Loading...
Apa akan berlaku pada Najib setelah ditangkap? Ikuti Pandangan Menarik dari Peguam Ini| Tangkapan terhadap DS Najib. Apa akan berlaku setelah ditangkap? Adakah DS Najib terus dipenjarakan?
Adakah DS Najib akan ditahan dalam penjara?
Asas prosedur tangkapan, mesti ikut Kanun Tatacara Jenayah. Sama sahaja kepada semua. Oleh itu, DS Najib akan dibawa ke lokap. Adakah penangkapan ini wajar?
Adakah DS Najib akan ditahan dalam penjara?
Asas prosedur tangkapan, mesti ikut Kanun Tatacara Jenayah. Sama sahaja kepada semua. Oleh itu, DS Najib akan dibawa ke lokap. Adakah penangkapan ini wajar?
Bukan isu wajar atau tidak tetapi isu ianya selaras dengan peruntukkan undang-undang. Rule of Law. Tidak dinyatakan dalam mana-mana peruntukkan undang-undang yang memberi kebebasan kepada menteri-menteri atau bekas menteri –menteri bebas dari prosedur tangkapan reman.
Jadi sekiranya terdapat siasatan dan didapati siasatan tersebut mempunyai pembuktian bahawa DS Najib adalah bersalah, DS Najib akan ditahan dalam lokap, selanjutnya dihadapkan ke Mahkamah untuk dakwaan dan perbicaraan.
Sewaktu perbicaraan DS Najib akan diberikan hak membela diri dengan memanggil saksi. DS Najib boleh melantik peguamnya, sama ada satu orang atau hingga 12 orang itu bergantung pada strategi membela diri DS Najib di Mahkamah sewaktu perbicaraan.
Berapa lama DS Najib boleh ditahan dalam lokap?
Sebenarnya untuk tahanan reman, bergantung kepada Seksyen dakwaan kes DS Najib.
Adakah disabit bawah Seksyen yang boleh dihukum kurang dari 14 tahun?
Kalau hukuman kurang dari 14 tahun, maka DS Najib boleh ditahan lokap selama maksimum 7 hari. Mungkin juga boleh kurang dari 7 hari bergantung kepada budibicara Mahkamah.
Kalau hukuman lebih dari 14 tahun, maka DS Najib boleh ditahan lokap selama maksimum 14 hari. Mungkin juga boleh kurang dari 14 hari bergantung kepada budibicara Mahkamah.
Itulah prosedur undang-undang. Sepatutnya memang tidak ada toleransi.
Tetapi dilaporkan oleh Media bahawa esok juga DS Najib akan dibawa pertuduhan,
bermakna DS Najib tidak akan ditahan di reman di Mahkamah. Apa pula pertuduhan ini. Pertuduhan adalah proses terus tuduh di Mahkamah, tidak perlu reman untuk siasatan.
Confirm dah boleh dakwa sebab siasatan dah lengkap hanya tinggal ke Mahkamah sahaja. Manakala reman pula adalah proses siasatan.
Confirm dah boleh dakwa sebab siasatan dah lengkap hanya tinggal ke Mahkamah sahaja. Manakala reman pula adalah proses siasatan.
Oleh yang demikian, esok DS Najib akan terus dibawa ke hadapan Yang Arif Hakim dan jurubahasa membaca kepada DS Najib:
“Bahawasanya kamu telah pada *** didapati telah melakukan perbuatan ********** yang boleh dihukum di bawah Seksyen **** Akta ***** dan dihukum penjara maksimum *** tahun DAN/ATAU denda ATAU kedua-duanya sekali”
(Ini contohnya, lebih kurang beginilah kalau ikut praktis biasa) . Mungkin juga satu dakwaan yang dibaca, mungkin juga lebih dari satu, maka dialog di atas akan diulang mengikut kesalahan dan kronologi ringkas kes.
Begitulah gambarannya di Mahkamah esok jika DS Najib didakwa di Mahkamah esok.
Jadi adakah selepas dakwaan ini, DS Najib boleh lepas bebas atau dipenjara? DS Najib boleh melalui peguam yang dilantik oleh beliau merayu kepada Mahkamah untuk membebaskan dirinya dengan jaminan. Maka, DS Najib perlukan seorang penjamin untuk menjadi penjamin dan menyediakan nilai jaminan yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Berapa jaminan untuk memastikan jaminan DS Najib boleh bebas dari duduk dalam penjara?
Oh! Itu bergantung. Bergantung kepada jenis kesalahan, bergantung kepada jumlah yang terlibat. Contohnya kalau kes kecurian, kebiasaanya bolehlah di jamin dengan nilai 2 ribu atau 3 ribu. Jika nilai yang terlibat adalah puluhan juta maka nilai jaminan pun berbelas juta atau puluhan juta, semua bergantung kepada Mahkamah apa yang diputuskan mahkamah.
Mungkin juga DS Najib, tidak mampu bayaran kerana nilai rampasan dirumah pun sudah 1 Billion, akaun semua sudah dibekukan.
Apa lagi yang tinggal?
Jika mampu bayar, jadi strategi DS Najib sangat hebat. Saya juga bakal terkejut seperti rakan-rakan semua jika DS Najib dijamin belasan juta atau puluhan juta Ringgit dan masih mampu bayar. Mungkin juga ramai yang ingin derma sekali lagi untuk membolehkan DS Najib dibebaskan dengan jaminan.
Banyak wang yang diperlukan untuk bebas jaminan dan melantik peguam. “Cash is King!” Jika tidak DS Najib tidak mampu bayar maka terpaksalah DS Najib dimasukkandalam penjara sementara menanti wang jaminan cukup. Sehingga cukup DS Najib boleh membayar nilai jaminan dan bebas. Sewaktu proses ini, passport DS Najib biasanya akan dipegang.
Saya andaikan esok, DS Najib pasti mampu bayar wang jaminan. Manalah tahu ramai insan yang masih ingin menderma, tidak seperti saya. Jadi DS Najib akan bebas dan DS Najib seperti manusia-manusia yang lain yang pernah dihadapkan ke Mahkamah kerana kesalahan jenayah akan diberikan tarikh-tarikh pengurusan kes ke Mahkamah untuk menjawab kes terhadapnya sehinggalah selesai proses perbicaraan dan sehinggalah selesai Mahkamah memberi jatuh hukum.
Sewaktu itu barulah kita tahu salah dan benar. Ini adalah proses yang sama seperti Razak Baginda, Sirul dan Azilah dibicarakan. Sama juga dengan DS Anwar Ibrahim dibicarakan. Dari mereka direman sehingga dihukum (kecuali Razak Baginda).
Jadi kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan seterusnya. Pendapat ini adalah berdasarkan pendapat peribadi saya dan pengalaman saya sebagai peguam yang mengendalikan kes-kes diMahkamah-
Nor Zabetha
0 Ulasan
jerit kat sini