Header Ads

Ritual Pelik ...Bakar Diri Bersihkan Dosa Masyarakat Bali

loading...
Ritual Pelik ...Bakar Diri Bersihkan Dosa Masyarakat Bali|Kawasan padang di Kampung Dawan yang terletak di daerah Klungkung, Bali, Indonesia pada lewat malam itu sunyi sepi walaupun di tengah-tengah padang tersebut terdapat ratusan masyarakat Bali sedang duduk berkumpul, namun masing-masing dilihat diam membisu sementara bebola mata mereka asyik menyaksikan ritual Lukat Geni.

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa


Tatkala jeritan seorang lelaki memecahkan kesunyian malam, beberapa orang remaja yang menyaksikan ritual tersebut mula menutup mata masing-masing.

Riak takut jelas terpancar pada wajah mereka. Ini kerana, pada waktu itu nyalaan api dilihat sedang marak menyala di belakang tubuh salah seorang peserta ritual Lukat Geni.

“Ini merupakan ritual tahunan yang wajib dilakukan oleh masyarakat di Bali terutamanya yang mendiami daerah Klungkung,” jelas salah seorang penduduk.

Menurut Puri, Luka Geni merupakan ritual menolak bala dan pembersihan dosa dalam kalangan masyarakat Bali.

Lukat Geni atau lebih popular dipanggil perang api dan Gebung Prapak dalam kalangan penduduk setempat memerlukan mereka membakar diri dengan api.

Lazimnya, ia dilakukan pada malam Pengrupukan iaitu sehari sebelum sambutan Hari Raya Nyepi yang pada jatuh pada minggu pertama bulan Mac.

Perkataan Lukat berasal daripada bahasa Jawa Kuno Indonesia yang membawa maksud membebaskan atau membersihkan kotoran batin, manakala Geni pula bermaksud api.

Selalunya, individu akan menjalani ritual Lukat Geni untuk membersihkan kekotoran jiwa dan mereka khabarnya akan mendapat kehidupan yang bahagia sepanjang hayat selepas ritual pembakaran dilakukan.

Air jampi

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa

Seminggu sebelum ritual berlangsung, individu yang ingin mengambil bahagian dalam Lukat Geni perlu melalui beberapa adat.

Antaranya ialah mereka beramai-ramai perlu berendam dan membersihkan diri di sumber mata air tertua di daerah tersebut dan seterusnya bersembahyang bersama-sama di kawasan ibadah paling suci, Pura Marajan yang terletak di Ubud.

Upacara tersebut dilakukan bagi memohon restu daripada dewa api iaitu Ida Sang Hyang Widi Wasa dan roh-roh yang telah meninggal dunia supaya diberikan keselamatan sepanjang melaksanakan ritual tersebut.

Pada petang ritual berlangsung, individu-individu yang terlibat akan berkumpul di tapak ritual dan membuat undian untuk menentukan pasangan masing-masing.

Selepas mengetahui pasangan, mereka akan berehat di dalam sebuah khemah khas yang didirikan daripada jerami sambil meminum sejenis air yang telah dijampi oleh ketua adat.

Menurut kepercayaan masyarakat terdahulu, air tersebut mampu mengurangkan kesakitan individu ketika mereka dibakar.

Sementara menunggu hari berganti malam, para peserta yang berada di dalam khemah akan mula mempersiapkan diri dengan memakai topi yang dan kain sarung yang diperbuat daripada jerami.

Tubuh mereka pula akan dibiarkan tanpa seurat benang yang merupakan sebahagian etika berpakaian untuk ritual Lukat Geni.

Berdasarkan kepercayaan nenek moyang terdahulu, jenis pakaian tersebut dipilih bagi mempermudahkan nyalaan api merebak ke badan peserta dan seterusnya mempermudahkan proses menghapus dosa.

Biarpun begitu, seiring dengan peredaran waktu, pakaian tersebut tidak lagi dipraktikkan oleh peserta Lukat Geni, sebaliknya mereka menggantikan sarung yang diperbuat daripada jerami tersebut menggunakan kain sarung biasa sahaja.

Pada hari ritual dilaksanakan, kawasan tersebut akan mula dibanjiri oleh suku kaum lain yang ingin menyaksikan ritual tersebut bermula saat matahari terbenam.

Baik daripada golongan muda sehingga warga tua, masing-masing begitu teruja untuk melihat proses pembakaran dilakukan.

Setiap seorang daripada mereka akan diberikan kayu yang dililit dengan daun kelapa kering sebagai senjata.

Kayu tersebut kemudian akan dinyalakan dengan api dan sebaik ketua adat mengetuk gong bagi menandakan permulaan ritual, mereka akan saling pukul-memukul antara satu sama lain menggunakan kayu berapi yang sedang marak.

Selalunya aksi yang diiringi dengan paluan gendang itu akan kelihatan semakin mengerikan apabila badan masing-masing terbakar dan jeritan kesakitan kedengaran di merata kawasan.

Percikan api

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa

Walaupun mereka saling pukul-memukul antara satu sama lain, namun masing-masing mempunyai satu tujuan iaitu membersihkan diri dari dosa dan menolak bala.

Menurut kepercayaan masyarakat Bali, percikan api yang menyala dan membakar tubuh peserta tersebut akan membakar dan menghilangkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Semakin besar nyalaan api pada tubuh peserta, semakin banyak dosa berjaya dihapuskan.

Uniknya mengenai ritual ini, walaupun badan peserta dilihat terbakar dan jeritan kesakitan kedengaran sepanjang ritual dilaksanakan, namun tiada satu kesan terbakar akan dilihat pada badan mereka sebaik upacara tamat.

Menurut kepercayaan masyarakat Bali, perkara tersebut berlaku ekoran kekebalan setiap peserta yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebelum ini iaitu seperti berendam di dalam sumber air tertua, minuman air jampi dan juga restu dewa api.

Kesemua peserta hanya akan berhenti membakar diri masing-masing apabila kayu tersebut berhenti bernyala.

Pada waktu itu, ketua adat akan berdiri di tengah-tengah tapak pelaksanaan ritual sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mantera.

Setiap seorang daripada peserta itu kemudian akan direnjis dengan sejenis air yang dianggap suci.

Ritual 'Lukat Geni' Bakar Diri Untuk Bersihkan Dosa

Difahamkan, perbuatan tersebut merupakan restu dan menunjukkan bahawa dosa-dosa si peserta telah diampunkan.

Akhir sekali sebelum kesemua peserta beredar, setiap seorang daripada mereka akan diberi minuman air suci bagi menyuntik roh-roh baik ke dalam diri masing-masing.

Ritual diakhiri dengan perarakan obor dalam kalangan penduduk setempat mengelilingi kawasan ritual.

Semoga memberi manfaat.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.