Breaking News

11 keluarga percaya mistik gantung diri

Loading...
loading...
11 keluarga percaya mistik gantung diri

NEW DELHI – Sebelas anggota keluarga ditemui mati di sebuah premis dengan 10 dari mereka menggantungkan diri di siling.

Sekurang-kurangnya dua orang mati adalah anak-anak.

Seorang wanita berusia 77 tahun adalah satu-satunya mangsa yang ditemui terbaring di atas lantai.

Mata mereka ditutup dan tangan diikat di belakang.

Polis yang menjalankan siasatan telah menemui nota tulisan tangan dan percaya mereka yang terlibat dalam “amalan mistik”.

Bagaimanapun, polis masih belum menentukan motif kematian semua mangsa.
Hanya seekor anjing yang ditemui masih hidup di dalam rumah berkenaan yang terletak di Burari.
Keluarga Bhatia itu telah menetap di kawasan berkenaan lebih 20 tahun dan membuka dua kedai.

Penemuan mayat-mayat itu oleh jirannya, Gurcharan Singh ketika memasuki kedai untuk membeli susu pada pagi Ahad.

“Apabila saya memasuki kedai, semua pintu terbuka dan ternampak tubuh-tubuh manusia tergantung di atas siling dengan tangan terikat,” katanya. 

Tiada ulasan

jerit kat sini