Header Ads

Benarkah Wanita Ini Hamil Anak Terlarang Kumpulan Wings?

loading...
Benarkah Wanita Ini Hamil Anak Terlarang Kumpulan Wings?

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendakwa hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang anggota sebuah kumpulan rock diminta mengemukakan bukti.

Vokalis Wings, Datuk Awie meminta wanita itu tidak bersembunyi di sebalik purdahnya dan dia diminta membuat laporan polis.

“Jika benar apa yang didakwa sila tunjukkan bukti dan tunjuk wajah sebenar dan bukannya berselindung di sebalik purdah yang dipakai.

“Kalau benar dakwaan yang dibuat mengapa perlu menutup wajah? Lebih baik buat laporan polis,” katanya.



Wings bakal mengadakan persembahan istimewa bersempena Ramadan di Hotel Priemera Kuala Lumpur pada 26 Mei ini.

“Kalau dia gagal untuk mendapat balasan cinta ke apa, semua orang pernah melaluinya... Ini dia buat cerita seolah-olah ini zaman jahiliah,” ujarnya.

Tambahnya, pihak Wings juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap wanita tersebut sekiranya apa didakwa itu fitnah.

Sementara itu, Awie berkata, sekiranya benar anggota Wings adalah individu dimaksudkan dia sendiri akan memastikan individu berkenaan bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Semua manusia ada melakukan kesilapan dan sekiranya perkara itu benar,  saya sendiri akan pastikan individu itu bertanggungjawab atas perbuatannya,” kata Awie.

Loading...

1 ulasan:

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.