“Luruh Jantung, Inilah Pengasuh Yang Kami Booking Tu”

“Luruh Jantung, Inilah Pengasuh Yang Kami Booking Tu”

Loading...
“Luruh Jantung, Inilah Pengasuh Yang Kami Booking Tu”

Semalam, kes adik Adam Raykal yang ditemui mati dalam peti sejuk pengaush menggemparkan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, bayi comel berusia 5 bulan ditemui dalam keadaan yang menghayat hati. Kisah tersebut menjadi bualan ramai dan menimbulkan rasa marah.
Bagaimanapun, status yang dimuat naik di Facebook oleh seorang wanita yang masih dalam keadaan pantang ini menjadi perhatian netizen kerana dikatakan tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Ya Allah, luruh jantung. Inilah pengasuh yang kami booking



Wanita ini memberitahu, dia pernah berurusan dengan pengasuh tersebut sebelum ini untuk menghantar dua orang anaknya untuk dijaga, namun dibatalkan di saat akhir.
Tambah wanita itu lagi, dia meluahkan rasa syukur dan lega kerana diselamatkan dari pengasuh itu kerana mungkin anaknya pula yang akan menjadi mangsa lebih-lebih lagi dia dikatakan sedang meroyan selepas melahirkan anak ketiga.
Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana anak wanita tersebut tidak menjadi mangsa pengasuh tersebut memandangkan kesihatan wanita itu tidak berada di dalam keadaan baik. Namun, ada juga pihak yang mengecam wanita itu kerana tidak menjaga perasaan ibu bapa Adam Raykal. Tidak kurang juga ada yang meminta agar wanita itu memadam status tersebut.

Catat Ulasan

0 Ulasan