Breaking News

Foto Ngeri Isteri Putera Kemboja Maut Kemalangan

Loading...
loading...
Foto Ngeri Isteri Putera Kemboja Maut Kemalangan

PHNOM PENH – Putera Kemboja dan bekas perdana menteri cedera manakala isterinya terbunuh dalam kemalangan di barat daya negara itu.

Kemalangan itu berlaku apabila kereta yang dinaiki Putera Norodom Ranariddh, 74 dan Ouk Phalla, 39, bertembung dengan sebuah teksi.

Pasangan itu dibawa ke sebuah hospital tempatan di wilayah Preah Sihanouk tetapi Phalla meninggal beberapa jam kemudian.

Ketika kejadian pasangan itu dikatakan dalam perjalanan untuk bertemu dengan penyokong-penyokong politik.


Putera Ranariddh, adik lelaki Raja Norodom Sihamoni, mengetuai parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum kontroversi bulan depan.

Tahun lepas, parti pembangkang utama negara itu, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), dibubarkan dan pemimpinnya didakwa dengan pengkhianatan.

Perdana Menteri, Hun Sen yang telah memerintah negara selama 33 tahun pula dituduh menggunakan mahkamah dan pasukan keselamatan untuk menakutkan pihak lawan.

Putera Ranariddh berkhidmat bersama Hun Sen sebagai perdana menteri Kemboja dari 1993 hingga 1997, ketika ia digulingkan dalam rampasan kuasa yang dipimpin oleh perdana menteri sekarang.

Putera itu membuat kemunculan semula politik pada tahun 2015 selepas berdamai dengan Hun Sen. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan

jerit kat sini