Ayu Di Keji Selepas Jadi Isteri Ketiga

Ayu Di Keji Selepas Jadi Isteri Ketiga

Loading...
Ayu Di Keji Selepas Jadi Isteri Ketiga



Ayu bersama ibu bapanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Panggong Lalat, Gua Musang, Kelantan, hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH
GUA MUSANG - Pelbagai hinaan dan kata kejian diterima kanak-kanak 11 tahun yang menjadi isteri ketiga lelaki berusia 41 tahun selepas gambar perkahwinan mereka tular di media sosial sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun, perkara itu tidak membuatkan kanak-kanak itu dikenali Ayu kesal kerana dia begitu menyayangi suaminya, Che Abdul Karim Che Hamid, 41, yang dikenali sejak berusia 7 tahun.
Ayu yang lahir di Pattani, Selatan Thailand berkata, ketika ini dia akan tinggal bersama kedua ibu bapanya di Kampung Panggong Lalat di sini kerana menghormati status 'nikah gantung' mereka.
Katanya, hinaan itu bukan saja di laman sosial Facebook, bahkan ada yang tidak berpuas hati sehingga sanggup menelefon dan menghantar kiriman WhatsApp berunsur ugutan.
"Saya meneruskan hidup seperti biasa biarpun kisah kami sudah gempar satu Malaysia.
"Saya masih lagi pergi keluar mengaji al-Quran, bermain dengan teman sepermainan dan ke kenduri kahwin," katanya.
Bapa Ayu, dikenali Madroseh berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu reti membaca dan fasih berbahasa Melayu kerana telah membesar di sini.
Katanya, anaknya juga sempat belajar di prasekolah di kampung ini selama dua tahun.

Perkahwinan tidak melibatkan unsur jenayah


KOTA BHARU - Perkahwinan antara peraih getah berusia 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun yang menjadi viral sejak kelmarin tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, perkahwinan tersebut berlaku setelah mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut
"Pihak polis mendapati tiada pelanggaran jenayah seperti ugutan namun siasatan akan dijalankan mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan kanak-kanak tanpa kebenaran.
"Selain itu, kanak-kanak tersebut tidak menjadi mangsa pedofilia kerana lelaki terbabit dikatakan mahu membantu kehidupan kanak-kanak tersebut yang selama ini hidup susah sebelum mengambil keputusan berkahwin di Selatan Thailand pada 18 Jun lalu," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini hari ini.
Din berkata, siasatan dijalankan apabila isteri kedua lelaki tersebut yang berusia 34 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang semalam.
Jelasnya, lelaki tersebut hanya akan dipanggil polis untuk membantu siasatan sekiranya wujud unsur jenayah sahaja dan siasatan lanjut mengenai perkahwinan tersebut disiasat  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Catat Ulasan

0 Ulasan