Breaking News

Tiba Masa..Akim Sedih Ibu Dah Tak Ada

Loading...
loading...
Tiba Masa..Akim Sedih Ibu Dah Tak Ada

PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi Akim Ahmad iaitu Aminah Bahari, 54, meninggal dunia pada malam Rabu.

Penyanyi itu menerusi Instagram memaklumkan perkara itu sebentar tadi namun tidak memberitahu punca kematian ibunya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Innalillahiwa inna ilaihi roji’un. Dukacita saya ingin maklum ibu saya Aminah bt Bahari telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin yarabbal alamin.

“Ibu tenang ye kat sana, Insya Allah Akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye...,” tulisnya.



Akim pada Jumaat memuat naik status meminta pengikutnya mendoakan kesihatan ibunya.

Pada Jumaat lalu, Akim turut meminta pengikutnya di Instagram agar mendoakan kesihatan ibunya.

“Salam Jumaat.... mohon Jumaat penghulu segala hari, dapatlah doakan kesihatan ibu saya Puan Aminah Bte Bahari.

"Terima kasih untuk doa anda semua. Dipanjatkanlah, doa saya untuk kesihatan kalian juga,” katanya.

Rakan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Hazama, Radin Era, Aweera, Aiman Tino, Marsha Milan dan Along Cham serta peminatnya turut mengucapkan takziah kepada penyanyi itu dan keluarganya.

Tiada ulasan

jerit kat sini