Breaking News

Najib Tidur Lokap Malam Ni

Loading...
loading...
Najib Tidur Lokap Malam Ni


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar memaklumkan apa yang menjadi perhatian esok ialah apakah tuduhan-tuduhan yang akan dikenakan terhadap bekas perdana menteri yang juga bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB itu.

"Hari ini merupakan hari yang bersejarah, pada kebiasaannya malam ini kena tidur dalam lokap SPRM.

"Esok kita boleh lihat apakah tuduhan-tuduhan sama ada Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Rasuah atau AMLA," kata Akhbar kepada Astro AWANI.


Tiada ulasan

jerit kat sini