Header Ads

Hadi Awang mimpi Tok Guru Nik Aziz jalan dengan kaki sebelah.

loading...
Hadi Awang mimpi Tok Guru Nik Aziz jalan dengan kaki sebelah.

Sebenarnya kehidupan Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang beberapa kali ada kaitan dengan mimpi, kata pemimpin tertinggi PAS Hashim Jasin.
Bercakap kepada Malaysiakini Hasim menjelaskan presiden PAS itu adalah antara individu yang begitu kerap bermimpikan Rasulullah SAW.
Kata Hashim, beliau tahu mengenai perkara itu selepas berbicara secara dekat (tertutup) dengan Abdul Hadi sebelum ini.
Bagaimanapun kata Hashim, Abdul Hadi sangat jarang menceritakan mimpi yang dialaminya kepada orang ramai dan pengalaman dalam tidur bertemu dengan Nabi Muhammad itu biasanya berlaku sebelum ada sesuatu kejadian besar berlaku.
"Dia seorang yang kerap bermimpi bertemu Rasulullah.
"Ustaz Hadi (kalau) ada perkara besar, dia akan mimpi bertemu Rasulullah, tapi benda ni tak bolehlah jadi hujah sebab ini mimpi," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Bongor, Arau, malam tadi.
Kerana Nik Omar
Sebelum itu Hashim, 78, menyampaikan tazkirah di Surau asy-Syakur.
Menurut Hashim beliau pernah berbual mengenai pengalaman bermimpi bertemu Rasulullah itu dalam pertemuan empat mata bersama Abdul Hadi.
“Dia pergi ke Tehran dulu pun ada kaitan dengan arahan yang dia dapat melalui mimpi. Itu benda biasa. Bukan semua orang (boleh) mimpi bertemu Rasulullah... bukan semua orang, sedikit sahaja yang boleh mimpi bertemu Rasulullah," katanya lagi.
Isu mimpi Abdul Hadi mula menjadi perhatian ramai apabila Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan perkara itu kelmarin.
Menurut Mohd Amar menjelang hari penamaan calon dia dan Abdul Hadi berbincang mengenai perkembangan semasa di Pengkalan Chepa.
Ketika itulah menurut Mohd Amar, Abdul Hadi bercerita bahawa dia bermimpi melihat bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam keadaan satu daripada dua kakinya tiada.
Mohd Amar yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor mengaitkan kisah mimpi Abdul Hadi itu dengan salah seorang anak Nik Abdul Aziz yang bertanding PRU ke-14 dalam tempoh kira-kira sembilan hari saja lagi.
Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan Nik Omar sebagai calon mereka untuk bertanding di kerusi DUN Chempaka yang pernah diwakili Nik Abdul Aziz selama beberapa penggal.
Seorang lagi anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, 48, bertanding sebagai calon PAS untuk kerusi parlimen Bachok.
HARAPAN adalah gabungan empat parti pembangkang yang turut ditentang habis-habisan oleh PAS dalam PRU ke-14 ini.
Penyertaan Nik Omar, 53, secara terbuka bersama AMANAH dan HARAPAN itu segera mendapat reaksi keras penyokong PAS. Dia mula dilabelkan dengan pelbagai gelaran serta dakwaan, termasuk menegaskan dia bukan kalangan pimpinan PAS.
Sangka ada kaitan Kelantan
Menurut Hashim mengikut kaedah Islam seseorang yang bermimpi Rasulullah, maka memang begitulah yang sebenarnya kerana syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad.
Sementara itu Hashim berkata beliau tidak pula pernah bermimpi bertemu Nik Abdul Aziz.
Calon PAS untuk kerusi parlimen Arau itu berkata, ketika dimaklumkan mengenai mimpi Abdul Hadi mengenai Nik Aziz, beliau menyangka akan berlaku sesuatu kepada kerajaan Kelantan selepas PRU ke-14 nanti.
Namun katanya tanggapannya tidak boleh diambil kira. Tambahan pula beliau bukan seorang yang mempunyai kemahiran mentafsir mimpi.
“Saya dapat berita Ustaz Hadi mimpi Tok Guru Nik Aziz jalan (dengan) kaki sebelah.
"Apabila salah seorang anak dia bertanding kok ni (HARAPAN), seorang lagi bertanding dalam PAS, agaknya itulah tafsirannya, (cuma) saya bukan boleh tafsir mimpi.
“Tapi dengan berlaku seperti ini, bersihlah saya dari anggapan bahawa kerajaan Kelantan akan menghadapi tempang dalam PRU,” katanya.
Nik Omar pada asalnya seorang mudir sekolah agama dan tidak pernah menonjol dalam politik sehinggalah selepas kumpulan aliran sederhana dalam PAS disingkirkan perwakilan parti itu pada muktamar 2015.
ementara itu Hashim berharap dengan penyertaan Nik Omar ke dalam HARAPAN tidak akan merenggangkan hubungan sesama anggota keluargaan Nik Abdul Aziz.
“Bagi saya tabii manusia macam tu... Itu (anak) tok guru, anak nabi pun (ada) tak ikut (ajaran nabi), satu lumrah alam.
"Kelapa satu tandan tak keluar buah sama, (cuma) yang diharapkan jangan kerana politik, renggang keluarga, putus silaturahim. Itu saya rasa keluarga tok guru matang,” katanya

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.