Breaking News

YB Muda Minat Angelina Jolie Curi Perhatian

Loading...
loading...
YB Muda Minat Angelina Jolie Curi Perhatian

PETALING JAYA: Calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini bertukar ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah dari Parlimen Sekijang yang disandang sejak 2013.

Namun yang tidak berubah adalah wajahnya yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman, meskipun jadualnya turun ke kawasan berjumpa dengan rakyat sentiasa padat.

Tetapi siapa sangka dalam kesibukan itu, Anuar Abd Manap yang bergelar Yang Berhormat (YB) pada usia 36 tahun ini mampu mencuri masa menonton filem untuk ‘mengecas semula’ tenaganya,  selain ia dijadikan sesi santai bersama keluarga.




Anuar Abd Manap. Foto ONG SOON HIN/The Star

“Ada yang tanya, masa bila YB ada masa nak tengok filem? Jawab saya mudah saja, saya ke panggung masa tayangan tengah malam lah.

“Walaupun minat sangat dengan filem, saya tidak menonton bersendirian di pawagam. Tak syok tengok seorang, sebab bila kita tengok nanti kita nak cerita dan berbincang pasal filem tu,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Anuar menggemari filem komedi, aksi dan seram, malah anak sulung daripada tiga beradik ini turut menyukai filem-filem ringan bagi meredakan tekanan.




Anuar akan mencuri masa untuk menonton filem di pawagam.

Jika terlepas menonton sesebuah filem di pawagam, kata Exco Pemuda Umno ini, beliau akan menontonnya di rumah menerusi saluran khas berbayar di Astro, membeli DVD mahupun menerusi perkhidmatan penstriman video Netflix bagi membolehkannya menonton mana-mana filem atau drama kesukaan secara mudah alih.

“Menariknya dengan menonton filem, kita dapat melihat cara pemikiran pengarah dan penerbit mengenai bagaimana mereka melihat dunia ini pada masa dulu, ketika ini dan akan datang.

“Adakah ini bentuk dunia yang kita jumpa kalau masih hidup pada masa akan datang. Kalau dulu, perkara yang dirasakan mustahil tetapi ia menjadi biasa pada hari ini,” katanya yang meminati filem aksi Unforgiven lakonan bintang Clint Eastwood.




Menonton filem menerusi telefon pintar.

Anuar yang merupakan anak kelahiran Kluang, Johor mempunyai empat cahaya mata, Nur Najwa, 18, Nur Raihan, 13, Amir Syazwan 11, dan Aliesya Syazwani, 8, hasil perkahwinannya bersama isteri, Zaleha Yahya.

Selain itu katanya, contoh yang paling baik mengenai segelintir pelakon adalah mereka bijak menggunakan peluang untuk menjadi kaya, selain popular.

Tambah Naib Ketua Umno Bahagian Sekijang ini, pelakon seperti Angelina Jolie antara yang memberi inspirasi kepada dunia kerana khidmatnya membantu masyarakat menerusi program kemanusiaan dan kebajikan.

“Maksudnya hari ini dalam keadaan kita kaya, hebat dan glamor tapi tak lupakan orang di bawah yang memerlukan bantuan,” katanya yang turut mengisi masa lapang dengan bermain badminton.




Anuar turut mengisi masa lapang dengan bermain badminton. Foto Instagram anuarmanap

Sehubungan itu katanya yang menggemari masakan ayam masak merah, sebagai wakil rakyat, mesej bermanfaat menerusi medium seperti filem boleh digunakan ketika menyampaikan ucapan.

Malahan minat Penasihat Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) ini terhadap filem juga menjadi aktiviti secara santai untuk merapatkan hubungan bersama rakyat di kawasannya.

“Kami panggil tayangan ini sebagai ‘wayang pacak’, tapi bukanlah kain rentang dipacak macam tayangan filem dulu-dulu tapi menggunakan projektor.



Anuar menziarah seorang warga emas di Felda Medoi di Segamat, Johor.

“Biasanya, tayangan filem ini dibuat sebelum mereka semua menyaksikan perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kami penyokong JDT, tengok ramai-ramai satu kampung pun seronok. Dua dalam satu, lepas tengok filem kita layan JDT main pula,” ujar Anuar secara berseloroh.

Pada PRU14, Anuar bakal berdepan dengan calon Pakatan Harapan iaitu Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Sulaiman Mohd Nor bagi kerusi DUN Kemelah.

Tiada ulasan

jerit kat sini