Pemotong Rumput Nampak Penunggu di Kuarters Bukit Peringgit

Pemotong Rumput Nampak Penunggu di Kuarters Bukit Peringgit

Loading...
Pemotong Rumput Nampak Penunggu di Kuarters Bukit Peringgit



MELAKA: Adly Zahari tidak gentar dengan desas-desus kononnya ada makhluk halus menghuni kediaman rasmi ketua menteri Melaka di kuarters kerajaan Bukit Peringgit.

Beliau memutuskan untuk berpindah ke rumah berkenaan selepas kerajaan negeri mengumumkan pelan untuk mengubahsuai Seri Bendahara di Ayer Keroh yang sebelum ini adalah kediaman rasmi ketua menteri terdahulu untuk dijadikan destinasi pelancongan.

Pada mesyuarat Exco Melaka bulan lalu, Adly berkata, beliau ada mendengar cerita mengenai suasana seram di kuaters berkenaan.

"Saya akan tinggal di sana dan berharap semuanya baik," katanya.

Setakat ini, pekerja majlis perbandaran menjaga kediaman rasmi itu bagaimanapun mereka tidak mendengar mengenai adanya jelmaan sesuatu yang menyeramkan di situ.

Dikhabarkan, ada pihak melihat jelmaan komander tentera British dan keluarganya di sekitar kediaman berkenaan.

Kebanyakan pegawai kanan kerajaan enggan menetap di situ selepas mendengar cerita mengenainya.

Bekas Exco kerajaan Melaka, Datuk M.S.Mahadevan berkata, pekerja majlis perbandaraan dan sukarelawan  di pertubuhan bukan kerajaan berdekatan pernah berkongsi cerita mengenai kehadiran makhluk halus di situ.

"Mereka mendakwa melihat jelmaan seorang lelaki, wanita dan beberapa kanak-kanak di rumah tetamu.

"Malahan, ada yang mendakwa melihat kelibat itu pada siang hari," katanya.

Bukit peringgit pernah menjadi pusat pentadbiran ketika zaman British di mana pegawai kanan Pusat dan kerajaan negeri menetap di situ hingga sekarang.

Seorang pekerja majlis tempatan percaya jelmaan itu hanya akan muncul sekali sekala.

"Saya percaya ia masih ada di sekitar kawasan itu," kata pemotong rumput berusia 54 tahun itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan