Header Ads

Azwan tanya Azmin: ‘Telur’ kau hilang ke?

loading...
Azwan tanya Azmin: ‘Telur’ kau hilang ke?:

                                 WhatsApp-Image-2018-05-03-at-20.09.03-76

KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi, Azwan Ali hari ini menyelar tindakan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak hadir ke ceramah umum barisan calon Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Parlimen Ampang.

Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA itu turut bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa yang juga merupakan DUN Azmin.

Malah, Azwan juga bertanya jika tindakan Azmin yang mengecewakan lebih 500 penduduk Bukit Antarabangsa yang hadir ke ceramah itu adalah disebabkan kerana beliau tidak mempunyai keberanian untuk berhadapan dengannya ekoran krisis antara mereka berdua bersama arwah ibu mereka, Allahyarhamah Che Tom Yahaya atau mesra dipanggil Mak Tom.

“Tinggal berapa hari lagi untuk pilihanraya, batang hidung pun tak nampak. ‘Telur’ kau hilang ke?” soal Azwan secara sinis.

“Sudah tiga bulan saya cabar dia untuk tampil ke hadapan untuk jawab apa yang dia tohmah saya dengan Mak Tom tapi sehingga ke hari ini dia (Azmin) tak jawab. So, another issue,” tambah Azwan lagi.

Beliau turut mendakwa mempunyai terlalu banyak aib tentang Azmin yang boleh ‘ditelanjangkan’ kepada umum, namun beliau enggan melakukan sebegitu kerana masih mahu memberi peluang kepada abangnya itu untuk bermuhasabah diri.

Namun menurut Azwan, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kemelut antaranya dengan Azmin dan ibu mereka kerana baginya, perkara itu terlalu peribadi untuk diceritakan.


Dalam pada itu, sakwa Azwan, yang ditemui semasa kempen sedekah nasi lemak, nasi tomato dan lauk-pauk lain dari gerai Maznah Corner di Bukit Antarabangsa, jam 6 petang tadi, kritikan lantangnya terhadap Azmin bukanlah sekadar omong kosong kerana beliau yakin ramai penduduk kawasan itu yang bersetuju bahawa Azmin tidak melakukan sebarang perubahan sepanjang lima tahun perlantikannya.

“Bukit Antarabangsa tetap seperti ini; sekolah tak ada, longkang tersumbat, air pun tak ada!
“Bukan sahaja itu, malah pengangkutan awam pun tidak disediakan di sini. Ini ternyata amat menyusahkan penduduk setempat yang rata-ratanya terdiri daripada yang berkeluarga,” kata Azwan lagi sambil memanggil orang ramai merapati gerai makanan tersebut.

Bagi Azwan, terpilih ataupun tidak bukanlah menjadi keutamaannya kerana apa yang penting adalah beliau mahu berkempen dengan caranya yang tersendiri dan mahu menjadi wakil yang mesra bersama rakyat.

PRU14 kali ini menyaksikan Azwan menentang abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, Ahmad Kamarudin (Parti Rakyat Malaysia), Salwa Yunus (Barisan Nasional) dan Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS).

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.