Demi Najib...Laungan Ellie Suriaty Bergema Di Mahkamah Tinggi

Demi Najib...Laungan Ellie Suriaty Bergema Di Mahkamah Tinggi

Loading...
Demi Najib...Laungan Ellie Suriaty Bergema Di Mahkamah Tinggi

Nama pelakon Ellie Suriaty mungkin jarang-jarang didengar dan kelibatnya di kaca TV juga hampir tidak kelihatan.

 Menerusi Instagram, Ellie memuatnaik perkembangan terbaru dirinya yang kini sedang aktif bekerja belakang tabir sebagai pengarah.

Kemunculan pelakon Pah Bedah di mahkamah ketika sesi mahkamah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengejutkan ramai pihak.

Ramai yang tidak menyangka dan tertanya-tanya kaitan Elly dengan pemimpin itu.

‘Bebas Najib!’

Ketika sidang media peguam negara di Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi, sekumpulan penyokong Najib menimbulkan kekecohan sehingga membantutkan sidang media. 

Namun setelah ditenangkan pihak polis, sidang media diteruskan.

Dalam kalangan penyokong tersebut, salah seorang daripadanya adalah Ellie yang menjerit ‘Melayu’ dan ‘Bebas Najib’ sebagai tanda sokongan.

Ellie kemudian dilihat dibawa oleh anggota polis sambil mengatakan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Malaysia, jadi peguam negara perlu menggunakan bahasa itu untuk sidang media.

Semoga Allah sentiasa melindungi Datuk Seri Najib

Catat Ulasan

0 Ulasan