Kenapa Nazifuddin ke Taiwan selepas bapanya didakwa

Kenapa Nazifuddin ke Taiwan selepas bapanya didakwa

Loading...
Kenapa Nazifuddin ke Taiwan selepas bapanya didakwa
Nazifuddin Najib bersama Celia Zhang di Taipei. – Foto Apple Daily HK

Ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoal tujuan lawatan anak lelaki bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin Najib ke Taiwan awal minggu ini yang mengundang kontroversi termasuk di Taiwan.

“Apa yang Nazifuddin lakukan di Taiwan dan agenda apa yang paling penting dalam perjalanan sehariannya?” soal Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkenaan, dalam blog beliau.


Terdahulu, media Taiwan mendedahkan Nazifuddin yang dilihat makan malam dengan seorang pelakon negara itu sehari selepas Najib didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, artis berkenaan, Celia Zhang memberitahu membayar sendiri bil makan malam dengan Nazifuddin di Taipei serta tidak mahu isu tersebut berlarutan.

Mengulas lanjut, Kit Siang berpendapat sangat sedikit yang percaya bahawa tujuan keseluruhan perjalanan singkat Nazifuddin ke Taiwan hanya untuk pertemuan dengan wain dan makan dengan Celia.

Kit Siang berkata, hanya Nazifuddin yang boleh menjawab soalan itu.

“Adakah dia berbuat demikian?” soalnya lagi.

Sebelum ini, Nazifuddin berkata bapanya sanggup menghadapi penderitaan akibat pertuduhan pecah amanah dan rasuah terhadapnya jika itu membahagiakan rakyat Malaysia.

Catat Ulasan

0 Ulasan