Bilangan Anak Bertambah,Bahagianya Datuk Red....

Bilangan Anak Bertambah,Bahagianya Datuk Red....

Loading...
Bilangan Anak Bertambah,Bahagianya Datuk Red....

TAHNIAH diucapkan kepada suami penyanyi Adira, Datuk Red yang menimang cahaya mata ketujuh semalam.

Isteri pertamanya yang merupakan madu Adira, Syarifah Nor Shafila atau lebih dikenali dengan nama Datin Red telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 4kg pada jam 7.15 malam.

Menurut Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, isterinya bersalin secara normal.

"Bayi dilahirkan pada usia 37 minggu. Jadi paru-paru seperti tak matang sikit, sekarang pakai oksigen," katanya kepada Sinar Harian.

Bayi yang masih belum diberi nama ini merupakan anak ketujuh Datuk Red.

Datuk Red pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20an dan berpisah lima tahun kemudian iaitu setahun sebelum berkahwin dengan Datin Red.

Pada perkahwinan pertama itu, dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun.




Selepas dengan Datin Red, Adnan memilih Adira sebagai isteri terbaharu. Datuk Red berkahwin dengan Adira pada 3 Disember 2015.

"Sekarang dah tujuh orang anak, lagi tiga cukup 10," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Adira pula, Datuk Red  memberitahu bahawa Adira turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak ini.


Bahagia Datuk Red ya...

Catat Ulasan

0 Ulasan