Loading...
"Beg Hijau Baju Adam Yang Saya Hantar Selalu, Sanggup Dia Sumbat Adam Dalam Tu."
Susulan kes penemuan mayat bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, di dalam peti ais rumah pengasuh, tersebar pula beberapa gambar yang berkaitan dengan kes tersebut.
Berdasarkan kenyataan ibu mangsa, Farah Madiha Othman, 28, dalam perbualan WhatsApp, beg hijau yang didakwa disimpan mayat anaknya itu adalah beg yang selalu digunakannya untuk diletakkan pakaian Adam.
"Beg hijau itu, beg baju Adam yang saya hantar selalu. Sanggup dia sumbat Adam dalam tu. Ya Allah," katanya.
Dalam laporan awal, pengasuh mendakwa Adam telah diambil oleh seorang lelaki yang disangkanya adalah bapa kepada Adam, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28.
Berikutan kehilangan bayi berkenaan, ibu bapanya memuat naik gambar Adam di media sosial yang meminta orang ramai membantu mengesan anak mereka itu.
Bagaimanapun, polis yang meragui kenyataan pengasuh itu kemudian membuat pemeriksaan di rumahnya dan menemui mayat mangsa disumbat dalam beg plastik yang disorok dalam bahagian sejuk beku peti ais.
usulan kes penemuan mayat bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, di dalam peti ais rumah pengasuh, tersebar pula beberapa gambar yang berkaitan dengan kes tersebut.
Berdasarkan kenyataan ibu mangsa, Farah Madiha Othman, 28, dalam perbualan WhatsApp, beg hijau yang didakwa disimpan mayat anaknya itu adalah beg yang selalu digunakannya untuk diletakkan pakaian Adam.
"Beg hijau itu, beg baju Adam yang saya hantar selalu. Sanggup dia sumbat Adam dalam tu. Ya Allah," katanya.
Dalam laporan awal, pengasuh mendakwa Adam telah diambil oleh seorang lelaki yang disangkanya adalah bapa kepada Adam, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28.
Berikutan kehilangan bayi berkenaan, ibu bapanya memuat naik gambar Adam di media sosial yang meminta orang ramai membantu mengesan anak mereka itu.
Bagaimanapun, polis yang meragui kenyataan pengasuh itu kemudian membuat pemeriksaan di rumahnya dan menemui mayat mangsa disumbat dalam beg plastik yang disorok dalam bahagian sejuk beku peti ais.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, menerusi laporan bedah siasat yang diterima daripada Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), bayi berkenaan didapati mengalami kesan retak pada tempurung kepala sebelah kiri.
"Mangsa juga turut mengalami pendarahan di sebelah kanan otaknya akibat daripada kecederaan dialami tersebut," katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Fadzil berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berkenaan bagi menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur penderaan dalam kes tersebut.
Beliau berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan berikutan kenyataan suspek dilihat agak meragukan dan tidak selari dengan hasil laporan bedah siasat yang diterima.
"Kita perlu menjalankan siasatan menyeluruh kerana keputusan post mortem berlainan dengan kenyataan suspek. Dan kita masih siasat motif kes ini," katanya.
Terdahulu, proses bedah siasat ke atas mayat Adam Rayqal dilaporkan selesai kira-kira jam 2.15 petang tadi sebelum jenazah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL.
0 Ulasan
jerit kat sini