Kisah penunggu Gunung Nuang?

Kisah penunggu Gunung Nuang?

Loading...
Kisah penunggu Gunung Nuang?


Ramai yang bertanyakan tentang 2 ekor anjing yang mengikuti kami panjat Gunung Nuang dari awal sampai akhir. Saya menamakan mereka Johnny dan Tonny.

Pada mulanya kami agak takut mereka menggigit kami atau menjilat kaki kami. Sebab nanti kena samak bagai. Tapi anjing tersebut hanya mengekori kami. Walaupun kami pecah 2 group. Johnny akan berada di depan dan Tonny di belakang.

Sepanjang perjalanan mereka menjaga kami. Bila ungka atau monyet menjerit2 di dalam hutan. Johnny akan menjerit dan ungka2 terus terdiam.

Kadang2 Tonny akan menyalak tetiba ke arah benda yan tak dinampak (makhluk halus). Lebih2 lagi selepas melalui jalan yang tetiba ada haruman yang sangat wangi. Dan bila kami hampir digigit anjing hutan liar. Tonny menyalak dan anjing2 hutan tak berani mendekati kami.

Kami memang tak pernah sentuh Johnny dan Tonny.

Cuma kami memberi mereka makan sebagai tanda terima kasih kerana menjaga kami. Mungkin mereka penjaga di situ.

Alhamdulillah Allah turunkan kedua anjing ini untuk kami. Kalau tidak tak tahulah apa jadi pada kami.

Kredit: Firdaus Hisham via Hiking & Camping Around Malaysia 

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini