orang remaja telah dibawa keluar semalam pada jam 9:00 malam waktu tempatan. Ini telah disahkan oleh ketua operasi sendiri dalam sebuah sidang media.

Mangsa dikeluarkan dengan cara memberikan topeng menyelam muka penuh kepada mangsa dan tutorial cepat tentang asas menyelam.

Gambaran tentang proses mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelam yang khusus (Sumber gambar: BBC News)
Ada dua orang penyelam yang mengiringi mangsa keluar. Ketika di tempat yang memerlukan penyelaman, mangsa akan berada di tengah-tengah antara dua penyelam sambil tangki oksigen mangsa dipegang oleh penyelam pertama.
Mangsa dan penyelam akan mengikut tali yang telah dipasang sebelum ini pada laluan gua. Pada lain-lain bahagian, mangsa akan berjalan sehingga ke pintu gua Tham Luang.

4 mangsa, 90 penyelam

Operasi menyelamat yang telah bermula pada hujung minggu lalu bermula apabila sekumpulan penyelam menyiapkan laluan yang membawa kepada mangsa. Laluan yang kecil telah dibesarkan bagi memudahkan urusan mengeluarkan mangsa.

Seramai 90 penyelam profesional yang terdiri daripada 50 penyelam daripada Thailand manakala selebihnya merupakan penyelam luar negara. Operasi ini telah dicuba berkali-kali sebelum berani dilaksanakan.
Ambulans yang dipercayai membawa mangsa pertama yang berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital (sumber gambar: The Guardian)

Penyelam yang terlibt terpaksa memegang dan memeluk mangsa semasa melalui laluan yang sempit.
Usaha tersebut telah berjaya dan mangsa yang dikeluarkan telah dikejarkan ke hospital Prachanukroh, Chiang Rai untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Seluruh Thailand Bersatu.

Kita boleh lihat apabila berlakunya sesebuah bencana, manusia akan bersatu. Insiden ini juga telah menyatukan keseluruhan Thailand dan penduduk dunia.

Warga Thailand sedaya upaya cuba membantu dengan apa yang mereka ada bagi memudahkan operasi menyelamat.
Penduduk tempatan memberikan khidmat mengurut percuma kepada pasukan penyelamat (sumber gambar: Facebook)

Ada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran tempat kejadian yang pergi ke tempat kejadian dan menawarkan khidmat mengurut kaki secara percuma kepada semua petugas yang terlibat.

Ada juga penjual makanan yang berkampung di sana, bukan untuk menjual tetapi memberikan makanan secara percuma kepada para penyelamat yang berada di sana. Ada juga penjual yang mendermakan bahan makanan untuk diberikan kepada penyelamat.

Penjual makanan turut berkampung di kawasan bencana bagi memberikan makanan percuma kepada pasukan penyelamat (Sumber gambar: Facebook)

Seluruh Thailand bersolidariti ke atas kejadian ini. Sokongan tidak berbelah bahagi diberikan kepada seluruh petugas yang terlibt dalam operasi ini.

Sebagai negara yang berjiran dengan Thailand, teruskan memohon doa dan harapan agar semua mangsa yang terperangkap dapat dikeluarkan daripada Gua Tham Luang tersebut dan tiada kemalangan jiwa lagi dilaporkan.




Catat Ulasan

0 Ulasan