Layan Najib dengan adil

Layan Najib dengan adil

Loading...
Layan Najib dengan adil

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan Datuk Seri Najib Razak petang tadi digesa melayan bekas perdana menteri itu dengan adil dan sewajarnya.
Antara yang membuat gesaan itu adalah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
"Saya antara orang yang banyak kritik beliau. Tapi saya berdoa beliau dilayan baik sebagai seorang bekas perdana menteri, dijaga maruah dan air muka," katanya melalui ciapan di Twitter.
Sementara itu, Syahredzan Johan, yang merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang, mengingatkan agar pihak berkuasa mengikut peraturan sekiranya bekas perdana menteri itu dimasukkan lokap malam ini.
"Jika Najib dimasukkan lokap, sila pastikan peraturan lokap dipatuhi. Undang-undang perlu dipatuhi, tidak kira jika kita tidak suka orang itu.
"Dan bagi saya, tak perlu guna gari," katanya melalui kenyataan di Twitter.
SPRM menahan Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur sebelum membawa bekas perdana menteri itu ke ibu pejabat mereka di Putrajaya.
Pasukan Petugas Khas 1MDB memaklumkan Najib akan didakwa di mahkamah esok.

Catat Ulasan

0 Ulasan